Inilah Nikmat Berkahwin Yang Hanya Difahami Oleh Suami Isteri

Share

Saat menjadi suami isteri, pastinya anda akan rasa bersyukur kerana hasrat untuk bersama dengan orang yang dicintai termakbul. Pastinya banyak nikmat yang orang dah kahwin akan rasai. Jika dulu hidup berseorangan, kini dah ada orang yang menemani.

Malah sebaik mendirikan rumah tangga, hidup anda pastinya jadi lebih sempurna apabila ada pasangan di sisi menemani anda ketika senang dan susah. Sentiasa mensyukuri dan bertolak-ansur antara satu sama lain akan mencetuskan keharmonian dalam rumah tangga yang dilayari.

Benarlah kata orang, kahwin banyak manfaat yang boleh suami isteri nikmati. Berikut merupakan sembilan manfaat berkahwin yang hanya difahami oleh suami isteri.

1. Punya teman untuk ke mana-mana

Setelah berkahwin, anda tidak perlu pergi ke majlis bersendirian lagi kerana ada pasangan yang akan menemani anda. Begitu juga andai terpaksa menghadiri sesuatu majlis yang membosankan, ada seseorang yang boleh anda jadikan teman berbual untuk mengusir rasa bosan.

2. Tidak perlu bersendirian apabila tidur setiap malam

Bangun di tengah malam kerana bermimpi buruk pastinya akan semakin terasa buruk jika anda bersendirian. Tetapi jika sudah berkahwin, si dia ada memeluk dan menenangkan perasaan takut setelah mimpi buruk yang anda alami. Jadi, tak perlulah lagi anda takut nak tidur bersendiri, kini dah ada pasangan yang menemani.

3. Tidak perlu lagi bangun sendirian

Malas bangun pagi, tentunya anda ingin kembali tidur sambil memeluk bantal. Namun apabila sudah berkahwin, bukan bantal yang akan dipeluk, tapi tubuh pasangan anda.

Kadang-kadang, anda pun akan terbangun dengan ciuman atau bisikan lembut pasangan di telinga anda yang menyuruh anda bangun. Melihat wajah orang yang dicintai ketika bangun pagi, hal yang sangat indah untuk memulai hari anda.

4. Punya rakan hidup yang selalu setia mendampingi

Memiliki sahabat sejati merupakan impian semua orang. Pasangan akan membantu ketika anda memerlukan, mendampingi di waktu sukar dalam hidup. Dan pasangan halal akan menjadi orang yang paling dekat, malah menjadi sahabat baik dalam hidup yang tidak boleh digantikan dengan orang lain.

5. Ada seseorang yang merawat jika sakit

Hal paling menyedihkan yang boleh terjadi, anda jatuh sakit dan bersendirian saja di rumah. Namun tentu saja hal tersebut tidak berlaku jika sudah ada pasangan yang anda kahwini.

Dia akan merawat dan menjaga anda, juga mengurus keperluan anda sepanjang sakit. Tak perlu lagi merasa sedih kerana tidak ada yang menemani semasa sakit, kerana pasangan anda ada di sisi untuk menyembuhkan hanya dengan sentuhannya yang penuh rasa cinta.

6. Belajar untuk tidak menjadi orang yang egois

Perkahwinan mengajar setiap orang untuk tidak menjadi yang egois dan belajar erti memberi. Berkahwin bererti anda menghargai orang yang anda kahwini melebihi diri anda sendiri.

Jika sebelumnya anda berbelanja dengan hanya memikirkan keperluan diri sendiri, kini anda juga akan memikirkan keperluan pasangan. Bila sebelumnya anda memasak untuk satu orang, kini memikirkan apa yang dia suka makan atau tidak.

Selain itu, anda juga akan belajar untuk memahami perasaan pasangan dan mengambil keputusan berdasarkan pertimbangan hal terbaik bagi anda berdua, dan bukan diri anda sendiri saja.

7. Punya seseorang yang menjadi milik anda secara kekal

Mengakui seseorang ialah milik anda, tentu berbeza rasanya jika yang diakui adalah teman lelaki dan bukan suami/isteri. Pasangan yang anda kahwini akan benar-benar menjadi milik anda jiwa dan raga kerana perkahwinan mengikat anda dengannya seumur hidup.

8. Ada tempat untuk mengadu dan lepaskan keluh kesah

Setelah hari yang memenat atau berlaku perselisihan dengan teman yang membuat anda ingin mencurah rasa dengan seseorang, tentunya sangat menyenangkan jika orang tersebut ada di rumah dan secara langsung anda bercerita tentang keluh kesah kepadanya.

Selain itu, anda juga punya seseorang yang boleh diajak berunding atau berbincang ketika ada hal rumit yang perlu diputuskan. Tidak perlu lagi memendam sendirian kerana ada pasangan yang boleh mendengar.

Tetapi, tentunya hal ini berjalan dua arah. Anda juga perlu bersedia menjadi tempat mencurah rasa di kala anda diperlukan.

9. Tidak perlu takut untuk bermesraan kerana sudah halal

Ketika masih berteman, bermesraan sama sekali tidak boleh. Namun jika sudah menjadi halal antara satu sama lain, semuanya boleh dilakukan. Tidak ada perasaan takut pada dosa atau diserbu pencegah maksiat kerana apabila sudah sah, siapakah yang berani melarang?

Published by
Putri Adila