Siapa je yang tak sukakan kucing kan? Comel dan manja! Kucing juga dianggap pembawa rezeki. Setiap individu yang mencintai kucing dikatakan memiliki sifat yang penyayang dan sesuai dijadikan isteri.
Patutlah ramai lelaki mudah jatuh cinta dengan wanita pencinta kucing. Banyak rupanya faktor yang membuatkan mereka disayangi ramai. Membela kucing juga dipercayai merupakan satu terapi emosi yang paling baik.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengurangkan tekanan perasaan dan kesunyian, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan anda jadi lebih bahagia. Jom kita lihat lima ciri-ciri yang ada pada wanita pencinta kucing!
1. Penyayang
Individu yang mencintai kucing ini memang penyayang. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk si comel tersayang. Ini bermakna, dia juga sanggup melakukan apa sahaja untuk anda nanti.
2. Mudah Berkomunikasi
Pencinta kucing tentu selalu berborak dengan kucing untuk meluahkan segala perasaannya. Ini menunjukkan bahawa dia mempunyai skil komunikasi yang baik dan membantu dalam sesebuah perhubungan. Komunikasi amat penting untuk sesebuah perhubungan.
3. Bertanggungjawab
Bila dia nekad untuk membela kucing, itu bermakna dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab. Dia akan membersihkan makanan, membuang najis dan membawa kucing berjumpa doktor bila memerlukan. Jadi, secara tidak langsung sifat tanggungjawab itu sudah sebati dalam dirinya.
4. Suka Menolong
Bila nampak ada kucing minta makanan, si dia tanpa segan silu akan memberikan makanan kepada kucing tersebut. Kucing sakit pun pasti dia akan terus bawa ke klinik. Dia pasti akan membantu kucing yang berada dalam kesusahan.
5. Setia
Tiada siapa yang hadir di antara dia dan kucing. Bayangkan sepenat mana pun dia bekerja, dia pasti akan luangkan masa bersama dengan kucingnya. Pasti dia akan lakukan perkara yang sama untuk bakal suaminya nanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI