Ini Kelebihan Lelaki Rendah Berbanding Lelaki Tinggi Yang Ramai Tidak Tahu

Share

Tentunya setiap wanita mahukan pasangan atau teman lelaki yang lebih tinggi dan gagah perkasa. Kononnya,lelaki yang tinggi boleh melindungi wanita dan berasa selamat saat keluar bersama.

Namun, lelaki rendah juga mempunyai kelebihan tersendiri berbanding lelaki yang lebih tinggi.

1. Mengurangkan Rasa Insecurity

Teman lelaki yang lebih rendah mengurangkan rasa insecurity anda terhadap saiz tubuh sendiri. Anda akan berasa lebih terkawal daripada dikawal kerana secara psikologinya anda berdua memiliki saiz yang sama.  Malah anda juga akan berasa lebih selamat kerana kalau si dia mahu memukul, anda mampu menepisnya.

2. Ego Yang Rendah

Lelaki rendah mempunyai ego yang rendah berbanding lelaki tinggi. Mereka telah merasa keperitan ketika zaman remaja apabila sering di pandang tidak segagah lelaki tinggi. Jadi lelaki rendah mempunyai satu sifat yang lebih relax. Cuba bayangkan kalau anda berdua bergaduh, tentunya dia tidak mahu kehilangan teman wanita tinggi seperti anda yang sukar untuk di cari ganti.

3. Lebih Menghormati

Lelaki yang selesa dengan teman wanita yang lebih tinggi selalunya menghormati kerjaya, impian, kebijaksanaan dan bakat anda. Si dia secara terangan perasan ‘kekurangannya’ dan akan sentiasa menyokong daripada merendahkan diri anda. Dia dah cukup rendah untuk mendominasi perhubungan.

4. Kuat Bekerja  

Tinjauan psikologi menunjukkan lelaki rendah lebih kuat bekerja kerana mereka mahu menjadi setanding atau lebih hebat daripada lelaki tinggi. Jadi anda tidak perlu risau bersama lelaki rendah kerana mereka akan melayan anda seperti puteri raja.

5. Berdiri Sama Tinggi

Kamu tidak perlu lagi mengira jumlah inci stiletto yang perlu dipakai untuk kelihatan ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan pasangan. Pakai saja sneakers ataupun flat shoes sepanjang hari bersama.

Published by
Bella