Dalam sesebuah hubungan, ada beberapa perkara bahaya yang kerap dilakukan tanpa sedar boleh menjejaskan sesebuah hubungan tersebut. Setiap pasangan perlu mengelak perkara-perkara bahaya ini dalam memastikan hubungan berkekalan dan berpanjangan.
Namun, apakah perkara bahaya yang dimaksudkan itu? Jom kita lihat tujuh senarai perkara bahaya yang harus dielakkan oleh setiap pasangan sebelum terlambat!
Ini tidak bermakna anda dan pasangan kurang texting setiap hari, tetapi kedua-duanya gagal untuk berinteraksi tentang perkara yang mengganggu kalian. Semuanya dipendam dan lama-kelamaan apabila perkara itu diketahui, pada masa itu, nasi sudah menjadi bubur.
Walaupun anda melakukannya kerana sayang dan tidak mahu menyakiti hatinya, menyembunyikan perkara kecil daripada pasangan boleh menjadi masalah besar dan wujudnya trust issues yang boleh merosakkan hubungan anda berdua. Sebaiknya, kongskanlah semua masalah dengan pasangan kerana sikap anda yang suka berahsia boleh membawa masalah kepada hubungan anda di kemudian hari.
Orang kata, jika anda sayangkan seseorang, sudah pasti anda akan bertolak ansur bukan? Mereka yang hanya mahu ikut cara mereka tanpa menghiraukan pasangannya tidak seharusnya mempunyai hubungan dengan orang lain sebaliknya dengan diri mereka sahaja.
Memandang rendah kepada pasangan semata-mata nak buat anda nampak lebih hebat daripada dia hanya akan memburukkan lagi hubungan kalian. Memandang rendah kepada pasangan adalah lebih teruk daripada curang kerana anda cuba membuktikan yang anda lebih bagus daripada pasangan. Perkara ini tidak harus berlaku kerana hubungan yang baik tidak perlu ada perbandingan status mahupun darjat.
Hubungan yang terjalin tanpa rasa cinta merupakan perkara yang lebih parah dari curang. Keterpaksaan atau terpaksa untuk mencintai hanya akan membuatkan hati anda lebih sakit. Mungkin pertalian anda disatukan atas dasar kenalan keluarga, namun rasa cinta tidak pernah berputik. Ini hanya membuatkan hubungan anda berdua menjadi lebih parah.
Kadangkala anda tidak sedar yang anda dimanipulasi oleh pasangan atau anda yang memanipulasi keadaan. Memanipulasi pasangan demi kepentingan diri sendiri hanya boleh merosakkan lagi hubungan. Jangan gunakan pasanan untuk anda kecapi apa yang diinginkan. Contohnya, memanipulasi pasangan untuk berjaya dalam hidup dan meraih populariti.
Walaupun pasangan anda tidak pernah curang tetapi disebabkan keraguan anda dan masalah yang timbul akibat cemburu buta, hubungan kalian menjadi lebih sukar. Sikap cemburu itu perlu dalam hubungan, namun cemburu tak bertempat perlulah dielakkan. Jangan sampai ia boleh merosakkan hubungan.