Ini Hukum Jika Kita Bersumpah & Menolak Untuk Tidak Berkahwin

Share

Perkahwinan merupakan salah satu di antara sunah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga sebenarnya termasuk dalam tuntutan syara’ untuk kita penuhinya.

Oleh itu sebarang bentuk penolakan tentang perkahwinan seperti bernazar atau bersumpah untuk tidak berkahwin sama sekali tidak akan diterima oleh Allah Taala. Bahkan ia menjadi satu kesalahan sekiranya dilakukan.

Sebagaimana Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat, maka Allah juga perintahkan untuk berkahwin. Maka dianjurkan bagi semua umat Islam untuk berkahwin sekiranya berkemampuan dan dilarang untuk terus hidup membujang. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang menolak perkahwinan dan menolak kebaikan yang telah Allah anugerahkan.

Al-Quran sebenarnya telah menjelaskan kepada kita: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” al-Maidah: 87

Published by
Bella