Bergelar ratu dan raja sehari tentunya bakal pengantin mahu dilihat anggun sepanjang hari bahagia itu nanti. Malah bukan itu sahaja tentu sekali ingin mengabadikan kenangan dalam album perkahwinan.  Maka, pastikan pose-pose menarik mewarnai album perkahwinan itu nanti.

Takpe, berikut 8 tip untuk  “POSE” agar foto kahwin anda nampak wow!

==============================================================================

Klik! Klik! Klik! Anda pasti mahu wajah dan gaya anda sangat fotogenik ketika jurufoto merakam gambar-gambar anda bersama pasangan. Tentu menyesal tak sudah jika wajah dan gaya anda nampak kurang menarik kerana itulah saat anda dan pasangan untuk mengabadikan kenangan terindah dalam hidup. Sebelum anda kecewa, jom semak beberapa tip agar anda tampil cantik saat bergambar.

[1] Menghadap ke kanan

Kajian sebuah universiti di Amerika Syarikat menyatakan bahawa, sisi kiri wajah lebih menarik berbanding sisi yang kanan. Oleh itu, untuk mendapatkan gambar yang lebih sempurna, toleh sedikit ke sebelah kanan untuk menunjukkan sisi ‘terbaik’ anda.

[2] Pilih asas solekan dengan berhati-hati

IKLAN

Untuk penampilan yang lebih sempurna, pastikan anda elakkan bedak asas (foundation) yang memantul atau mengandungi bahan mineral titanium dioksida (pigmen reflektif) dalam jumlah tinggi. Meskipun bedak asas baik untuk tampilan berseri sepanjang hari, lampu kilat (flash) kamera dengan cepat boleh mengubah kulit berembun anda menjadi pucat.

[3] Tonjolkan ciri-ciri terbaik anda

Untuk nampak cantik dalam gambar, pastikan anda tonjolkan ciri-ciri terbaik anda. Jika mata adalah ciri terbaik anda, serlahkan dengan solekan mata yang menawan. Andai kata bentuk tubuh anda yang terbaik, tonjolkan dengan memakai dress yang sesuai bentuk dan warnanya.

[4] Jangan melihat ke arah lensa

Melihat terus ke aras lensa boleh menyebabkan efek ‘red eye’ pada gambar. Oleh itu, fokuskan mata sedikit ke atas atau bawah lensa. Ini juga boleh mengelakkan anda daripada berkedip saat bergambar.

IKLAN

[5] Elakkan dagu berlipat

Tidak ada yang lebih buruk melainkan melihat wajah anda dengan dagu berlipat. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, pastikan kamera berada di atas atau sejajar dengan mata. Anda juga boleh mencuba mendongakkan kepala dan tonjolkan sedikit rahang.

[6] Bergaya seperti model

Jika anda ingin gambar nampak sempurna, cuba berangan yang anda umpama seorang model. Lakukan ‘pose’ yang bersahaja. Jika anda bergambar penuh, cubalah gaya klasik selebriti dengan mengiringkan sedikit tubuh tiga perempat dari kamera, dengan satu bahu ke depan dan sebelah kaki di depan kaki yang lain. Tubuh anda akan nampak lebih langsing. Jangan lupa untuk menahan sedikit nafas agar perut nampak kempis.

IKLAN

[7] Senyuman yang sempurna

Kebanyakan daripada kita hanya fokus pada mulut ketika tersenyum. Namun, menurut supermodel Tyra Banks, yang paling penting adalah “smize atau smiling with your eyes” (tersenyum dengan mata). Daripada memaksa untuk tersenyum, fikirkan hari bahagia anda dengan pasangan agar senyuman tampak lebih semulajadi.

[8] Praktis! Praktis! Praktis!

Jika anda benar-benar ingin menghasilkan gambar-gambar perkahwinan yang sempurna, cara terbaik ialah dengan melakukan latihan terlebih dahulu. Berlatihlah dengan mimik muka dan sudut tubuh, senyuman dan ekspresi wajah yang berbeza untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik baik di depan cermin atau kamera sendiri.

In Shaa Allah. Dengan tips yg dikongsikan, takde la risau sangat kalau photographer kahwin anda suroh pose dgn pasangan masa wedding nanti kan? Jangan lupa SHARE ok!

Sumber: https://www.facebook.com/documentist/posts/1898041267183455

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI