Sebagai seorang isteri ataupun suami, kita sebenarnya mempunyai pelbagai keistimewaan yang membolehkan kita memikat dan melembutkan hati pasangan.
Tuhan menganugerahkan kita akal dan ilmu untuk bertindak dengan cara yang betul. Lembutkan hati pasangan yang kadang-kadang tinggi egonya tidak memerlukan kita menggunakan cara salah. Cukup dengan mengamalkan doa-doa ini bagi melembutkan hati pasangan anda.
Jika kamu sebagai seorang isteri atau suami mahukan pasangan yang sentiasa menyayangi kamu, mengasihi malah menghormati kamu, sila amalkan ayat Yusuf ini yang berbunyi:-
“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin“.
Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.
Sebelum mengamalkan doa ini, sila tetapkan kepada diri bahawa niatkannya untuk tujuan kebaikan. Jangan pula gunakan doa ini untuk memikat isteri/suami orang atau tunangan milik orang lain.
Beringatlah apabila kita lakukan sesuatu perkara untuk kebaikan diri dan orang lain, lebih berkat kehidupan yang akan dikecapi.
Manfaatkan doa ini sebagai ‘penyeri’ wajah diiringi dengan niat baik terutamanya untuk melembutkan hati si suami atau isteri agar lebih mengasihimu.
Boleh dibaca setiap kali selepas menunaikan solat fardhu atau bacakannya ketika mahu berhadapan dengan pasangan.
Kelebihan Lain Surah Yusuf Ayat 4 :