Jika dilihat dalam adat perkahwinan bangsa lain, kebanyakan mereka percaya jika wanita bujang ‘menangkap’ bunga tangan yang dibaling oleh pengantin perempuan, itu bermakna mereka bakal mendirikan rumah tangga selepas itu.
Namun bagi kita masyarakat Melayu, bunga tangan yang digenggam oleh si ratu sehari hanyalah sekadar melengkapkan penampilan raja sehari untuk tampak sempurna.
Selain berfungsi sebagai elemen menambah keceriaan di majlis bahagia, gubahan bunga tangan turut menyuntik mood istimewa buat si mempelai agar tampak luar biasa serta mampu memukau pandangan tetamu yang memandang.
Panduan Dalam Memilih Bunga Tangan (bunga segar)
* Elakkan memilih bunga dengan haruman yang kuat. Ini akan mengganggu tumpuan anda ketika bersanding di pentas pelaminan bersama pasangan.
* Elakkan menggunakan warna bunga yang sama dengan warna tema majlis.
* Senaraikan jenis bunga yang anda inginkan. Jadi mudah untuk anda membuat kiraan bajet.
* Kombinasi warna bunga yang lembut seperti krim, kuning susu, jingga cair, violet, dan putih mampu menambah keanggunan.
Ads
Bunga Segar VS Bunga Artifisial
Bunga Segar
* Lebih menarik
* Harga bunga mahal
* Mempunyai aroma yang harum
Ads
* Tidak tahan lama
* Warna bunga bervariasi
Bunga Artifisial
* Kurang menarik
* Harga bunga murah
Ads
* Tiada beraroma
* Tahan lama
* Warna bunga terhad
Elemen Penambah Gaya Bunga Tangan
* Penggayaan kerongsang mampu menambah gaya elegan pada bunga tangan.
* Injeksi mutiara dan kristal pula mampu menyuntik elemen keserian.
* Jika inginkan sesuatu yang bersifat romantik dan penuh kelembutan, elemen bulu menambah nilai gaya pada bunga tangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang kala perubatan menggunakan bahan alami boleh membantu mengurangkan kesakitan dan memberi kesembuhan, semuanya dengan izin Allah SWT, namun kita sebagai manusia haruslah ikhtiar, betul tak?
Untuk perkongsian kali ini, campuran garam kasar dan lada hitam dapat membantu mereka yang punya masalah sakit sendi, sering kebas kaki, lumpuh dan mengidap stroke. Caranya mudah sahaja, rendam kaki dalam campuran tersebut dan amalkan setiap hari.
Selepas rendam, hanya sapukan kaki dengan kain kering, tidak perlu dicuci.
Bahan :
2 kg garam kasar
100 g lada hitam
Cara :
1. Campurkan bahan-bahan di dalam besen dan rendam kaki selama 30 minit atau lebih.
2. Campuran boleh digunakan berulang kali sehingga garam mencair.
“Campuran garam kasar+ lada hitam…
Try benda ni dh 2 hari, alhamdulillah sakit kt kaki dah makin kurang..dkt 2 bulan kaki sakit yg teramat sgt smp nk pijak lntai pun x boleh.. Nk bjln apatah lagi..mmg jalan bertengkak2.. Pergi klinik mkn ubat pun x baik2.. Doktor kata sakit sendi..
Ms rendam dlm garam ni rasa bdenyut2 kt tapak kaki.. Betis smp ke peha rasa kebas, bdenyut, mncucuk2.. Tp tahan jgk sbb mgkin effect garam tu menarik toksin dkt tapak kaki..
Tapi alhamdulillah harini ble turun tngga elok. Klu sblm ni trun tngga mcm budak kcik br bljar bjln..satu anak tngga demi satu anak tngga.. Harini dh ble trun naik tngga dgn laju.. Ajaibkan.. Tp tu la kenyataan nya.. Syukur ya allah.. Semoga hilang trus penyakit ni.. X tahan rasanya bila sakit tu dtg.. Menangis tahan sakit. Tsentuh ckit pun sakit nya mmg x tertahan..
*campurkan garam kasar dan lada hitam kasar… X perlu air.. Hanya campuran kering *selawat 3x *mntk supaya allah sembuh kan segala penyakit dlm badan kita.. In syaa allah.”
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Pertunangan adalah janji bagi kedua belah pihak iaitu bakal suami dan isteri dalam mengikat tali perkahwinan dan selalunya ia melibatkan waktu-waktu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Antara persoalan yang selalu timbul di dalam pertunangan ini, adakah dibenarkan syarak untuk mengiklankan atau dihebahkan pertunangan tersebut sepertimana diiklankan majlis perkahwinan atau pun tidak.
Sebahagian ulama’ melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah suatu yang digalakkan. Ini kerana terdapat sebuah hadis daripada Ummu Salamah R.Anha yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة
Maksudnya:Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan.
Riwayat al-Imam al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus (1/1/27)
Disebabkan itu, sebahagian al-Malikiyyah berpendapat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah digalakkan. Ini sepertimana yang terdapat di dalam kitab Syarh Mukhtasar al-Khalil yang mana al-Kharasyi Rahimahullah (wafat 1101H) menyebutkan:
Maksudnya: Adapun al-Khitbah (pertunangan), maka digalakkan untuk menyembunyikannya seperti al-Khitan. Digalakkan untuk menyembunyikannya kerana takut akan hasad yang mana boleh membantu merosakkan diantara orang yang bertunang dan ahli yang ditunangnya.
Adapun sebahagian pendapat yang lain menyatakan bahawa tiada masalah iaitu dibolehkan untuk mengiklan serta menghebahkan perihal pertunangan seseorang itu kerana tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Hadis Ummu Salamah R.Anha yang disebutkan sebelum ini, di nilai dhaif (lemah) oleh sebahagian muhaddis.
Ini kerana terdapat perawi yang majhul (tidak dikenali) di dalam sanad hadis tersebut dan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah juga tidak memberikan apa-apa komentar di dalam Mukhtasarnya (ringkasannya) terhadap Musnad al-Firdaus tersebut.
Al-Syeikh ‘Atiyyah al-Saqr Rahimahullah (wafat 1427H), mantan Ketua Lajnah al-Ifta’ al-Azhar di dalam satu soal jawab agama yang dikendalikan oleh beliau juga berpendapat bahawa tidak mengapa untuk menghebahkan pertunangan dan menurut beliau tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian.
Menurut al-Syeikh lagi, jika sahih sekalipun, yang dimaksudkan melaluinya adalah larangan untuk berlebih-lebihan dalam menghebahkan pertunangan.
Kesimpulan
Kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa perlunya agar pertunangan itu dihebahkan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pinangan atas pinangan yang mana ianya jelas dilarang di dalam Islam.
Dengan mengiklankan pertunangan, sedikit sebanyak boleh mengelakkan dari berlakunya perkara tersebut. Dalam sebuah hadis daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya:Janganlah seseorang itu membeli atas pembelian saudaranya dan janganlah meminang atas pinangan saudaranya yang lain kecuali jika diizinkan.
Riwayat Muslim (1412)
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah (wafat 676H) mengatakan bahawa hadis di atas secara zahirnya menunjukkan haramnya meminang atas pinangan orang lain sekiranya pinangan itu telah diterima dan tidak mendapat keizinan dari orang yang meminang tersebut.
Jika berlaku perkahwinan, maka sah perkahwinan tersebut namun perbuatan meminang atas pinangan orang lain itu adalah berdosa.
Tiada masalah untuk seseorang itu menghebahkan pertunagannya. Namun janganlah berlebih-lebihan dalam menghebahkannya serta menyambutnya seolah-olah seperti berlangsungnya majlis perkahwinan kerana pertunangan itu adalah perjanjian menuju perkahwinan dan boleh sahaja sesuatu pertunangan itu dibatalkan.
Oleh yang demikian itu, bersederhanalah dalam pertunangan itu adalah lebih dituntut dan boleh juga sekiranya seseorang itu untuk merahsiakan pertunangannya untuk aman dari berlakunya hasad dengki dan sebagainya selagi mana tidak timbulnya fitnah. Wallahu a’lam.
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketam bukanlah hidangan makanan laut yang kita makan hari-hari. Tapi bila sesekali teringin nak makan ketam, bila dah siap masak, mesti rasa kecewa bila rasanya, tak seperti yang kita harapkan. Berbau, tak segar, isi sikit dan sebagainya. Ada caranya yang tersendiri nak pilih ketam yang segar agar tak menyesal bila tersalah pilih nanti.
Harga ketam pulak tu boleh tahan mahal harganya. Biarlah harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti ketam yang dibeli. Berikut merupakan perkongsian tip oleh Penjual Makanan Laut sendiri, yang boleh dijadikan panduan ketika pilih ketam sebelum ada terus membeli.
1.Waktu Membeli
Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh,kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.
2.Warna Cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
3.Pilih Ketam Berat
Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.
4.Lihat Belakang Ketam
Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
5. Bau Laut
Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.
6. Cukup Sifat
Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
7.Pilih Ketam Betina
Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.
*Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.
8. Tiada Tompok-Tompok
Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar
Sumber :the ikan dot com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!