Tentunya setiap wanita mahukan pasangan atau teman lelaki yang lebih tinggi dan gagah perkasa. Kononnya,lelaki yang tinggi boleh melindungi wanita dan berasa selamat saat keluar bersama.
Namun, lelaki rendah juga mempunyai kelebihan tersendiri berbanding lelaki yang lebih tinggi.
1. Mengurangkan Rasa Insecurity
Teman lelaki yang lebih rendah mengurangkan rasa insecurity anda terhadap saiz tubuh sendiri. Anda akan berasa lebih terkawal daripada dikawal kerana secara psikologinya anda berdua memiliki saiz yang sama. Malah anda juga akan berasa lebih selamat kerana kalau si dia mahu memukul, anda mampu menepisnya.
Ads
2. Ego Yang Rendah
Lelaki rendah mempunyai ego yang rendah berbanding lelaki tinggi. Mereka telah merasa keperitan ketika zaman remaja apabila sering di pandang tidak segagah lelaki tinggi. Jadi lelaki rendah mempunyai satu sifat yang lebih relax. Cuba bayangkan kalau anda berdua bergaduh, tentunya dia tidak mahu kehilangan teman wanita tinggi seperti anda yang sukar untuk di cari ganti.
3. Lebih Menghormati
Ads
Lelaki yang selesa dengan teman wanita yang lebih tinggi selalunya menghormati kerjaya, impian, kebijaksanaan dan bakat anda. Si dia secara terangan perasan ‘kekurangannya’ dan akan sentiasa menyokong daripada merendahkan diri anda. Dia dah cukup rendah untuk mendominasi perhubungan.
4. Kuat Bekerja
Ads
Tinjauan psikologi menunjukkan lelaki rendah lebih kuat bekerja kerana mereka mahu menjadi setanding atau lebih hebat daripada lelaki tinggi. Jadi anda tidak perlu risau bersama lelaki rendah kerana mereka akan melayan anda seperti puteri raja.
5. Berdiri Sama Tinggi
Kamu tidak perlu lagi mengira jumlah inci stiletto yang perlu dipakai untuk kelihatan ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan pasangan. Pakai saja sneakers ataupun flat shoes sepanjang hari bersama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Waktu pagi tentunya waktu yang cukup sibuk bagi setiap pasangan suami isteri. Tuntutan untuk keluar pergi bekerja dan menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah membuatkan pasangan suami isteri sibuk dengan tugasan masing-masing. Perkara ini menjadi lumrah dan perlu ditempuhi setiap hari.
Namun, dalam kesibukan melakukan tugas seharian, setiap pasangan harus menjaga hubungan agar kekal utuh demi menjamin keluarga yang bahagia. Walau sesibuk mana tugas seharian anda, waktu pagi juga merupakan waktu yang perlu dimanfaatkan bersama. Ia dapat mempereratkan lagi hibungan cinta agar terus mekar dan bersemi buat selamanya
Dalam kesibukan kita menempuh hari-hari, jom kita belajar tentang 9 perkara suami isteri patut lakukan bersama di waktu pagi agar cinta dan kasih sayang terus utuh, erat dan terus bersemi!
1. SOLAT BERJEMAAH BERSAMA-SAMA
Sesungguhnya solat adalah tiang agama. Selepas selesai membersihkan diri di pagi hari, ajaklah pasangan anda untuk solat berjemaah bersama-sama. Ia tidak mengambil masa yang lama dan solat berjemaah juga mampu mengeratkan hubungan suami isteri.
Selalunya, kita akan saling bersalaman dan bermaafan selepas solat. Ia memberikan keberkatan dan kemanisan dalam hubungan suami isteri. Jika suami anda ke masjid untuk solat subuh, bolehlah anda membantu menyiapkan pakaian dan menghantarnya ke pintu.
2. BANGUN AWAL PADA WAKTU YANG SAMA
Bangunlah awal di waktu pagi agar anda mempunyai lebih banyak masa bersama. Tetapkan waktu untuk bangun bersama. Contohnya mengunci jam 1 jam lebih awal dari waktu kebiasaan anda bangun dari tidur. Dengan cara ini, anda mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama. Ketika ini, anak-anak masih tidur dan anda pula tidak sibuk dengan hal sendiri.
3. PANDANG DAN SENYUM PADA PASANGAN
Dalam kesibukan dalam mempersiapkan diri dan keluarga, kadangkala anda terlupa untuk mengukir senyuman buat pasangan anda. Anda terlupa untuk memandang mata pasangan anda kerana kesibukan di waktu pagi.
Mulai saat ini, semai dan mekarkan cinta dalam rumah tangga dengan saling berpandangan dan memberikan senyuman ikhlas kepada satu sama lain. Walaupun anda penat dan tidak fokus, cubalah sedaya upaya agar hati boleh berbunga-bunga kembali dan menghilangakn rasa penat itu.
4. SARAPAN BERSAMA
Luangkan masa bersama dengan menikmati sarapan pagi bersama-sama. Tidak perlu hidangan berat seperti nasi lemak, nasi goreng, kuih muih dan sebagainya. Cukup hanya sekeping roti bersama secawan teh atau kopi. Saat ini pasti menjadi momen indah buat anda berdua kerana ketika waktu pagi, badan anda akan berasa lebih segar dan nyaman.
5. PELUKAN PASANGAN SEBELUM KE TEMPAT KERJA
Sebelum kaki melangkah keluar dari rumah,peuklah pasangan anda dengan erat disertakan ciuman di dahi dan tangan. Ia memupuk ikatan kasih sayang antara suami dan isteri. Dengan pelukan yang diberikan, ia seolah-olah mengikat perjanjian yang tujuan masing-masing keluar adalah untuk mencari rezeki dan berjanji untuk pulang bagi meneruskan kehidupan suci rumah tangga bersama-sama.
6. URUSKAN ANAK BERSAMA
Untuk membuatkan waktu pagi anda tidak terlalu sibuk, anda boleh membahagikan tugas menguruskan anak bersama pasangan. Contohnya, si suami mengejutkan anak-anak dan si isteri memakaikan baju atau menyiapkan anak. Ini boleh meringankan beban anda dan waktu anda bersama pasangan boleh diperolehi.
Untuk si suami, jangan menyerahkan semua persiapan untuk menguruskan anak kepada isteri semata-mata, anda juga harus membantu isteri bagi meringankan tugasannya. Tidak kiralah apa sahaja rutin harian keluarga anda, dengan pembahagian tugas sebegini, ringan sedikit beban dan masa pun dapat dijimatkan.
7. UCAPKAN KATA-KATA SAYANG
Ucapkan kata-kata sayang buat pasangan agar perasaan cinta makin mendalam. “Selamat bekerja”, “saya sayang awak”, “I will miss you”, atau “semoga dipermudahkan urusan di tempat kerja” merupakan kata-kata sayang yang tidak patut dilupakan pada waktu pagi. Ucapkannya kepada suami atau isteri anda, pasti mereka akan berterima kasih dan bersyukur mendapat pasangan yang penyayang.
8. LUANGKAN MASA BERDUA
Pada hujung minggu pula, tetapkan masa untuk berdua. Lakukan aktiviti-aktiviti bersama bagi mengeratkan hubungan anda berdua. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk bersarapan di luar bersama pasangan. Kemudian penuhi aktiviti bersama seperti membeli-belah mahupun menonton wayang. Mungkin tidak perlu setiap minggu jika ia kurang praktikal, namun berusahalah sekali sekala untuk melakukannya.
9. DOAKAN SATU SAMA LAIN
Akhir sekali, doakan yang baik-baik buat pasangan anda. Berdoalah kepada Tuhan agar hubungan anda bersama pasangan di bawah lindungan-Nya dan diberkati. Tiada yang lebih bermakna melainkan ucapan doa yang diucapkan oleh suami buat si isteri ataupun dari isteri buat suaminya yang tercinta!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hantaran adalah benda wajib yang perlu disediakan tiba majlis pernikahan anda. Sudah menjadi kebiasaan kalau bagi hantaran mesti lah ada dulangnya.
Namun, jika anda tidak perlu membazir untuk beli dulang yang mahal-mahal kerana anda boleh guna perkhidmatan sewa je. Lihat sini antara mereka yang menyediakan perkhidmatan sewa dulang. Save bajet!
Sesungguhnya manusia tidak mampu menilai isi hati seseorang individu itu kerana ia bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam konteks hubungan percintaan, keikhlasan hati dan kejujuran setiap pasangan amat sukar untuk diukur dan dinilai.
Namun, menurut seorang ahli psikologi, David JLieberman, dalam mencari pasangan hidup dan teman sejati, ada beberapa cara menguji ketelusan atau keikhlasan hati pasanagan dalam perhubungan. Jom kita lihat dan uji samada si dia ikhlas mencintai anda dengan 5 cara ini!
1. KESETIAAN
Apa kata anda ceritakan sebuah rahsia kawan anda kepada si dia dan lihat, sama ada si dia memberi sebarang komen atau sebaliknya. Seseorang yang telus dan ikhlas tidak akan melayan cerita tersebut malah, merasa keberatan mendengarnya kerana apa yang anda maklumkan kepada si dia adalah rahsia kawan anda.
2. PERHATIAN
Salah satu menguji keikhlasan seseorang itu adalah perhatian yang diberikan olehnya. Suarakan perkara penting yang terjadi dalam hidup anda dan lihat apakah si dia mahu mengetahui lebih lanjut atau sebaliknya. Jika tiada sebarang reaksi atau reaksi yang diberi tidak seperti yang anda inginkan, anda boleh menilai sendiri sejauh mana hubungan anda bersamanya.
3. PENGORBANAN
Apakah si dia rela mengorbankan sesuatu jika dia mampu membuatkan anda berasa senang? Sanggupkah si dia mengorbankan kesenangannya sendiri demi kebahagiaan anda? Perhatikan apakah si dia memasang rencana untuk membantu anda atau si dia mendahulukan atau berusaha menyelamatkan kepentingannya sendiri.
4. KEBANGGAAN
Seseorang yang ikhlas atau telus dalam perhubungan akan menumpang bangga dan kagum dengan prestasi anda. Perhatikan pula, apakah si dia mendekati diri anda tatkala menerima berita baik, bukan hanya saat anda ditimpa musibah, sekadar melafaz simpati dan tanpa usul penyelesaian, ternyata, si dia hanya mahu meraikan detik kejatuhan anda!
5. KEJUJURAN
Pasangan yang jujur adalah mereka yang selalu ingin memaklumkan perkara yang tidak ingin anda dengari. Dia amat jujur dalam semua perkara dan tiada rahsia antara anda berdua. Semua masalah akan dikongsikan dan diselesaikan bersama-sama. Si dia tidak pernah ragu dengan anda untuk menceritakan hal-hal peribadi termasuk masalah di tempat kerja.
6. PENGHARGAAN
Katakan kepada si dia bahawa ada perkara baik yang berlaku dalam hidup anda. Perhatikan, apakah si dia mendesak anda bercerita lanjut atau sebaliknya. Mereka yang telus akan menghormati harapan dan memberikan anda kesempatan untuk meraihnya tanpa desakan rasa ingin tahu.
7. MENERIMA KEKURANGAN
Tiada manusia yang dilahirkan sempurna di atas muka bumi ini. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bagi pasangan anda, dia sedia menerima anda seadanya. Walaupun ada kekurangan yang dapat dilihat oleh orang lain, namun dia menganggap kekurangan anda itu sebagai satu kelebihan. Si dia tidak pernah memperlekehkan anda dek kerana kekurangan anda tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!