Anda sendiri sebagai isteri kadang-kadang tidak faham body language atau cara suami yang selalu sampaikan mesej cintanya indirectly.
Percayalah, lelaki ni kalau dia sayang, dia memang betul-betul sayang. Pandang orang lain pun susah. Kalau suami anda 10 ciri-ciri ini, dia memang betul-betul sayang anda melebihi dirinya sendiri.
1. Semasa naik tidur, suaminya peluk isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika.
2. Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.
3. Suka ajak makan bersama-sama. Tak kisah sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.
4. Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas rasmi di pejabat atau dengan rakan-rakan. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.
5. Jika sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.
6. Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada outstation dan tunggu respons daripada isteri terhadap hadiahnya itu.
7. Jika isteri duduk di sebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang diminati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan kerenah isterinya seketika.
8. Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya di rumah.
9. Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.
10. Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa di sebalik apa yang dibenci itu, ada kebaikan yang tersangat banyak disediakan oleh Allah.
“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (Surah An-Nisa: 19)
Jika suami anda ada satu sahaja tanda di antara sepuluh yang disenaraikan di atas, maknanya dia sayang pada anda. Jika lebih daripada satu, maknanya dia terlebih sayang. Selamat menyayangi isteri.