Melangkah ke alam perkahwinan pastinya semua indah, perlu ambil tahu beberapa pantang larang yang lazimnya menjadi tabiat harian. Jauhi atau elakkan untuk kebahagian bersama.
Sebut sahaja pantang larang, pastinya dikaitkan dengan kepercayaan. Jangan pula anda di luar sana berpendapat ia satu mistik atau perkara syirik pula. Pantang larang hanyalah kepercayaan orang dahulu kala yang menjadi petua dan amalan mereka yang kini menjadi turun temurun.
Lapan pantang larang untuk bakal pengantin boleh diikuti. Manalah tahu, ia berkesan atau berhasil untuk bakal pengantin diluar sana. Tak cuba mana tahu!
1. Elak keluar malam hingga lewat malam
40 hari sebelum bernikah elakkan asyik berkepit bersama pasangan untuk mengawal nafsu. Bukan apa, bila dah lama tidak bertemu perasaaan rindu pastinya membara. Ini membuatkan teruja saat ingin akad nikah nanti.
2. Elak makan ulam dan buah yang berbau
Mengamalkan makan ulam dan buah adalah satu perkara yang baik tetapi jika tersalah pilih binasa jawabnya. Bayangkan sehari sebelum akad nikah anda menikmati berulas-ulas durian, bau durian bukanlah hilang serta-merta. Silap hari bulan, pengsan tok kadi yang ingin menikahkan anda dan pasangan.
3. Jangan mandi lewat malam
Seringkali kita dengar orang tua-tua selalu bising jika mandi lewat malam bukan. Inilsh sebabnya, amalan mandi selepas jam 10 malam mampu membuatkan anda cepat untuk mengalami sakit urat dan sendi, terutama sekali pada kaum wanita. Badan nak pakai lama cik adik oiii…
4. Jangan memakai celana ketat
Bagi para mempelai lelaki elakkan memakai celana ketat dan tidur menirap sebelum menjelang hari bahagia anda. Ini bukan apa, peredaran darah sekitar organ dalaman boleh terganggu dan mungkin berlakunya masalah kesuburan. Saat itu jangan menyesal kalau tidak mengambil tindakan awal.
5. Oh tidak! pada sinar UV
Elakkan dari berjemur dibawah sinaran cahaya matahari terlalu lama dan kerap untuk bakal pengantin, ini dikhuatiri kulit menjadi gelap dan kusam tidak bermaya pada hari perkahwinan.
6. Seminggu sebelum Say No! pada solekan
Jika asyik bermake up tebal sebelum tiba hari bersanding takut pula tiada seri pada wajah dengan solekan mak andam pada hari tersebut.
7. Jangan makan bersulam air
Jika makan bersulam air dikhuatiri perut akan menjadi buncit, nanti lain pula jadinya. Mulut orang bukan boleh ditutup, silap hari bulan dikatanya sudah berbadan dua sebelum nikah.
8. Mengapa tidak pada air soya
Bagi pengemar soya bertabahlah ya, sebelum hari perkahwinan mu. Air soya adalah minuman yang sejuk dan tidak sesuai untuk alat kelamin anda.
Petua turun temurun ini sebaiknya diamalkan, kalau tidak ia seperti tidak mendengar nasihat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI