
Perempuan dan solekan memang tak boleh dipisahkan. Lumrah sifat seorang wanita iaitu suka melawa. Itu adalah normal dan perkara biasa dalam masyarakat. Mungkin dengan adanya solekan dimuka akan membuatkan mereka lebih berkeyakinan dan anggun.
Namun, ada juga yang tidak suka solekan dimuka kerana mereka rimas atau mungkin sebab sudah terbiasa tiada apa-apa dimuka. Bagi mereka ini lebih suka kan ‘natural beauty‘. Wah, tapi tak salah pun kalau tak solek. Terpulang kepada individu itu sendiri.
1) Dapat menjaga kulit wajah
Mereka ini memilih untuk tidak bersolek kerana mementingkan kesihatan kulit wajah. Ini kerana sesetengah alat solekan mampu memberi kesan negatif kepada kulit wajah seperti berminyak, berjerawat dan banyak lagi.
2) Keyakinan diri tinggi
Bukan hanya persoalan rupa paras, tapi juga mereka ini lebih berkeyakinan dengan wajah sendiri. Mereka lebih berasa selesa dan suka menjadi diri sendiri.
3) Lebih yakin dengan kecantikkan semulajadi
Bagi mereka yang suka keluar rumah tanpa solekkan sudah pasti sangat yakin dengan diri sendiri kan! Tidak seperti mereka yang sering mengenakan solekan, mereka tidak yakin untuk keluar berjumpa dengan ramai orang.
4) Jimat duit
Suami mesti suka yang ini, tak perlu berhabis duit terlalu banyak untuk penuhi permintaan mereka. Kerana mereka ini tidak meminta. Jadi, boleh lah simpan duit untuk kegunaan lain.
5) Solat tanpa perlu cuci muka
Ya betul. Nak pergi mana-mana senang. Masuk waktu solat, terus ambil air sembahyang dan solat. Lepastu pakai tudung. Tak perlu nak tampal lagi make up tu. Buang masa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Bukti Yang Suami Sangat Sayangkan Isteri, No 2 Tak Semua Lelaki Boleh Buat!

Isi Kandungan
ToggleSikap lelaki ada ketikanya sukar untuk diduga dan difahami. Bagi pasangan suami isteri, nilai kasih sayang amat perlu dalam membentuk rumah tangga yang bahagia dan harmoni.
Namun, sikap suami yang dianggap sukar untuk menunjukkan rasa cinta pastinya membuatkan isteri mudah berkecil hati dan cepat merajuk. Ini kerana kebanyakan suami lebih gemar meluahkan rasa sayang dan cinta melalui bahasa tubuh malah secara indirectly.
Ingin tahu antara bahasa tubuh dan juga cara indirectly yang misteri sangat tu? Jom kita lihat.
1. MINTA NASIHAT ISTERI
Apabila suami meminta pendapat atau nasihat daripada isteri, itu bukan sahaja menunjukkan perasaannya kepada anda tetapi dia juga mahu anda tahu yang dia percayakan anda dan memerlukan bimbingan anda. Untuk pengetahuan isteri, amat sukar untuk seorang lelaki meminta pertolongan daripada seseorang lebih-lebih lagi isterinya sendiri.
Jadi, jika suami anda memerlukan nasihat daripada anda, itu bermakna dia betul-betul menghormati, menyayangi malah benar-benar percayakan anda. Itu bermakna dia telah mencipta satu ruang di hatinya untuk anda tanpa rasa takut dan bimbang disalah sangka oleh isteri.
2. BELI BARANG KEPERLUAN RUMAH UNTUK ISTERI
Jika suami bersedia untuk shopping till he drop, ketahuilah itu antara tanda yang dia benar-benar menyayangi anda. Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya, apa kena-mengena shopping dengan sayang?
Contohnya begini. Anda sering menyuruh suami membeli groceries semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah dan dia tidak pernah berkata ‘tidak’ kepada anda. Malah permintaan anda itu diterimanya dengan senang hati dan barang-barang yang dipesan dibeli dengan secukupnya. Sehinggalah satu hari anda mendapat tahu yang rupanya suami jenis lelaki yang tidak begitu gemar ke pasar raya, namun dia lakukan juga kerana dia menyayangi anda.
3. LEMPARKAN SENYUMAN MANIS
Masih ingat tak lagi senyuman yang diberikan suami saat pertama kali anda berdua bertemu? Bagaimana senyuman itu boleh memberi impak besar dalam hidup anda. Impak senyuman sama juga seperti memegang tangan. Senyuman yang ikhlas mempunyai kuasa untuk melembutkan hati seseorang. Kenang kembali saat-saat manis anda berdua bersama. Setiap kali dia senyum kepada anda, sebenarnya dia sedang menyatakan ‘saya sayangkan kamu’ tanpa anda sedar.
4. JADI PENDENGAR SETIA
Majoriti wanita di dunia ini mempunyai banyak perkara yang mereka tidak puas hati. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata mereka. Lelaki bersedia untuk duduk dan mendengar keluhan tidak puas hati anda itu tentang perkara yang sama berulang-ulang kali, tanpa rasa bosan. Percayalah, dia benar-benar menyayangi diri anda!
5. PEGANG TANGAN
Inilah tanda suami sayangkan isteri, kemesraan yang tidak perlu disorokkan. Tidak kira di tempat awam atau anda berdua berada di rumah, apabila suami memegang tangan anda, dia sebenarnya sedang mengucapkan ‘saya sayang kamu‘. Percaya atau tidak, pegangan tangan adalah ungkapan paling mudah untuk sebuah cinta sejati. Ia adalah sentuhan fizikal tanpa ada rangsangan ke arah intim malah cara paling mudah untuk suami menunjukkan perasaan hatinya.
6. RINGAN TULANG
Walaupun penat pulang dari kerja, suami akan cuba membantu anda mengemas rumah, menjaga anak, selain membantu anda memasak. Dia akan lakukan semua kerja yang biasa anda lakukan tanpa disuruh. Walaupun suami jarang mengucapkan ucapan cintanya kepada anda tetapi dengan pertolongan ikhlasnya itu sebenarnya itu adalah salah satu cara untuknya menunjukkan yang dia ambil berat tentang anda.
7. IKHLAS BERIKAN SESUATU
Sesuatu itu mungkin dari bentuk hadiah, pujian ataupun pandangan yang penuh dengan kasih sayang. Apabila suami mengambil masa untuk memberi sesuatu untuk anda, itu adalah isyarat yang menunjukkan hanya anda di fikirannya. Hadiah tersebut mungkin kesukaan anda dan mungkin juga tidak. Kata-kata sayang tidak perlu dilafazkan melalui kata-kata. Pandang tepat ke arah mata suami dan cuba selami hatinya. Anda akan mendapat jawapannya di situ.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penghapus Bintik Hitam Sekitar Wajah Sebelum Majlis Kahwin

- Campurkan dua sudu teh baking soda dengan air mineral untuk membuat ramuan.
- Letakkan ramuan bahan pada bahagian kulit yang terjejas dan urut secara perlahan. Biarkan sehingga kering selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air suam.
- Ulangi rawatan ini sekali atau dua kali seminggu.
- Campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan madu untuk membuat ramuan.
- Tampal pada kawasan yang terjejas sebelum tidur dan biarkan semalam.
- Pada waktu pagi, cuci muka dengan air biasa. Untuk hasil yang terbaik, ulangi setiap hari selama 10 hari.
- Anda juga boleh mencampurkan serbuk kayu manis (satu sudu teh) dengan jus limau kasturi dan secubit serbuk kunyit (pilihan). Gunakan ini sebagai pembersih wajah.
Oat

- Campurkan madu (satu sudu teh) dengan 4 buah jus tomato ke dalam oat untuk membuat ramuan.
- Gosok pada kulit anda.
- Cuci selepas 10 minit.
- Ulangi secara teratur untuk kulit yang cantik
- Buat pencuci wajah dengan mencampurkan jus lemon, garam, yogurt dan madu. Perlahan-lahan gosok pada kawasan yang terjejas.
- Anda juga boleh mencampurkan jus lemon segar dengan susu untuk membuat pencuci muka. Gunakan setiap hari selama 10 hingga 12 hari.
- Campurkan satu sudu teh daun teh hijau kering dengan sedikit air.
- Perlahan-lahan gosok pada kawasan yang terjejas selama dua-tiga minit.
- Bilas dengan air suam.
- Sapukan sedikit madu pada muka anda. Biarkan selama 10 minit.
- Bilas muka dengan air suam.

- Campurkan beberapa serbuk kunyit dengan dua sudu jus pudina. Letakkan pada kawasan yang terjejas. Biarkan sehingga kering selama beberapa minit dan kemudian cuci dengan air suam.
- Anda juga boleh membuat ramuan dengan mencampurkan serbuk kayu cendana merah, serbuk kunyit dan susu bersama-sama. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan selepas 10 minit mencuci kulit dengan air.

- Campurkan satu sudu besar tepung jagung serbuk dengan produk pencuci muka biasa anda.
- Sebelum meletakkan campuran, gunakan wap air pada wajah untuk membantu membuka liang pori-pori. Kemudian letakkan campuran dan urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat. Tumpu kepada kawasan-kawasan yang paling terjejas.
- Selepas beberapa minit, bilas wajah anda dengan air sejuk. Ini akan menutup liang pori-pori.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Sebab Kenapa Wanita Perlu Ada Harta & Simpanan Sendiri Sebelum Kahwin

Tidak dapat dinafikan wanita zaman sekarang ramai yang memiliki kerjaya yang bagus dan hebat. Malah, ada juga yang menerima gaji bulanan lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Keadaan ini membuatkan wanita lebih berdikari dan tidak mengharapkan lelaki dalam hidup mereka.
Namun, berbeza jika anda sudah berkahwin. Jika suami meminta anda untuk berhenti kerja, anda terpaksalah mengikut kata suami. Namun, janganlah berhenti begitu sahaja. Pastikan ada alasan yang kukuh diberikan sebelum anda berhenti. Pastikan anda ada harta dan simpanan sendiri sebelum nekad untuk berhenti kerja.
Seperti perkongsian Azizul Azli Ahmad, kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ini antara sebab kenapa wanita perlu ada harta sebelum menjadi seorang isteri.
WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tidak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
- Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
- Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
- Jika suami tercinta beri duit nafkah, usahkan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
- Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan sendiri. Tak cerita semua bukan dosa.
- Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
- Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
- Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita ke mana.
- Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila-bila masa boleh dijemput pergi dan digoda oleh wanita misteri.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
“Alahhh lelakikan ada?”
Bersedialah hadapi bencana.
Semoga berjaya
Azizul Azli Ahmad
#GadisBestariAdaSimpananSendiri
Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI