Dalam sesebuah perhubungan pasti ada turun dan naik. Bergaduh adalah perkara biasa yang menjadikan hubungan lebih manis. Biarpun sudah lama berkahwin ini bukanlah alasan untuk anda tidak meraikan pasangan anda. Kejutan ini pula bukanlah kejutan yang mewah ataupun besar, sebaliknya perkara-perkara kecil yang membahagiakan.
1. KUCUPAN SAYANG
Pernah tak terfikir untuk mencium pipi pasangan anda kala masing-masing hendak keluar bekerja? Mungkin selama ini hanya bersalam, apa kata ‘hangatkan’ perpisahan sementara anda dengan kucupan mesra dipipi sebagai tanda kasih.
2. BREAKFAST IN BED
Ini khas untuk suami-suami di luar sana. Apa kata satu hari hujung minggu anda mengejutkan isteri anda dengan sarapan di atas katil. memang klise bunyinya, namun percayalah mereka pasti terharu dan kesungguhan anda mengejutkan mereka akan mengundang senyum dan mengeratkan lagi hubungan. Sedap ke tak sedap ke, itu lain kira, yang penting usaha cik abang tersayang yang mengagumkan.
3. URUTAN MANJA
Kadang-kadang pasangan terlepas pandang tentang keadaan pasangan masing-masing. Apabila pulang daripada kerja penat dan juga stres yang melanda menghilangkan mood. Jika anda perasan seperti pasangan anda tidak ceria dan letih, apa kata berikan mereka urutan mesra dan manja dan sambil itu anda boleh berbual dengan mereka bertanya khabar tentang apa yang berlaku. Mungkin anda tidak mampu menyelesaikan masalah pasangan anda, namun sekurang-kurangnya mereka boleh berasa lega kerana ada tempat untuk meluahkan apa yang tersimpan dihati.
4. PERCUTIAN ISTIMEWA
Bercuti tidak semestinya ke tempat yang jauh atau di luar kota, sebaliknya anda boleh meraikan hubungan suami isteri dengan bercuti di hotel-hotel empat atau lima bintang terdekat. Sekarang banyak tawaran-tawaran harga istimewa hotel-hotel, jadi kejutkan suami atau isteri dengan hujung minggu yang menarik. Sama-sama menenangkan minda sambil dibuai dengan layanan istimewa.
5. BERTUKAR ‘POSISI’
Menghangatkan hubungan anda dengan pasangan cuba ubah cara melakukan hubungan intim. Mungkin selama ini ia hanya berlaku di atas katil sahaja, apa kata ubah kepada tempat lain seperti di atas sofa ataupun ketika mandi bersama. Paling penting ubah kedudukan posisi anda agar tidak sama sahaja seperti sebelumnya.