Koleksi gaun pengantin terbaharu daripada pereka terkenal yang berasal dari Lebanon, Elie Saab untuk musim Autumn/Winter 2018 menghimpunkan koleksi yang cukup menawan. Untuk koleksi terbaharu ini, pereka yang terkenal dengan signature ‘Couture’ untuk setiap rekaanya, sekali lagi menggunakan siluet klasik dengan olahan moden yang cukup relevan untuk digayakan di masa kini.
Setiap koleksi terbaharu ini mempertaruhkan perincian mengagumkan yang terdiri daripada bunga timbul dan benang metalik yang memberi biasan elegan dan eksklusif. Selain itu, Elie Saab memberi aksen feminin yang lebih jelas buat rekaannya pada kali ini bagi melahirkan penampilan ratu sehari yang anggun dan romantis.
Penggunaan fabrik seperti sifon, organza dan tulle menjadi pilihan pereka yang bakal melahirkan kesan demure buat pengantin. Tidak ketinggalan sulaman renda eksklusif digunakan dalam koleksi terbaharu ini yang boleh dilihat pada gaun, cape
dan layah.Sarat dengan perincian berona senada yang membiaskan nada elegan dan mewah. Pereka Elie Saab ingin menonjolkan kesan romantis dan feminin buat penampilan ratu sehari.
Siluet ringkas memberi gaya anggun tiada tara buat penampilan ratu sehari. Penggunaan renda pada keseluruhannya diserikan lagi dengab perincian berbentuk 3D yang memberi nafas lebih dramatik.
Elegan dan memukau! Kilauan yang terhasil daripada gaun ini bakal memberikan keserian buat penampilan ratu sehari. Sulaman manik dan jemeki yang sarat membuatkan penampilan ratu sehari lebih mewah dan classy!
Gaun unik ini tampil berbeza dengan padanan cape berserta hood. Sesuai buat mereka yang inginkan kelainan dan sesuatu yang berbeza,