Kecantikan

Ini Rupanya 10 Rahsia Wanita Korea Dapatkan Kulit Bersih Flawless!

Share

Semua sedia maklum rata-ratanya wanita Korea memiliki kulit yang cantik, bersih dan mulus. Lihat sahaja artis Korea yang popular seperti Song Hye-Kyo dan Park Shin Hye yang miliki kulit sihat dan cantik. Walaupun mereka tidak mengenakan solekan yang tebal, namun kecantikan mereka masih menyerlah.

Faktor cuaca dan keturunan keluarga memberi kelebihan kepada wanita Korea untuk memiliki kulit yang bersih sebegitu. Namun tidak salah untuk kita yang rata-ratanya mengimpikan kulit yang bersih berseri mengamalkan rutin sebagaimana wanita Korea ini lakukan.

Jika anda juga ingin mendapatkan kulit mulus seperti wanita Korea dengan kulit bersih berseri, inilah rahsia yang anda perlu ikuti.

1. DOUBLE CLEANSING
Rutin membersihkan wajah tidak pernah diambil ringan oleh wanita Korea. Sesibuk manapun, mereka selalu menyempatkan diri dengan merawat kulit dan membersihkan wajah. Mereka percaya dengan konsistensi membersihkan wajah akan memberikan hasil wajah yang cantik dan segar.

Wanita Korea biasannya melakukan double cleansing dalam membersihkan wajah iaitu rutin membersihkan wajah dengan dua tahap pembersihan agar sisa-sisa mekap, debu mahupun kotoran yang melekat pada kulit wajah dapat disingkirkan sepenuhnya.

2. PENYEGAR

Wanita Korea tidak sesekali meninggalkan penggunaan penyegar pada kulit wajah mereka. Bagi mereka, penyegar cukup penting untuk kulit wajah agar ia mampu menerima manfaat daripada produk lain secara maksimum. Malah penyegar juga sangat berguna untuk menormalkan kembali pH kulit wajah anda.

Pastikan anda elak menggunakan penyegar beralkohol. Sebaiknya gunakan penyegar dengan tekstur sedikit kental daripada air kerana ia mengandungi bahan-bahan yang boleh melembapkan dan menegangkan kulit seperti hyaluronic acid dengan hazel dan ekstrak aloe vera. Wanita Korea biasanya mengaplikasikan penyegar dengan jari-jemari sambil menepuk-nepuk pada kulit wajah dan leher agar ia menyerap ke dalam kulit secara maksima.

3. ESSENCE
Essence berfungsi agar kulit tampil lebih anjal, lembap, mempunyai nutrisi, halus, menyamarkan bintik hitam, menghilangkan kedutan, membuatkan kulit wajah lebih sekata dan mempercepatkan penggantian sel kulit sehingga dapat menyempurnakan kulit anda.

4. SERUM
Anda boleh memilih serum yang sesuai dengan kulit wajah. Jika anda ingin mendapatkan kulit yang bersih dan cerah, gunakan serum yang mempunyai khasiat untuk memutihkan atau mencerahkan kulit. Anda boleh memakai serum setelah memakai essence dengan cara yang sama iaitu menggunakan jari-jemari dan tepuk-tepukkan pada wajah.

5. MASKER WAJAH

Pasti anda sering melihat adegan wanita memakai masker dalam drama Korea kan? Ya, itulah rutin seharian mereka. Wanita Korea sangat menjaga kesihatan kulit wajah dengan rajin melakukan masker pada kulit. Masker biasanya mengandungi bahan-bahan yang berkhasiat untuk mencerahkan, melembapkan atau mencegah kusam dan kedutan pada kulit wajah.

6. KRIM MALAM
Jangan lupa untuk menggunakan krim malam agar kulit bertindak balas dengan baik. Pilih krim malam dengan komposisi yang sesuai dengan kulit agar anda boleh mendapatkan kulit yang segar dan cantik. Krim malam yang bertindak balas ketika anda tidur berfungsi untuk menutrisi, memperbaiki sel-sel kulit yang rosak akibat matahari, melembapkan kulit dan mencegah penuaan.

7. PELINDUNG SURIA SPF & PELEMBAP
Pelindung suria amat penting untuk melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari terus ke kulit agar kulit wajah tidak kehitaman dan terbakar. Meskipun negara Korea tidak sepanas cuaca di Malaysia, namun mereka tetap menggunakan pelindung suria yang mempunyai SPF untuk meratakan kulit dan membuat kulit mereka lebih bersinar.

Wanita Korea juga menyukai dewy look dan mereka tidak lupa memakai pelembap untuk menjaga kelembapan kulit. Cukup gunakan jari untuk meratakan pelembap di wajah dan leher bagi tujuan untuk meningkatkan pengedaran darah.

8. MINUM BANYAK AIR PUTIH

Adakah anda tahu salah satu kebaikan minum air putih mampu membuatkan kulit wajah menjadi sihat dan bersih bersinar? Wanita Korea percaya sekali dengan perkara ini! Mereka sering merawat kulit wajah agar sentiasa terhidrasi dengan baik menerusi amalan minum air putih dengan kerap dan mencukupi.

Jika cairan yang diperlukan kulit dan tubuh badan mencukupi, maka kesihatan dan kelembapan kulit juga akan terpancar dengan baik. Oleh kerana itu, setelah melakukan banyak perawatan wajah, alangkah baiknya anda rajin minum air putih secukupnya setiap hari.

9. TIDUR YANG SECUKUPNYA
Kulit yang sihat dan tampak menawan pastinya akan membuatkan kulit lebih bersih, putih dan sihat. Jika anda mendapatkan tidur yang tidak cukup, kulit akan mudah menjadi kusam dan mengendur. Jangan kan nak nampak bersih, kulit wajah anda juga akan kelihatan tua daripada usia. Begitu juga jika anda tidur terlalu lama, anda akan mengalami kesan yang sama seperti anda kurang tidur. Oleh itu pastikan anda mendapatkan tidur yang secukupnya iaitu 6-8 jam sehari.

10. PENYEGAR WAJAH (FACE MIST)

Selain menghidrasi kulit dari dalam dengan air putih, cara untuk mendapatkan kulit wajah ala wanita Korea adalah dengan hidrasi dari luar menggunakan face mist. Jika melihat adegan dalam drama Korea di mana wanita menyembur wajahnya dengan cairan penyembur dalam bentuk botol, maka itulah yang dinamakan face mist.

Mereka biasanya menyemburkan face mist ini pada wajah ketika kulit terasa kering agar kembali lembap. Kulit wajah yang terhidrasi dengan baik adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang bersih, berkilau dan sihat sepanjang hari.

Published by
Bella