Musim-musim cuti sekolah nanti mesti ramai yang akan melangsungkan perkahwinan bukan? Itu satu petanda yang bagus, kerana dalam islam juga perkahwinan itu sangat digalakkan untuk mengelak dari berlakunya zina.
Jika sudah sampai jodoh anda maka, berkahwinlah. Pintu rezeki akan sentiasa terbuka utuk anda. Namun, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan ni adakah anda sudah bersedia soalan-soalan yang akan ditanya nanti? Kami kongsikan kepada anda antara soalan yang bakal ditanya nanti. Semoga berjaya!
Soalan yang ditanya masa interview untuk hantar borang nikah:
1. Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali.
2. Baca Surah Al-Fatihah
3. Baca doa qunut
4. Apa yang awak tahu tentang munakahat? Sebutkan rukun nikah?
5. Apa itu thaharah? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?
6. Tanggungjawab suami/Isteri.
Soalan paling penting, sebagai seorang islam dan wajib tahu.. soalan 1 dan soalan 2 kerana bacaan ini ada dalam solat. Termasuk no 3, walaupun sunat dituntut.
Jangan risau, ada beberapa jawapan tau kt bawah ni:
1. Apa itu Taharah?
Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal, dan lain lain daripada kotoran @ najis
2. Hadas ada dua.. hadas besar, hadas kecil.
Ads
3. Sebelum lakukan ibadah wajib:
Hadas besar kena mandi wajib.
Hadas kecil kena wuduk
5. Sebab kena mandi wajib
– Haid
– Nifas
– Keluar Mani
– Bersetubuh
– Meninggal dunia
– Wiladah
6. Tanggungjawab suami:
– Menunaikan perintah/hak Allah
– Bimbing isteri lakukan kebaikan, tinggalkan keburukan
– Beri nafkah pada isteri.
– Menyayangi/ beri layanan baik kepada isteri
– Melindungi isteri
7. Munakahat – ilmu tentang perkahwinan.
Ads
8. Rukun nikah
– pengantin lelaki
– pengantin perempuan
– wali
– saksi
– Sighah – Ijab dan Qabul
Alhamdulillah lepas jugak jawab semua
Cara nak counter nervous, kena hadam buku yang kita dapat masa kursus kahwin tu.. kaitkan dgn ibadat kita buat ,inshaAllah mudah ingat.
Yang paling wajib, kena tahu, iaitu kalimah syahadah, surah Al-fatihah, doa qunut lepas ni nak share step-by-step nak nikah dari sebelum sampai nikah.. Tunggu tau..
Ads
Kredit : Sis Xet
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang pasti memiliki kriteria idaman, baik laki-laki atau wanita. Tiap wanita memiliki kriteria sendiri mengenai lelaki idaman, begitu juga sebaliknya. Bagaimana dengan anda? Apakah pasangan anda memiliki beberapa kriteria di bawah ini?
1. Sering Bersemangat
Dia selalu bangun bersama dengan terbitnya matahari, sentiasa bersemangat untuk menyambut hari baru. Lelaki yang penuh keriangan di pagi hari dapat dikatakan bersiap sedia menghadapi kesulitan hidup. Dengan berbekal rasa syukur dan semangat hidupnya yang tinggi, segala masalah yang mungkin muncul dalam perkahwinan nanti pasti boleh diatasi bersama. Mungkin aia adalah lelaki pilihan untuk anda.
2. Tak sukar mengungkap kata cinta
Apakah dia selalu mengatakan dan menunjukkan rasa sayang pada anda? Menurut penelitian, menyatakan rasa sayang secara teratur merupakan perkara penting yang mendatangkan kepuasan dalam sebuah perkawinan. Jika anda mempunyai kekasih seperti itu, anda sudah mendapat pasangan yang baik. Mungkin dia adalah lelaki pilihan untuk anda.
3. Menepati janji
Dia akan berusaha menepati janji yang pernah diucapkannya, datang tepat pada waktu, memenuhi tanggung jawab dan kewajipannya dengan senang hati tanpa menunjukkan rasa berat ataupun terpaksa sedikitpun. Apa yang dia katakan akan sama dengan yang dia maksudkan. Persiapkanlah diri anda menjalani kehidupan yang menyenangkan bersama lelaki ini. Mungkin dia adalah lelaki pilihan untuk anda.
4. Calon ayah yang baik
Perhatikan, apakah dia punya minat pada anak-anak? Mahu membantu mengasuh anak? Dan menurutnya anak-anak sangat lucu dan menakjubkan? Bahkan dia sudah berfikir menyiapkan tabungan untuk keperluan anaknya nanti? Bila jawapan anda untuk semua pertanyaan di atas ialah ya, anda boleh mengahwini lelaki ini kerana besar kemungkinan dia adalah calon seorang ayah yang baik. Mungkin dia adalah lelaki pilihan untuk anda.
5. Suka berjenaka
Dia senang tertawa bersama anda (tapi bukan untuk mentertawakan anda). Dia juga tahu bahawa mentertawakan orang lain itu tidak lucu. Dia juga tahu bagaimana memandang sisi terang dari sesuatu. Lelaki periang ini baik untuk anda. Mungkin dia adalah lelaki pilihan untuk anda.
6. Bertanggungjawab
Dia menghayati pekerjaannya dan berusaha mengerjakannya dengan baik. Dia bersemangat kerja dengan Anda dan berusaha mengatasi kepayahan. Dia memang senang bekerja dan bertanggungjawab. Mungkin dia adalah lelaki pilihan untuk anda.
7. Tidak Segan Meminta Maaf
Dia tidak pernah segan untuk meminta maaf bila telah berbuat salah atau menyakiti perasaan anda, berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama, dan belajar dari kesalahan itu sehingga hubungan anda dan dia sentiasa baik. Dia juga mengerti bahawa dengan mengatakan ‘maaf’ tidak akan mengurangi kejantanannya. He’s a gentleman, right?. Mungkin dia adalah lelaki pilihan untuk anda.
8. Romantis
Lelaki ini memang agak sulit ditemui. Setidaknya jika dia selalu ingat ulang tahun anda, senang mengajak anda berjalan di bawah cahaya bulan, memilih hadiah ulang tahun yang tepat, mengirim pesanan ringkas ataupun email berisi puisi indah, dan membuat Anda bahagia sebagai wanita. Mungkin dia ialah lelaki pilihan untuk anda.
Sesekali ajaklah isteri keluar dating berdua, ini cara seimbangkan hidup yang sibuk dan rehatkan si dia daripada tugas rumah tangga.
Bagi kebanyakan isteri, tugasan harian seperti memasak, mencuci, menjaga anak-anak, dan menguruskan rumah tangga boleh menjadi sesuatu yang memenatkan secara fizikal dan emosi.
Dating Berdua, Rehatkan Isteri
Jadi, penting bagi suami untuk menyedari bahawa isteri juga memerlukan masa untuk berehat dan merasa dihargai. Salah satu cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan membawa isteri keluar ‘dating’ berdua, sama seperti zaman bercinta dulu.
Sebenarnya, baik suami atau isteri kena dating berdua terutamanya suami kenalah paksa isteri. Tak perlu pergi jauh pun minum kedai kopi pun dah cukup.
Kadang-kadang bukan isteri tak nak, memikirkan banyak kerja rumah nak kena buat, rasa macam rugi masa pula bila nak keluar kan! Hakikatnya kalau difikirkan tentang kerja rumah memang tak akan habis.
Jadi, suami atau isteri kena sama-sama paksa untuk dating berdua, seperti apa yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini, ada betulnya.
Saya memang tak bagi isteri saya jadi ibu 24 jam walaupun dia rela. Malah, saya tetap kena ingatkan bahawa dia itu bukan cuma seorang ibu semata-mata tapi dia juga adalah seorang kekasih dan isteri pada suaminya.
JADI MEMANG NAK TAK NAK SAYA AKAN ‘PAKSA’ DIA DATING DENGAN SAYA. TAK KISAHLAH KE KEDAI MAMAK KE, KOPITIAM KE MALL KE ATAU DI TEPI SUNGAI KE YANG PENTING SAYA KENA CARI JALAN UNTUK REHATKAN ISTERI SAYA.
Itulah tugas saya untuk sesekali ‘rehatkan’ isteri daripada tugasnya menjadi seorang ibu rumah tangga.
Suami Pun Kena Rehat
Saya juga bukan cuma seorang bapa semata mata. Saya juga seorang pencinta dan suami kepada isteri saya.
JADI ISTERI SAYA PUN AKAN ‘PAKSA’ SAYA UNTUK DATING BERDUA DENGANNYA SEMATA MATA UNTUK REHATKAN SAYA DARIPADA MENJADI PENCARI NAFKAH SEPENUH MASA BUAT KELUARGA.
Saya percaya pada Balanced Life. Buat apa pun kena seimbang. Bila hidup seimbang insya Allah nak jadi ibu ke, jadi isteri ke, nak jadi pekerja ke atau pun nak jadi bos, semua boleh belaka. Apa yang penting kena hidup seimbang dan bahagia!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal pengantin mesti sudah melakukan persiapan majlis perkahwinan anda bukan? Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah.
Tidak ada bakal pengantin yang inginkan majlis mereka biasa-biasa kerana ini hanyalah sekali seumur hidup. Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tidak mahu menanggung hutang yang tinggi. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak masuk akal kerana kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting. Kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.
1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.
3. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.
4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tidak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.
5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan. Selain itu, tarikh juga mainkan peranan. Sekiranya anda menempah servis kahwin pada hari yang tidak sibuk, contohnya majlis perkahwinan bukan sewaktu cuti persekolahan, harganya juga boleh dirunding dan lebih murah dari waktu yang sibuk.
6. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah lebih elok jika saudara mara dan rakan terdekat sahaja.
7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.
8. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.
9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.
10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CDlagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah.
11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG.Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.
12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?
13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.
14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan?
15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.
Sumber : ikahwin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!