Berbahagiahlah kamu dengan khabar gembira dari Allah ini. Jangan pernah takut akan dugaan dan halangan yang bakal menimpa kerana Allah pasti ada membantu. Perbetulkan niat, segalanya akan dipermudahkan.
Inilah 10 khabar gembira iaitu janji Allah buat mereka yang berniat untuk berkahwin.
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (An Nuur : 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.
Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “Apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu-ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan atas alasan ekonomi.
Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
Ads
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya.” (HR. Ahmad 2 : 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518 dan Hakim 2 : 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’.” (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Di antaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan dan lain-lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah.
Ads
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah.
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah SAW:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.” (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)
Telah bersabda Rasulullah SAW, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.”(Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35)
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.”(Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim)
Ads
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.” (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Alam Nasyrah : 5-6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”(Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap Muslim.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khas untuk para suami, bila sudah kahwin, jangan guna kuasa veto sekat isteri nak dekat ahli keluarganya. Apatah lagi kalau orang rumah berjauhan dengan keluarganya, belajarlah untuk toleransi dalam semua hal.
Bak pandangan saudari Nur Syuhada, jangan jadi penghalang bila isteri mahukan ruang untuk ahli keluarganya.
Jangan Guna Kuasa Veto
– Jangan halang atau larang isteri daripada balik ke rumah orang tuanya.
– Jangan halang atau larang isteri daripada menjaga orang tuanya ketika mereka sakit.
– Jangan halang atau larang orang tua isteri datang ke rumah kita.
– Jangan halang atau larang isteri bagi duit kepada org tuanya.
– Jangan halang atau larang isteri berbakti kepada org tuanya.
– Jangan sesekali menghina atau merendahkan keluarga isteri.
– Jangan sesekali pisahkan isteri dengan keluarganya.
Tak ada isteri yang suka jika tugasnya sebagai seorang anak kepada orang tuanya dihalang suami. Tak ada isteri yang mahu jika suaminya memisahkan dia dengan keluarganya tanpa sebarang sebab musabab yang dibenarkan syarak.
Ingat, kegembiraan isteri penentu kebahagiaan dalamm rumah tangga. Sekiranya kita melakukan perkara-perkara di atas atas sebab pentingkan diri sendiri atau menggunakan kuasa veto sebagai suami, maka ini tidak akan menggembirakan isteri.
Isteri tak akan teragak-agak untuk memilih keluarganya sendiri berbanding diri suami.
Bertoleransilah sebagai seorang suami.
NOTA: Isteri bukan hamba, yang setelah kahwin perlu mengabdikan diri sepenuhnya kepada suami. Dia masih milik Allah sama macam suami, dia hanya Amanah yang Allah titipkan kepada suami untuk disayangi dididik kejalan yang diredhai, dan suami sebagai pemimpin yang Allah perintah dihormati, dipatuhi oleh isteri selagi mana perintahnya tidak melanggar syarak, maka wajib isteri patuh.
“Isteri perlu disayangi, manakala suami perlu dihormati.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan semua orang jenis yang nak kahwin awal, banyak lagi benda yang mereka fikirkan untuk diri mahupun keluarga. Jadi, ini 6 alasan untuk anda yang rasa-rasa macam belum bersedia nak kahwin. Selamat berjaya!
KERJA NO 1
Kedengaran agak cliche, yes memang cliche pun jika anda memberi jawapan hambar ‘saya tak nak kahwin sebab saya suka dengan kerja saya…’ anda kena lah beri penjelasan yang jelas seperti ‘saya sedang membina karier demi hidup berkeluarga nanti’, ‘saya sedang fokus untuk kenaikan pangkat..selepas itu baru bersedia’ atau ‘sebenarnya sedang mencari jodoh yang satu tempat kerja’. Gunakan alasan yang beri sudut yang positif, terapkan dalam minda anda apa-apa pun alasannya haruslah memberi kebaikan untuk berkahwin lewat.
BANYAK HUTANG NAK KENA SETTLE
PTPTN, bayaran bulanan kereta, pinjaman modal perniagaan dan banyak lagi lah yang kena anda bereskan. Beritahu sahaja kepada mereka yang anda tidak mahu membebankan suami anda dengan hutang dan yang paling penting anda inginkan kehidupan perkahwinan yang bebas dari tanggungan hutang. Wow! Pasti ibubapa anda bangga dengan kenyataan ini. Hehehe. Jangan lupa untuk beritahu anda juga sedang menyimpan untuk hari perkahwinan nanti.
MASIH MENCARI HALA TUJU KEHIDUPAN
Hidup hanya sekali, Penulis percaya banyak yang anda ingin capai dalam hidup ini. Salah satunya mengejar matlamat dan cita-cita anda yang mungkin masih lagi jauh. Apa kata anda cabar diri untuk sibuk mempersiapkan diri untuk membuktikan pada mereka yang banyak lagi perkara yang anda perlu fikir selain soal kahwin. Tunjukkan yang anda bersungguh benar ingin mengecap impian anda dan pastilah makcik ‘machine gun‘ pun tak berani nak tegur tau. Siapa mampu nak tegur bakal wanita berjaya negara kelak! Hehehe.
TAK JUMPA JEJAKA YANG SERASI
Jangan anggap diri anda loser jika belum menemui pasangan. Hey! Good things always come late. Jadi jujur sahaja kepada ibubapa yang sememang anda belum ada teman lelaki untuk dinikahi.Diingatkan juga tekankan yang anda punya rakan lelaki tapi tiada yang serasi untuk hidup bersama. Iyalah, Penulis tak mahu ibu bapa anda fikir anda sejenis yang tidak bersosial pula. Jelaskan pada mereka, anda masih mencari yang sesuai dan serasi untuk dijadikan suami.
INGIN BANTU KELUARGA
Tidak kisah lah anak sulung atau bongsu, kita masing-masing punya tanggungjawab kepada keluarga dan ibubapa. Beritahu mereka yang keluarga adalah fokus utama anda selepas perkahwinan. Pasti ada diantara pembaca kini sedang menyara belanja pembelajaran adik-adik yang sedang bersekolah atau melanjutkan pelajaran bukan? Iyalah, hidup di zaman ekonomi yang kurang bagus ini kadang-kadang perbelanjaan tidak cukup hanya dari satu pihak.
SUDAH BIASA HIDUP BERDIKARI
pasti ada diantara kamu sudah memiliki aset sendiri seperti rumah, kereta ataupun perniagaan sendiri. Jadi anda sudah terbiasa bahkan lebih selesa dengan kehidupan seorang diri a.k.a berdikari. Juga anda sebenarnya mencari calon suami yang punya sama standard seperti anda bukan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita memang tidak dapat lari daripada alat solek dan kecantikan. Tetapi saya bukanlah mahu berkongsi cara bersolek yang terperinci kerana saya sendiri memang tak pandai bab-bab tersebut. Namun apa yang saya nak kongsikan di bawah ini masih ada menyentuh bab kecantikan wanita iaitu tip solekan untuk kulit gelap.
Tip Solekan Untuk Kulit Gelap
1. Pilihan warna-warna lembut seperti merah jambu, dan oren gelap adalah warna tepat untuk solekan bahagian pipi.
2. Untuk siang hari gunakan pemerah pipi berwarna merah jambu. Untuk malam hari pakai warna gangsa atau warna plum.
3. Jangan terlalu banyak bereksperimen dengan pilihan warna terutama untuk solekan bahagian mata. Sebaliknya pilih warna-warna tanah yang lebih natural seperti cokelat atau merah bata. Warna warna terang atau putih harus dihindari terutamanya untuk pembayang mata.
4. Bagi teknik solekan mata, pilih coklat terang untuk kelopak atas dan coklat gelap untuk bahagian lipatan kelopak mata. Sapu sedikit ke dalam dan ke luar. Teknik tersebut juga boleh memberikan kesan dalam pada mata.
5. Untuk bahagian bibir, pilih gincu/lipstik warna natural seperti coklat, merah tua, anggur, dan sebagainya. Untuk yang lebih berani boleh juga gabungkan dua warna yang disebutkan tadi.
6. Jangan sapu lipstik secara berlebihan. Pastikan lipstik tersebut sesuai debgan kulit anda. Pilih warna agak gelap untuk waktu malam agar lebih romantis dan elegan.
7. Sesuaikan lipstik dengan pilihan warna pembayang mata bagi mendapatkan kesan lebih sempurna.
GAMBAR HIASAN : BERITA HARIAN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!