Bau badan yang menjengkelkan akan membuatkan diri anda kurang ingin didekati, itu semua dah sedia maklum. Tetapi masih ada lagi sesetengah orang yang tidak pernah mengambil berat tentang penjagaan diri. Asal tangkap muat ja, sabun mandi, pencuci muka, bedak dan yang paling penting pewangi atau Perfume. Minyak wangilah paling penting untuk seorang yang bergelar wanita tau!
Kali ini Pesona Pengantin ingin kongsikan ciri bauan mengikut personaliti. Nak tahu macam mana baca artikel di bawah.
Jenama wangian Amouage, memperkenalkan Love Tuberose, wangian baharu dalam Koleksi Secret Garden. Wangian flora romantik ini meneruskan enigma dan ceritera cinta yang bersemarak dalam koleksi ini, untuk mengulit hati dan perasaan serta keinginan untuk menghayati keindahan sastera dan muzik klasik Rusia.
“Dalam Love Tuberose, saya melihat seorang wanita dilamun cinta yang hanya boleh ditemui dalam seni klasik Rusia. Satu manifestasi keghairahan, harapan, dan pengembaraan, yang menyelubungi misteri kisah cintanya,” jelas Pengarah Kreatif Amouage, Christopher Chong.
Love Tuberose mengadunkan kehangatan dan keharmonian Gardenia (Bunga Cina), Tuberose (Bunga Sundal Malam), dan Jasmine (Melur) dengan sentuhan kelembutan Vanila dan Krim Chantilly untuk mencipta kemanisan yang dramatik dan menarik. Keharuman dasar daripada kayu-kayuan dan kesturi yang berasaskan Kayu Sedar dan Kayu Cendana menguatkan lagi hembusan aroma yang menghidupkan memori indah dan aura serta sentuhan kewanitaan.
Ha! Terujakan dengan bauan kali ini, selidiklah personaliti peribadi anda wangian mana paling sesuai untuk memikat hati sang cinta pujangga.
Personaliti: Feminin
Jenis Haruman: Bunga-bungaan
Haruman yang di ekstrak dari bunga melambangkan kelembutan dan sifat merendah diri seseorang. Disesuaikan gaya keseluruhan dengan helaian motif bunga dengan haruman jenis ini mampu menambat hati lelaki yang menghidunya.
Personaliti: Elegan
Jenis Haruman: Akuatik
Seorang wanita yang mempunyai impian yang besar dalam hidupnya. Bersemangat dalam apa jua yang dilakukan, intelektual dan bersahaja.
Personaliti: Sofistikated dan Chic
Jenis Haruman: Hijau
Wanita yang gemar mengenakan bauan yang segar ini sukakan sedikit ‘drama’ dalam hidupnya. Haruman jenis ini mempunyai baunya yang tersendiri dan mampu menghilangkan stres.
Personaliti: Klasik dan Berkeyakinan
Jenis Haruman: Sitrus
Si pemakai haruman jenis sitrus membawa diri mereka sebagai seorang yang elegan dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi. Wanita yang suka bauan sitrus mempunyai sisi kecantikan yang klasik.
Personaliti: Seksi
Haruman: Oriental
Pemakaian haruman oriental membangkitkan rasa seksi si pemakai.
Personaliti: Periang
Haruman: Gourmand
Aromanya yang cukup memikat dan menyenangkan membuatkan si pemakai sentiasa ceria dan ketawa dalam kehidupan seharian.