Obsessive Compulsive Disorder atau OCD bukan kedengaran baharu. Bagi wanita yang mengalami OCD, mereka cenderung untuk membuatkan pasangan terutamanya suami merasa tidak selesa. Tidak semua orang mampu menjadi pembersih seperti kamu.

 

Ini Tanda Isteri OCD. Jangan Sampai Suami Bawa Diri & Tak Balik Rumah Sendiri

Baru-baru ini, pelakon Diana Rafar mengakui, dia hampir gagal dalam rumahtangga kerana suaminya Zamarul Hisyam mengalami OCD sehingga membuatkan dia rasa ‘down’ dan tak cukup baik. Bagitu halnya apabila seorang isteri mempunyai OCD dan perilakunya boleh memberikan refleksi yang negatif kepada suami.

 

Menurut kajian, di Amerika Syarikat sahaja seramai 1 daripada 100 orang deawsa dan 1 dari 200 kanka-kanka memiliki OCD. Gangguan OCD ini mempunyai peringkatnya tersendiri dan sekiranya berada di tahap paling utama, mereka akan bertemu pakar psikologi untuk mendapatkan rawatan.

 

Tanda-tanda OCD:

IKLAN

 

Sering cuci tangan dan menggunakan hand sanitizer

Penularan wabak Covid-19 ketika ini memang memerlukan kita lebih berhati-hati. Namun, pesakit OCD lebih kerap mencuci tangan walaupun hanya berada di rumah dan memegang peralatan yang berada di rumah sendiri. mereka akan rasa sungguh takut dengan kehadiran kuman yang tak kelihatan. Malah mereka juga turut ‘mengheret’ suami untuk membersihkan diri sentiasa.

 

Suka membersih

Mereka terlalu kerap membersihkan rumah, kereta, meja pejabat dan sebagainya. Mereka boleh melakukan aktiviti ini selama berjam-jam semata-mata untuk memastikan semuanya bersih. adakalanya, suami sendiri tidak boleh melakukan apa yang mereka suka kerana bimbang ‘penyakit’ isteri akan kembali.

IKLAN

 

Sering ulang periksa

Sebagai contoh, mereka telah menutup suis lampu di luar sebelum tidur. Namun, pesakit OCD akan memeriksa lebih dari 3 kali sama ada suis lampu sudah dimatikan. Mereka mempunyai rasa was-was yang sangat tinggi.

 

Sering mengira

Mereka akan sentiasa mengira. Mengira anak tangga saat sedang menaikinya adalah salah satu petandanya.

IKLAN

 

Sangat tersusun

Jika di pejabat, anda boleh melihat pesakit OCD mempunyai persekitaran yang sangat kemas. Di atasnya meja tersusun rapi dan begitu juga di setiap laci miliknya. Mereka juga akan mengira simetri barang yang disusun agar semuanya kelihatan sempurna.

 

Bagaimana caranya mengatasi OCD?

 

  1. Ketahui penyebab anda menjadi cemas
  2. Lawan sifat kompulsif dan obsesif yang menghantui diri
  3. Cari sokongan terbaik sama ada dari keluarga, kawan atau grup sokongan
  4. Kawal stres
  5. Amalkan gaya hidup sihat

 

kredit foto: Diana Rafar

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI