Isteri Anda Sangat Mahal Dan Tidak Ternilai Harganya

Hakikatnya , kehidupan di alam rumahtangga akan terasa manisnya jika kedua-dua pasangan menjalankan peranan masing-masing.

Kalau suami potong bawang, isteri kena tolong masakkan.

Suami tolong basuh berak anak, isteri kena buatkan air susu untuk anak.

Suami ada kerja, isteri tolong topupkan apa-apa kerja yang ada di rumah.

Isteri ada masalah/exam/perlu berehat, jadi si suami lah kena tolong bantu jadi suri rumah yang berjaya. Jaga emosi dan mentaliti dia.

Ads

Tak ada istilah bila anda berkahwin, anda hanya perlu bergoyang kaki di rumah. Tengok tv, baca surat khabar. Sedangkan isteri sedang berhempas-pulas di dapur.

Sebab itu bila saya jumpa dengan kawan-kawan yang tidak mengemas biliknya dengan baik , atas katilnya penuh dengan buku, laptop, sisa makanan, dan cadar yang tak ditukar selama setahun , saya cakap dalam hati ; “Dia ni belum bersedia untuk berkahwin”.

Sebab dia masih belum mampu menguruskan dirinya dengan baik. Apatah lagi bila dia nak berumah tangga, menguruskan bahtera rumah tangga yang sangat besar tanggungjawabnya.

Ads

Dan yang paling besar adalah dia akan menjaga seorang WANITA yg terkenal dengan sifat kekemasannya dan perfectionist-nya (mementingkan kesempurnaan).

Isteri Anda Sangat Mahal Dan Tidak Ternilai Harganya

Ads

Point yang saya nak sebutkan adalah:

1. Nak melihat bagaimana eloknya sebuah rumahtangga tu, maka lihatlah pada kedua-dua pasangan tersebut. Kalau dua-dua pandai menguruskan diri, urus masa dan kewangan dengan baik, tak tinggal solat baca al-Quran dan amalan-amalan baik; maka insyaAllah akan bahagialah rumahtangga tersebut.

2. Nak cari isteri yang solehah, maka kamu tu sendiri yang kena jadi soleh dulu. Jangan tinggal solat tahajud, solat dhuha, baca Al-Quran. Kemas bilik baik-baik, belajar cara memasak, belajar cara lipat kain. Masa tu barulah kamu akan bersedia utk ‘berbini’.

3. Ikutlah akhlak Rasulullah SAW bersama para isteri baginda. Di rumah, bagindalah yang menjahit selipar, menjahit baju, menguruskan makanan, membantu isteri di dapur.. Sedangkan baginda merupakan seorang ketua negara, ketua agama, ketua umat Islam pada ketika tersebut.

Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik kepada ahli keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik pada keluargaku.”[Hadith Sahih]

SUMBER : Imran Kasran

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI