Perkahwinan merupakan salah satu di antara sunah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga sebenarnya termasuk dalam tuntutan syara’ untuk kita penuhinya.
Oleh itu sebarang bentuk penolakan tentang perkahwinan seperti bernazar atau bersumpah untuk tidak berkahwin sama sekali tidak akan diterima oleh Allah Taala. Bahkan ia menjadi satu kesalahan sekiranya dilakukan.
Sebagaimana Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat, maka Allah juga perintahkan untuk berkahwin. Maka dianjurkan bagi semua umat Islam untuk berkahwin sekiranya berkemampuan dan dilarang untuk terus hidup membujang. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang menolak perkahwinan dan menolak kebaikan yang telah Allah anugerahkan.
Al-Quran sebenarnya telah menjelaskan kepada kita: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” al-Maidah: 87
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Checklist Majlis Perkahwinan, Persediaan Bermula 6 -12 Bulan Hingga Majlis Berlangsung
Majlis perkahwinan perlu dirancang dengan teliti. Sebaik-baiknya persiapan majlis perkahwinan dilakukan seawal mungkin. Elakkan daripada melakukan persiapan pada saat-saat akhir. Bimbang ada sahaja perkara yang ‘tertinggal’ dan terlepas pandang.
Pasangan mempelai tentu tidak mahu bukan majlis yang cukup bersejarah dalam hidup anda jadi tidak teratur dan kelam kabut bukan? Bagi memudahkan pasangan bakal mempelai membuat persiapan majlis perkahwinan, berikut dikongsikan ‘checklist’ seperti yang disenaraikan Iman Studio.
CHECKLIST MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT TEMPOH:
6-12 BULAN SEBELUM
1.Anggarkan jumlah kehadiran tetamu dan senaraikan
2.Tetapkan bajet majlis.
3.Tempah lokasi majlis.
4.Tempah pakej perkahwinan.
5.Tempah jurugambar atau juruvideo majlis.
6.Bincang barang hantaran.
7.Pilih katering mengikut bajet.
5 BULAN SEBELUM
1. Buat ujian HIV di klinik kerajaan yang berdekatan.
2. Uruskan dokumen permohonan nikah.
3. Tempah pengacara majlis.
4. Tentukan tema keluarga.
5. Beli barang hantaran yang telah dibincangkan.
6. Bincang barang hantaran.
7. Booking homestay untuk penempatan keluarga.
3 BULAN SEBELUM
1.Serah dokumen berkaitan ke Pejabat Agama Islam Daerah.
2.Tentukan serta senaraikn tugas untuk ahli keluarga.
3.Pilih baju untuk majlis di butik pengantin.
4.Pilih pengapit dan tentukan warna tema serta jenis baju.
5.Bincang menu bersama pihak katering.
6.Tentukan dekorasi majlis untuk pelamin dan lain-lain.
7.Survey design bunga pahar dan goodies bag.
1 BULAN SEBELUM
1.Semak status permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah.
2.Senaraikan nama dan alamat tetamu untuk pos kad jemputan.
3.Pos semua kad jemputan majlis kahwin.
4.Rancang kedudukan tetamu yang bakal hadir.
5.Buat rawatan muka.
6.Tempah juruinai.
7.Gubah dekorasi hantaran.
1 MINGGU SEBELUM
1.Sahkan kehadiran jurunikah.
2.Pastikan prosedur pernikahan selesai.
3.Sediakan duit kecil untuk bayar jurunikah, saksi dan lain-lain.
4.Hias bilik pengantin.
5.Sahkan semua tempahan seperti jurugambar dan lain-lain.
6.Ambil baju kahwin di butik pengantin.
7.Aturkan taklimat tugasan untuk setiap ahli keluarga atau pembantu.
1 HARI SEBELUM
1.Majlis berinai.
2.Pastikan pakaian untuk majlis siap diseterika.
3.Siap rebus telur serta hiasan dibunga telur.
4.Pastikan tanda arah ke lokasi majlis siap pasang.
5.Rehat dan tidur awal.
HARI MAJLIS
1.Bangun awal pagi dan mandi sunat.
2.Pastikan anda siap 1 jam awal.
3.Alas perut dengan sarapan ringan.
4.Banyakkan selawat dan zikir supaya hati tenang.
5.Senyum dan nikmati hari bersejarah anda.
7.Kunci bilik yang menyimpan barang berharga.
Sumber: Facebook Iman Studio Kredit foto (top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Harus Tahu, Inilah 6 Perkara Yang Tak Perlu Lakukan Untuk Lelaki!
Setiap wanita yang menjalinkan hubungan cinta pasti ingin sentiasa bahagia di samping insan tercinta. Ada segelintir wanita yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan hubungan yang dibina terus terjalin. Namun, seringkali mereka mengambil peranan lelaki dalam perkahwinan mereka dan ada juga yang sanggup mengorbankan kebahagiaan sendiri atas nama cinta.
Tidak salah untuk berbuat demikian, tapi anda juga harus memgutamakan diri sendiri dan tidak terlalu taasub dengan sesebuah hubungan hingga boleh menyebabkan anda terluka. Sikap saling membantu antara satu sama lain perlu ada dalam hubungan untuk memastikan hubungan yang dijalin lebih sihat.
Pesona Pengantin senaraikan 6 perkara yang wanita tidak patut lakukan untuk pasangan anda!
1. MENGUBAH PENAMPILAN
Tampil cantik di depan suami itu adalah lumrah biasa bagi seorang isteri. Tetapi jika pasangan anda memberikan tekanan pada anda untuk mengubah penampilan anda secara drastik, maka anda tidak perlukan dia dalam hidup anda. Pada masa yang sama, jika suami anda meminta anda untuk mengubah sesuatu yang boleh anda setujui dengan mudah, lakukannya dan jangan degil. Ia tidak akan menyebabkan kerosakan dalam hubungan anda, tetapi sebaliknya ia akan mengukuhkan hubungan emosi anda bersama suami.
2. BERIKAN HADIAH YANG MAHAL
Ia adalah langkah yang terbaik sekiranya anda dan pasangan anda memberikan hadiah yang sama nilai pada satu sama lain. Memberikan hadiah yang mahal untuk orang kesayangan, terutama sekali apabila dia tidak boleh membalasnya dengan hadiah dengan nilai yang sama akan membuatkan si dia berasa janggal dan rendah diri.
Selain itu, ia juga boleh mendatangkan musibah pada diri sendiri sekiranya anda menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab maka kerana dia akan menggunakan cinta anda untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
3. CUBA SELESAIKAN MASALAH
Walaupun suami anda mempunyai masalah kewangan atau masalah di tempat kerja, jangan cuba untuk menyelamatkannya dari masalahnya sendiri. Anda boleh membantu dalam mencari jalan penyelesaian tetapi biarkan suami anda selesaikan yang selebihnya.
Jika anda kerap membantunya, anda akan hidup dengan pasangan yang sentiasa ragu-ragu, tidak berdaya dan takut untuk memikul tanggungjawab untuk masa depannya. Sentiasa ingat anda adalah seorang perempuan dan juga isteri bukannya pembantu yang harus mengendalikan segala-galanya.
4. TUNJUK ANDA LEBIH BIJAK
Walaupun anda sentiasa betul 100%. tiada ada yang lebih provokatif daripada frasa “apa yang telah saya beritahu?” Dengan mengatakan ini, anda menunjukkan pada suami anda bahawa anda lebih bijak daripada dia dan ini akan membuatkan hubungan anda jadi tidak begitu baik. Setiap individu perlu merasa penting dalam hidup mereka. Menunjukkan penguasaan anda pada dirinya tidak akan membantu untuk membina hubungan yang harmoni.
5. MENJADI TEMPAT UNTUK DIA BERGANTUNG
Tidak seperti wanita, lelaki tidak akan jatuh cinta pada wanita yang bersimpati pada dirinya. Sentiasa di sisi suami dari segi emosi dan fizikal tidak bererti hubungan anda dan suami anda itu begitu mendalam dan bahagia. Wanita yang bijak akan sentiasa menyokong dan memberikan inspirasi kepada suaminya untuk mendapatkan pencapaian yang baru. Ini adalah rahsia kepada hubungan yang bahagia.
6. MELEPASKAN KERJAYA DAN KEHIDUPAN PERIBADI DEMI LELAKI
Hanya kerana wanita telah menemui cinta dalam hidupnya ini tidak bermakna dia perlu melepaskan rakan-rakan dan kerjayanya. Jika anda mengorbankan kehidupan peribadi anda untuk menjaga keluarga anda, suami anda mungkin akan hilang minat dalam hubungan satu hari nanti. Anda boleh teruskan dengan kehidupan peribadi anda tetapi ingat jangan keterlaluan sehingga mengabaikan suami dan anak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Riena Diana Reda Jika Ditakdirkan Hidup Bermadu, Tapi Akan Cuba Tepis
Hanya mampu serah kepada takdir, pelakon Riena Diana reda jika sudah tertulis dia perlu hidup bermadu.
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, bagaimanapun menyatakan menerusi portal mStar yang dia akan cuba untuk mengelakkan diri daripada terjebak hubungan itu dan berusaha mencari pasangan yang masih bujang.
Riena Diana Akan Elak Bermadu Tapi Reda Jika Ditakdirkan
“Saya tidak rela bermadu cumanya kalau ditakdirkan, itu jalan tertulis saya terima dengan hati terbuka.
“Saya tahu madu itu susah. Kalau betul ditakdirkan, kita reda. Kalau ada jodoh kita teruskan, kalau tiada jodoh kita berpisah.
Minta Doa Orang Ramai
“Kalau boleh saya tidak mahu jadi yang pertama atau pun yang kedua sebab saya belum kahwinkan, jadi saya minta doa kalian semua,” jelas Riena.
Ya, kita hanya mampu merancang tetapi jika ditakdirkan berkongsi hidup dan bermadu, hanya mampu reda. Jauh lagi perjalanan dan sungguh kehidupan di dunia ini hanya sekadar persinggahan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI