
Tidak dapat dinafikan wanita zaman sekarang ramai yang memiliki kerjaya yang bagus dan hebat. Malah, ada juga yang menerima gaji bulanan lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Keadaan ini membuatkan wanita lebih berdikari dan tidak mengharapkan lelaki dalam hidup mereka.
Namun, berbeza jika anda sudah berkahwin. Jika suami meminta anda untuk berhenti kerja, anda terpaksalah mengikut kata suami. Namun, janganlah berhenti begitu sahaja. Pastikan ada alasan yang kukuh diberikan sebelum anda berhenti. Pastikan anda ada harta dan simpanan sendiri sebelum nekad untuk berhenti kerja.
Seperti perkongsian Azizul Azli Ahmad, kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ini antara sebab kenapa wanita perlu ada harta sebelum menjadi seorang isteri.
WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tidak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
- Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
- Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
- Jika suami tercinta beri duit nafkah, usahkan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
- Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan sendiri. Tak cerita semua bukan dosa.
- Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
- Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
- Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita ke mana.
- Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila-bila masa boleh dijemput pergi dan digoda oleh wanita misteri.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
“Alahhh lelakikan ada?”
Bersedialah hadapi bencana.
Semoga berjaya
Azizul Azli Ahmad
#GadisBestariAdaSimpananSendiri
Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kini Mampu Kahwin Sebelum Usia 30-an, Ini 10 Cara Kukuhkan Duit Simpanan

Cuba periksa diri anda. Adakah tanda-tanda ini ada pada anda? Sekiranya tiada, tahniah diucapkan. Sekiranya tanda-tanda ini ada pada anda, jangan lagi bertangguh untuk mendalami ilmu pengurusan kewangan dan ubah status kewangan anda menjadi lebih baik. Terutama buat bakal pengantin, jangan terlalu selesa dengan kehidupan sedia ada. Cuba dan terus berubah untuk hidup yang lebih baik demi keluarga tersayang. Di sini kami berikan anda 10 tip untuk urus kewangan anda secara lebih bijak.
Ikuti 10 tips mudah atasi masalah tiada duit
- Berbelanja kurang daripada pendapatan
Walaupun teorinya nampak mudah, namun ramai yang terperangkap dengan hutang akibat terlebih berbelanja. Dengan mengurangkan perbelanjaan, anda akan lihat status kewangan anda menjadi lebih baik dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada kehidupan anda. Amalkan beberapa tips berikut:
- Mulakan dengan menghapuskan/mengurangkan hutang. Apabila anda mula mengurangkan perbelanjaan, duit tersebut boleh digunakan untuk membayar segala hutang tertunggal anda.
- Simpan, simpan, simpan. Setelah hutang anda terkawal, terus mula menyimpan pula duit tersebut. Simpanan amat diperlukan ketika kecemasan, bekalan untuk persaraan dan kegunaan anda dikemudian hari.
- Senaraikan bil-bil bulanan anda. Cuba lihat segala bil anda dan cari apa yg boleh dikurangkan. Mana-mana servis yang tidak diperlukan, sila hentikan segera
- Pantau setiap sen perbelanjaan anda. Gunakan buku 555 atau apps di “smartphone” untuk merekodkan setiap perbelanjaan anda. Ini penting untuk pastikan anda berbelanja kurang daripada pendapatan
- Hapuskan/elakkan hutang dengan kadar bunga (interest) tinggi
Apabila seseorang itu mempunyai hutang yang banyak, kita perlu merangkan pelan pembayaran hutang. Mulakan membayar hutang yang mempunyai kadar bunga yang paling tinggi contohnya kad kredit. Elakkan menambahkan lagi hutang sedia ada
- Berbincang soal kewangan
Ramai yang fobia atau takut apabila bercakap soal kewangan. Walaupun sedang menghadapi masalah kewangan, masih tidak mahu meminta nasihat berkenaan kewangan atas alasan malu dan sebagainya. Akhirnya, tuan badan yang terpaksa merana seorang diri apabila nasi sudah menjadi bubur. Berbincanglah dengan jujur berkenaan kewangan dengan pasangan anda, ibu bapa, anak-anak, saudara mara atau rakan rapat anda.
- Berhenti cuba utk “impress” orang lain
Adakah anda termasuk di kalangan meraka yang membeli sesuatu kerana nak “impress” orang lain? Dek kerana tidak sanggup menerima sindiran akibat kita tidak mengikut trend atau tidak diterima di kalangan rakan-rakan kita. Jangan sampai kita terperangkap dalam hutang kerana berbelanja melebihi kemampuan kita semata-mata ingin dilihat “cool” di mata orang lain.
- “Do it yourself”
Banyak wang yang boleh dijimatkan sekiranya kita menggunakan konsep “Do it yourself (DIY)”. Antara kerja biasa yang boleh dilakukan sendiri seperti mambasuh kereta, memasak, memotong rumput, membaiki paip dan sebagainya. Sekiranya anda lakukan sendiri, sudah tentu kosnya akan lebih murah dan anda boleh berjimat melalui cara ini.
- Sentiasa memperbaiki diri
Di dalam islam, kita diterapkan dengan konsep hari esok lebih baik daripda hari ini. Konsep “continuos improvement” ini penting untuk survival kita di kemudian hari. Laburkan sebahagian masa dan wang anda untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, kesihatan serta hubungan dengan Allah dan Manusia
- Sentiasa pantau perkembangan anda
“Plan, Do, Check, Act” adalah konsep yang biasa digunakan dalam organisasi korporat. Kita juga perlu merancang, melaksanankan, memantau dan mengambil tindakan dalam pengurusan kewangan kita. Sentiasa memantau perkembangan kewangan secara berterusan dengan menggunakan teknik yang lebih menyeronokkan. Antara contoh yang menarik adalah aplikasi yang memantau perkembangan senaman, larian atau pembakaran kalori dengan merekodkan setiap pencapaian anda.
- Bina “networking”
Antara kata-kata Robert Kiyosaki yang menarik perhatian saya ialah “The richest people in the world look for and build NETWORK. Everyone else looks for work”. Jadi, “networking” atau jaringan adalah penting dalam perjalanan kita menuju kebebasan kewangan.
- Mulakan bisnes sampingan
Cuba memulakan projek bisnes secara “part-time” atau pendapatan pasif untuk menambahkan pendapatan anda. Lihat diri anda dan cari kemahiran, pengetahuan atau sumber yang anda miliki yang boleh menjana pendapatan.
- Sedekah membawa berkah
Bila anda bersedekah secara ikhlas, insyaAllah pulangan lumayan menanti anda samada di dunia atau di akhirat. Pastikan anda peruntukkan minimum 5% daripada pendapatan anda untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan.
Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, (adalah) seperti satu biji (benih) yang menumbuhkan tujuh tangkai: tiap tiap tangkai ada seratus biji: dan Allah mengganda (pahala) kepada sesiapa yang Ia kehendak: dan Allah itu Luas (pemberiannya), amat Mengetahui” (Al Baqarah,2:261)
Follow Pesona Pengantin di Instagram #PesonaPengantin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Sumber Makanan Untuk Tingkatkan Kesuburan! Sebelum Nak Kahwin, Sila Ambil Tahu

Isi Kandungan
ToggleSebelum nak kahwin, baik lelaki mahupun wanita perlulah memantapkan diri dengan pelbagai ilmu rumah tangga terutamanya tentang kepentingan kesuburan. Ia penting sebagai persediaan untuk anda berdua mendapatkan zuriat.
Perlu anda ketahui, masalah kesuburan boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya pemakanan yang tidak sihat, diet yang tidak seimbang, pencemaran udara, merokok, gaya hidup yang tidak sihat terutamanya jika anda kerap mengalami masalah tekanan perasaan.
Jangan khuatir! Selain melakukan rawatan moden, anda juga boleh usahakan cara dengan mengambil sumber makanan ini bagi membantu anda meningkatkan kesuburan.
1. PROTEIN
Mampu mengurangkan risiko tidak subur hingga 50 peratus. Ramai orang ingat protein hanya boleh didapati daripada sumber daging dan telur sahaja. Sebaliknya sumber protein juga boleh anda dapatkan dalam makanan berbentuk sayuran atau tumbuhan.
Saranan makanan: Elakkan protein daripada sumber haiwan dan lebihkan protein sayur-sayuran seperti kekacang. Contoh sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai protein tinggi termasuklah jambu, pisang, manggis, epal, kacang buncis, kurma, badam.
2. VITAMIN C
Vitamin C bukan saja dapat meningkatkan kualiti kesihatan secara umum, tetapi ia turut membantu menjadikan wanita lebih subur.
Saranan makanan: Sayur brokoli, kubis, buah tomato, ubi kentang dan cili merah.
3. COQ10
Ia sejenis enzim yang bertindak seperti Vitamin C. Selain boleh didapati dalam bentuk pil, ia juga terdapat secara semula jadi daripada makanan segar.
Saranan makanan: Daging dan makanan laut.
4. VITAMIN D
Fungsi vitamin D membantu menghasilkan hormon hubungan intim yang diperlukan sepanjang proses ovulasi.
Saranan makanan: Telur, produk tenusu dan pati minyak ikan haruan.
5. VITAMIN E
Bukan sahaja wanita, lelaki juga perlu subur. Anda boleh mengambil makanan yang kaya dengan vitamin E kerana ia membantu meningkatkan kualiti sperma agar mampu hidup dengan lebih lama. Ini secara tidak langsung akan memberi lebih peluang untuk sperma disenyawakan dengan ovum.
Saranan makanan: Biji bunga matahari, sayur bayam dan buah zaitun.
6. ASID FOLIK
Bukan wanita sahaja yang disarankan untuk mengambil asid folik! Rupa-rupanya, asid folik juga baik dan elok diamalkan oleh lelaki kerana ia berfungsi untuk menghasilkan sperma yang lebih berkualiti. Selain terdapat dalam bentuk pil suplemen seperti C0Q10, anda boleh mendapatkannya daripada sumber tumbuh-tumbuhan.
Saranan makanan: Buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. CECAIR DALAM BADAN
Apabila seseorang wanita mengambil banyak air kosong, ia membantu meningkatkan kandungan cecair serviks dalam badannya. Cecair serviks amat penting dalam badan untuk membantu sperma berenang menuju ke dalam uterus seterusnya melekat pada telur.
Saranan makanan: Banyakkan minum air kosong. Sasarkan mengambil 2-3 liter air iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas air putih setiap hari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Pilihan Tepat Semasa Beli Cincin Kahwin

Isi Kandungan
ToggleCincin merupakan lambang dan ikatan dalam sesebuah perhubungan. Sesebuah perkahwinan akan lengkap dengan hadirnya cincin yang tersarung di jari manis pengantin sebagai tanda hati telah dimiliki. Cincin hadir dalam pelbagai corak dan reka bentuk yang pastinya membuatkan bakal pengantin rambang mata.
Untuk memilih cincin kahwin yang sempurna, penting untuk anda ketahui beberapa perkara agar anda berpuas hati dengan pilihan yang telah dibuat. Bimbang jika tersalah memilih cincin kahwin, boleh menyebabkan majlis yang berlangsung hambar.
Oleh itu, jom ketahui tip dan panduan bagi anda yang masih tercari-cari sebentuk cincin untuk dijadikan pilihan buat majlis perkahwinan.
1. EMAS PILIHAN HATI
Antara emas yang menjadi pilihan bakal mempelai di luar sana adalah emas kuning dan emas putih. Emas putih sering dijadikan pilihan kerana ia tampak lebih trendy dan bergaya ketika memakainya. Bagi anda yang gemarkan gaya lebih elegan dan eksklusif, anda boleh memilih emas putih sebagai pilihan. Perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah keselesaan masa menyarung cincin tersebut. Tanya pada hati, jenis emas yang anda inginkan kerana ia bakal disarung seumur hidup pada jari anda.
2. KESESUAIAN CINCIN & BENTUK TUBUH
Apa yang perlu anda titikberatkan adalah warna kulit, saiz atau bentuk jari sama ada runcing, lebar, besar, kurus dan sebagainya. Ini kerana pemilihan antara emas putih dan emas kuning ini sendiri memainkan peranan yang harus anda sesuaikan dengan ciri-ciri fizikal anda. Emas putih yang berwarna neutral sesuai dengan semua orang sama ada yang berkulit putih atau sebaliknya. Manakal bagi emas kuning pula, ia lebih tampak menarik dan cantik disarungkan kepada mereka yang berkulit cerah.
3. BINCANG DENGAN PASANGAN
Sarungkan di jari pasangan anda dan bincangkan tentang kesesuaian cincin tersebut di mata anda. Untuk gadis pula, luahkan pendapat anda. Perbincangan antara kedua-dua belah pihak amat penting bagi mengelakkan salah faham dan tidak puas hati terjadi satu hari nanti. Jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk membeli cincin idaman hati. Sebaiknya, mintalah pendapat pasangan agar persetujuan kedua-dua belah pihak tercapai.
4. SESUAIKAN CINCIN DENGAN PEKERJAAN & AKTIVITI
Sesuaikan cincin dengan aktiviti atau pekerjaan anda. Jangan terlalu memilih yang hanya cantik di mata anda sahaja sehinggakan anda lupa tentang pekerjaan atau aktiviti harian yang anda lakukan. Sekiranya anda seorang chef, mustahil untuk anda memakai cincin bertatahkan batu berlian yang besar mewah. Jadi buatlah pilihan yang bijak!
5. BAJET
Tip paling penting yang harus dititikberatkan oleh pasangan di luar sana ialah bajet. Pada awal pemilihan cincin, jangan membuat pilihan untuk terus membelinya. Sebaliknya cuba bandingkan harga terlebih dahulu. Anda dinasihatkan untuk melakukannya enam bulan lebih awal supaya anda lebih bersedia. Bincangkan dengan pasangan anda mengenai reka bentuk yang anda gemari dan tuliskan bajet yang anda tetapkan untuk membeli cincin. Jangan pula gara-gara ingin membeli cincin, membuatkan anda sampai tidak makan dan mengikat perut. Jadilah pasangan yang bijak dalam membuat pilhan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI