Jangan malu untuk hargai isteri. Setakat pegang tangan pun malu. Hendak peluk sikit pun malu.“Nabi Muhammad siap main kejar-kejar di bahagian belakang peperangan. Sambut isteri masa isteri tiba-tiba datang ke masjid. Siap hantar masa hendak balik. Siap beri peha dan bantu bidadari untuk naik kenderaan. Tidak ada malu pun. “Kita semua kena sorok-sorok. Akhirnya sudah sampai rumah tidur. Bukan ada masa bersama selalu pun. Sedihkan pegang tangan pun malu,”

Ikuti perkongsian ini tentang betapa pentingnya hargai kesetiaan seorang isteri,semoga menjadi pengajaran buat semua suami di luar sana.

Isteri Ambil Berat Itu Bukanlah Erti Dia Mengongkong Suaminya

Telefon Ahmad berdering. Ahmad dan rakan-rakannya sedang sibuk bermain game dan berbual di kedai kopi.
Ahmad terkejut mendengar suara di sebelah telefon itu. Pemanggil ialah isteri Ali, sahabat karibnya yang sedang minum teh bersama dia. Ahmad memberikan telefon kepada Ali.

IKLAN

Ali terkejut. “Buat apa telefon sini?” tanya Ali pada isterinya.
“Tak ada apa-apa. Ingat abang terjadi apa-apa. Telefon sms tak jawab. Cuma nak tanya abang balik makan ke tak?,” kata isteri Ali dengan nada yang keras.
“Tak. Ayang tak perlu tunggu. Tidur dulu. Abang balik lewat,” kata Ali sambil cepat-cepat menggantung telefon.
Rakan-rakan Ali yang melihat bergurau. “Ajarlah kami apa rahsia anta buat isteri begitu ambil berat pasal enta,” kata mereka sambil ketawa.
Ali terasa malu. Isteri macam ini yang mengongkong kebebasannya seolah memalukannya.

Malam itu, Ali balik lewat. Ego lelakinya memberitahu dirinya, isteri tak boleh mengonkong kekebasannya. Balik dia terus tidur di tepi isteri tanpa bertegur sapa.
Perkara itu berulang-ulang. Ali terasa bosan dengan karenah isterinya. Terasa isterinya seperti getah yang terlekat. Ali terasa penat dan keletihan. Meskipun demikian, isteri Ali tetap telefon dan sms bertanya di mana Ali setiap hari, apa yang dia lakukan dan samada Ali akan pulang ke rumah. Bagi Ali, semua pertanyaan itu bagaikan rungutan yang tidak henti. Ali semakin hilang sabar semakin tidak menjawab.
Namun, isteri Ali tetap menunggu kepulangan Ali setiap malam. Walaupun tidak bertegur sapa, apabila melihat Ali selamat kembali ke rumah, isteri Ali pun ke kamar berehat tidur.

IKLAN

Kerana sikap dingin Ali yang memberikan reaksi kurang enak setiap kali isteri mengambil berat padanya, tanpa sedar isteri Ali semakin jarang bertanya di mana suaminya. Isteri sibukkan diri dengan anak-anak, kerjaya dan kawan-kawannya. Isteri Ali mulai malas mengambil berat pada suaminya.
Satu hari ketika Ali bersama Ahmad ke negeri lain untuk menguruskan hal kerja, terjadi sesuatu malapetaka, mereka terjatuh ke dalam gaung. Segala talian komunikasi hancur. Ali dan Ahmad berjaya menyelamatkan diri selepas 12 jam.
Ketika mereka mendapat talian komunikasi kembali, telefon Ahmad mempunyai 20 miscall dan berpuluh sms daripada isteri. Ali cepat-cepat membuka telefonnya.
Tiada satu miscall mahupun sms. Kosong tiada. Line penuh. Tiada orang yang mencarinya 24 jam yang lepas walaupun dia hampir kehilangan nyawa. Ali terasa sedih dan sayat hati.

IKLAN

Isteri Ambil Berat Itu Bukanlah Erti Dia Mengongkong Suaminya

Ketika itu, Ali menelefon isterinya. Tiada orang yang menjawab. Sms pun tidak dibalas. Ali terasa lagi. Siapa lagi yang sanggup menelefon diri tengah malam tatkala kamu tak pulang ke rumah selain ibubapa atau isteri sendiri? Tapi selama ini, Ali mengganggap telefon dan sms isteri adalah satu kongkongan, satu penghinaan pada ego lelakinya. Ali baru sedar. Rupanya telefon dan sms isteri adalah kasih sayang. Kalau isteri tak sayang, mengapa dia nak tahu keadaan suaminya dari semasa ke semasa. Telefon dan sms yang kerap itu tanda isteri hati yang mengambil berat sangat-sangat pada suaminya. Itu bukan rungutan, itu adalah kasih sayang. Ali baru tersedar.

Ali tiba di rumah lewat malam. Isterinya tidak lagi menunggunya. Isteri sudah tidur bersama-sama anak-anak. Ali terasa hatinya masam. Bukan salah isteri, ini salah dia.Ali berubah sikap untuk memenangi hati isterinya semula. Ali bertukar watak. Kini Ali yang memaklumkan di mana dia berada dan apa yang dia lakukan pada isterinya sebelum isterinya bertanya. Ali pulang ke rumah awal dengan lebih kerap untuk makan bersama isteri.Telefon dan sms isteri juga kembali seperti biasa. Ali berasa bangga kini apabila menerima panggilan isterinya di tengah-tengah perbincangan dengan kawan-kawan.
Isteri Ambil Berat Itu Bukanlah Erti Dia Mengongkong Suaminya

“Sayang aku telefon. Diam sekejap,” kata Ali kepada rakan-rakannya sebelum bercakap manja dengan isteri.Telefon dan sms daripada orang tersayang adalah perkara yang paling bahagia di dunia. Ada orang yang mengambil berat. Ada orang yang mengingati kamu. Jangan sesekali kamu rasa bosan pada panggilan mahupun sms sedemikian. Jangan lihat bahagia itu sebagai rungutan. Jangan bersikap seperti Ali, akhirnya kamu akan berasa kekosongan dan penyesalan. Kamu mungkin tidak bertuah seperti Ali, kerana banyak bas yang terlepas tidak datang semula.

Hargailah orang tersayang. Kerana di dunia ini terutama kepada ibu bapa, tiada siapa lagi yang sanggup “mengganggu” kamu dengan kerap atas mengambil berat pasalmu. Jangan biarkan mereka merasakan kamu tidak diperlukan dari hati mereka.
Hargailah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI