Ini 5 Cara Sosial Media Boleh Meruntuhkan Rumah Tangga Anda Dalam Diam

Share

Media sosial telah menjadi ruang utama untuk semua orang berkongsi perasaan mereka termasuklah meluahkan kegembiraan, kesedihan, kemarahan, dan sebagainya. Ada yang berpendapat sebenarnya tidak elok kita berkongsi masalah kita di media sosial.

Namun, ada pula yang menganggap media sosial sebenarnya boleh memberi kebaikkan kepada mereka. Contohnya antara suami dan isteri, mengimbau kembali zaman perkahwinan dan percintaan mereka.

Tapi, tahukah anda yang media sosial juga sebenarnya satu peruntuh rumah tangga? Jom kita lihat bagaimana media sosial boleh meruntuhkan kebahagian anda dalam sekelip mata saja dengan 5 cara ini.

#1 Merugikan masa

Tak salah untuk kita membuka atau melihat sosial media kita sekadar ingin tahu apa perkembagan terkini, dan isu-isu semasa. Tetapi sesekali jaga terlalu menghadap gajet anda sehingga pasangan pun tak dilayan. Suami isteri perlu bijak membahagikan masa, tidak perlu melihat dengan benda yang tidak berfaedah.

#2 Kadang kala boleh berhubung dengan orang yang salah

Dengan media sosial juga anda boleh terjumpa ‘bekas kekasih’ anda dan secara tidak sengaja berhubung. Mungkin mereka ada niat lain dalam ingin berkawan dengan anda atau mereka masih belum ‘move on’. Hati-hati! ini boleh mendatangkan salah faham antara anda dan pasangan.

#3 Media sosial memburukkan komunikasi

Ya! media sosial boleh membuatkan kita hilang komunikasi terhadap orang sekeliling kita. Betapa hebatnya media sosial ini sehinggakan kita tidak sedari kewujudan orang disebelah kita. Pasangan tidak sepatutnya luangkan masa mereka dengan sosial media. Ini akan memburukkan lagi keadaan.

#4 Media sosial boleh membuatkan anda terlebih kongsi kisah rumah tangga

Pasti kita akan merasa ingin berkongsi gambar atau video di media sosial tidak kiralah sama ada dalam bentuk gambar atau video. Mungkin dalam tidak sedar anda telah memuat naik status berunsur kemarahan kepada pasangan anda. Bahaya juga sebenarnya jika anda terlalu berkongsi semua kehidupan anda di media sosial kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

#5 Merosakkan keakraban suami isteri

Jika anda selalu sangat scroll atau periksa feed sebelum tidur, percayalah yang sebenarnya anda sedang merosakkan keadaan anda bersamanya. Kerana waktu tidurlah masa antara anda dan pasangan bermanja mesra.

Published by
NanyRahman