Lepas seharian di tempat kerja dan ditambah pula dengan pelbagai masalah, tentu sahaja suami rasa tidak sabar untuk pulang ke rumah. Rasa penat suami akan terlerai apabila isteri menyambut kepulangan suami dari kerja dengan persediaan dan penuh kasih sayang.
Apatah lagi cara-cara yang dinyatakan ini bukanlah sesukar mana untuk isteri lakukan. Jika dimulakan dari awal rumah tangga, pasti ia akan menjadi satu kebiasaan dalam diri anda dan suami.
Bagi suri rumah tangga ataupun isteri yang sering pulang awal berbanding suami jom amalkan lapan cara ini. Selain melegakan kepenatan dan suami inginkan penghargaan atas usaha kerasnya di tempat kerja, tip ini juga boleh membuatkan suami teruja untuk pulang awal bertemu orang yang dicintainya.
1. BERSIMPATI DENGAN SUAMI
Saat kepulangan suami, tunjukkan rasa simpati isteri dengan kepenatan yang suami rasai setelah seharian di tempat kerja. Bukan itu sahaja, anda juga harus memahami pelbagai kemungkinan yang suami alami di tempat kerja misalnya dimarahi ketua, dibebani dengan pelbagai tugasan, bertengkar dengan rakan sekerja dan sebagainya.
Jika anda memahami tanggungjawab suami dalam mencari sumber rezeki untuk keluarganya, pasti anda akan lebih menghargai kepulangan suami dan tahu saat suami sedang bersedih, marah atau gembira.
2. SIAPKAN KEPERLUAN SUAMI
Setiap suami tentu sahaja inginkan istirahat yang cukup sekembalinya dari tempat kerja. Sebagai isteri, anda tentu sahaja tahu apa yang diperlukan oleh suami kerana setiap orang berbeza-beza.
Ads
Ada suami yang inginkan secawan kopi atau teh panas sekembalinya dari kerja, tak kurang juga cukup dengan segelas air kosong sebagai pembasah tekak dan penyejuk hati. Jika perlu, anda juga boleh mengurut suami untuk meregangkan otot-ototnya.
3. JAGA PENAMPILAN DIRI
Perkara ini memang kurang diperhatikan oleh isteri. Percayalah dengan menunjukkan penampilan yang menarik boleh mengubah mood suami menjadi lebih bersemangat semula.
Sebenarnya anda tidak perlu untuk bersolek mampan tetapi berusahalah untuk tampil menarik dengan memakai pakaian yang kemas dan badan tidak berbau sekembalinya suami dari tempat kerja. Pastikan juga rambut anda diikat rapi dan jangan dibiarkan berserabai seperti hantu Mak Limah.
Namun bagi yang tidak bekerja ambil kesempatan anda berada di rumah dengan menyiapkan diri anda sebaiknya. Berhiaslah untuk menyambut kepulangan suami tercinta tanpa berlebih-lebihan.
Ads
4. BERI SENYUMAN MANIS
Berikan senyuman manis saat menyambut kepulangan suami kerana senyuman adalah senjata yang paling berkesan untuk membuatkan hati suami ceria. Sebanyak mana pun masalah suami di tempat kerja, rasa beban itu akan segera hilang apabila melihat senyuman manis orang yang dicintainya.
Walaupun isteri berdepan dengan masalah, usahakanlah untuk tidak menunjukkan wajah yang murung atau masam apabila suami balik dari kerja kerana ia akan menambahkan lagi bebanan suami yang dalam kepenatan.
5. BERI PELUKAN & CIUMAN
Betapa bahagianya suami ketika pulang ke rumah apabila isteri menyambut suami dengan sebuah pelukan hangat dan ciuman yang penuh kasih sayang. Pelukan ini akan meringankan bebanan suami selain mengeratkan lagi kasih sayang antara anda berdua.
Ads
6. PASTIKAN RUMAH BERSIH
Selain penampilan isteri, suasana rumah yang bersih dan tersusun rapi juga boleh menenteramkan jiwa suami apabila pulang dari kerja. Oleh itu usahakan untuk anda mengemas rumah sebelum suami pulang ke rumah.
Bukan sahaja suami, sesiapa pun akan pening kepala apabila melihat rumah bersepah seperti tongkang pecah. Ini kerana rumah yang bersepah akan mempengaruhi suasana hati suami kerana suami tidak dapat beristirahat dengan selesa dan tambah tertekan. Jadikan rumah yang bersih dan rapi sebagai syurga untuk memadu kasih dan menghibur suami.
7. HIDANGKAN MAKANAN KEGEMARANNYA
Perkara yang paling dinanti-nantikan suami ketika pulang kerja tentu sekali apabila dapat menikmati masakan daripada air tangan isterinya. Apalagi jika isteri memasak makanan kegemaran, pasti tambah berselera suami menjamahnya.
8. BIARKAN SUAMI REHAT
Sekembalinya suami dari kerja jangan sesekali isteri membebani suami dengan masalah. Berikan suami berehat seketika bagi melepaskan lelahnya. Jangan lontarkan pertanyaan demi pertanyaan ataupun masalah kepada suami yang dapat memancing berlakunya pertengkaran. Jika ada masalah yang anda ingin ceritakan kepada suami, pastikan suami sudah berada dalam keadaan yang tenang dan cukup rehat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah pasti setiap orang akan diuji dengan ujian tersendiri. Ada yang diuji dengan pekerjaan, dengan keluarga, dengan hubungan, mahupun kesihatan.
Maka sedarlah kita bahawa keadaan tersebut adalah dalam kuasa dan takdir Allah jua. Selain daripada usaha yang boleh dilakukan dengan kudrat yang diberikan Allah SWT, ada doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW agar nikmat yang telah diberikan kepada kita tidak ditarik kembali, serta musibah juga tidak menimpa.
Dari Ibnu ‘Umar r.anhuma, ia berkata, “Di antara doa Rasulullah SAW, iaitu ‘Allahumma Innii A’uudzu Bika Min Zawaali Ni’matik, Wa Tahawwuli ‘Aafiyatik, Wa Fujaa’ati Niqmatik, Wa Jamii’i Sakhotik’
Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari seksaMu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaanMu).” (HR. Muslim, no. 2739)
Segalanya adalah dalam kuasa Allah, maka hanya Allah yang berhak memberi dan menarik apa jua nikmat kepunyaanNya. Ia bukan tanda Allah tidak adil atau tidak kasih, namun hanya satu bentuk ujian ke atas hamba-hambaNya. Bukankah Dia telah memberitahu bahawa manusia memang akan diuji dengan sedikit kesusahan, kekurangan harta benda jua kesedihan bagi melihat siapakah yang lebih sabar. Namun tidak salah juga untuk berdoa agar dikekalkan nikmat yang telah diberikan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita tak akan pernah tahu bila waktu diuji kehilangan pasangan dan apa yang akan berlaku jika si dia pergi secara tiba-tiba. Tetapi apa yang penting, suami atau isteri kena ambil tahu perkongsian tentang uruskan harta dan segala hutang oleh Puan Solah Hiyah Mohd Idris jika Allah ambil orang yang kita sayang dalam sekelip mata.
Jemput hadam.
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kehilangan Pasangan Dalam Hidupnya
Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya sama ada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan.
Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.
Sentiasa berdoa supaya kita & pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.
3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kepada pasangan password hp, email, myeg & pin no kad-kad ATM dll. Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit-duit yang ada. (Walaupun begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.) Sebaik sahaja kita daftar untuk dapatkan sijil kematian, semua acc akan dibekukan.
Buat salinan ic pasangan, sijil kema*tian, surat permit pengkebu*mian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak & ic anak-anak. Dokumen-dokumen ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila membuat semua urusan berkaitan.
Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil-bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang-hutang dan sebagainya) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang-hutang & harta-harta yang ditinggalkan.
“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang mening*gal akan lebih susah jika hutang-hutang dan harta-harta tidak diurus dengan segera.”
Jika kita betul-betul sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.
Hubungi bank-bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga boleh claim khairat kema*tian daripada bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. EPF dalam tempoh 6bulan tapi Bank Rakyat dalam masa 3 bulan sahaja. Kalau lewat, hangussss)
Pastikan juga semua acc diatas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir.
*SOCSO ada pencen bulanan untuk waris.
Kepada isteri-isteri, belajar mengenai IDDAH. Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bukan 44 hari ye?
Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yg berhak ke atas harta yang ditinggalkan & berapa banyak yang perlu diagih-agihkan. PENAMA bukanlah bemakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!
Jika berkemampuan, mencarumlah dengan mana-mana takaful untuk semua pinjaman bank, diri sendiri dan keluarga. Wang tuntutan takaful boleh membantu melangsaikan hutang-hutang, meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedeqahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
*Money is not everything, but everything needs money*
Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga & sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan & tidak berdaya.
Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat ma*ut boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Panggil pasangan dan bincangkan perkara ini.
Dengan sedikit perkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri-isteri) tidak akan hilang punca. Allahualam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengupah jurugambar untuk majlis anda tentunya satu benda yang wajib dan berbaloi.
Jurugambar ini akan memastikan anda dan pasangan anda kelihatan ‘wow’ dalam gambar dengan pose yang menarik dan romantis yang boleh anda cuba bersama pasangan.
Gaya yang kelakar dan spontan juga dilihat menjadi antara pose yang menarik buat pasangan mempelai disamping effect dan suasana latar belakang yang indah. Kami kongsikan kepada anda antara idea gaya untuk anda pose dalam gambar kahwin anda.
Spontan habis gambar pasangan pengantin. Korang pun boleh try dengan pose yang berbeza.
Memang kreatif betul gambar-gambar yang diambil. Korang pun boleh cuba dengan pasangan korang !
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!