Ini Cara Anda Bangkit Lepas Ditinggalkan Kekasih

Share

Di sangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah perumpamaannya untuk hubungan yang tidak sempat sampai ke jenjang pelamin. Nak bangun dari kesedihan memang bukan perkara mudah, lebih-lebih lagi apabila bekas kekasih sudah lama ‘bersarang’ di hati anda.

 

Tapi, takkan selamanya nak tenggelam dengan air mata? Takkan selamanya anda tidak mahu mengubat hati yang kecewa itu? Bangkit dengan penuh semangat dan lakukan ini unutk ringankan ‘bebas’ kekecewaanmu.

 

Langkah Pertama

Cuba berikan respons secara kreatif tentang krisis emosional yang dialami untuk mengubati luka di hati anda itu. Jangan terus menyorok dalam menghadapi masalah. Sebaliknya, mulakan membuat perancangan untuk mengubah situasi.

Biarpun luka akibat cinta tak kesampaian ini amat parah, namun, pastikan anda mempunyai ‘deadline’ untuk mengakhiri cerita duka anda itu. Anda juga boleh menghubungi teman karib anda dan curahkan segala rasamarahdan sakit hati itu hingga ke ungkapan yang paling kotor. Teruskan meluahkannya, walaupun sehingga teman karib anda itu naik muak. Jangan pedulikannya, kerana semakin banyak anda melahirkan rasa benci dan sakit hati tersebut maka sedikit demi sedikit luka di hati anda itu akan beransur hilang.

Langkah Kedua

Langkah kedua, agak berat. Namun, pada hari ini anda tidak perlu lagi menghubungi teman karib itu. Sebaliknya, kembali mengungkapkan kemarahan, kebencian serta kesedihan anda itu kepada sahabat yang lain pula. Lupakan segala rasa yang berbaur itu dengan lebih ekspresif supaya luka di hati anda akan menjadi lebih ringan tanpa anda sedari.

Langkah Ketiga

Segala sedu sedan anda mungkin mulai hilang, dan anda hanya perlu berfikir tentang keburukan si dia sahaja. Pada hari ini juga, buangkanlah segala kenangan yang masih bersisa di lubuk hati anda. Anggap sahaja bekas kekasih anda itu tidak guna, dan hanya layak dipanggil ‘sampah’!

Langkah Keempat

Susun jadual untuk menuju masa depan yang lebih baik biarpun tanpa kehadiran si dia dalam hidup anda. Buktikan tanpa insan dipanggil lelaki atau kekasih, anda masih lagi boleh menikmati hidup dan mampu berjaya dalam karier, malah jauh lebih baik! Rencanakan masa depan anda dengan matang mulai hari ini!

Langkah Kelima

Ingat dan pastikan hari ini adalah hari terakhir anda menderita akibat cinta tak kesampaian. Jadi, jadikanlah hari ini sebagai ‘deadline’ untuk memikirkan bahawa pada saat ini si dia begitu asyik memadu cinta dengan kekasih barunya, sehingga membuat kebencian itu menyelubungi seluruh hati anda. Biarkan ia tetap seperti itu, kerana suatu hari nanti rasa benci itu akan luntur dengan sendirinya, namun pada saat yang tepat, saat anda sudah tidak memikirkannya kembali.

Langkah Keenam

Menjadi wanita baru, yang lebih cantik, bersemangat, berkeyakinan dan tidak prejudis, dengan meminta pertolongan daripada teman-teman untuk memperkenalkan anda kepada kenalan-kenalan lelakinya. Siapa tahu anda akan bertemu dengan lelaki yang jauh lebih hebat dan bertanggungjawab jika dibandingkan dengan kekasih lama anda dulu.

sumber : Wom.my

 

Published by
Kim