Pastinya aura glitter di dalam penataan gaya bakal menyerlahkan lagi penampilan ratu sehari dihari bahagia. Biasan kilauannya menghasilkan sinaran yang cukup elegan dan eksklusif.
Selain tampak lebih glam, aura glitter mampu memberi keserian yang tiada tara. Ini tentunya menjadikan keseluruhan majlis tampak lebih menyerlah dan mengagumkan.
Jom cedok ilham dan inspirasi dengan memberikan nada elegan dalam penampilan anda di hari bahagia.
Kerdipan cinta yang terhasil dari biasan mewah rantai dan subang jenama mewah ini pasti memberi gaya elegan buat anda. Perhiasan bertatahkan berlian ini menyuntik statement ‘classy’ dalam gaya anda dengan rekaan yang lebih moden dan minimalis.
Ringkas namun cukup relevan untuk digayakan untuk majlis resepsi. Rekaan yang memperlihatkan bentuk kaki anda ini disaluti dengan glitter yang memancarkan nada sensual buat si pemakai. Sesuai digayakan untuk majlis resepsi.
Segarkan diri anda dengan pewangi dari jenama Jimmy Choo. Haruman memikat jiwa ini bakal membuatkan si dia tertawan dan bertambah sayang. Pewangi ini juga sesuai dijadikan hadiah dan dihias indah di atas dulang hantaran.
Rekaan ringkas tas tangan ini sesuai dijadikan hantaran untuk si dara. Dihias indah bersama kuntuman bunga segar berona pastel, tentunya dulang hantaran yang digubah tambah elegan dan eksklusif.
Percikan glitter pada busana ini menyerlahkan lagi aura ratu sehari. Dipadankan dengan fabrik polos, busana ini tampak seimbang dan memberi nafas mewah buat si pemakai. Hanya padankan bersama tiara dan layah ringkas, tentunya gaya ratu sehari anda bagaikan bidadari yang turun dari kayangan.