
Isi Kandungan
ToggleKalau dapat isteri banyak cakap, itu cara dia mahu meluahkan perasaan kerana dia adalah makhluk emosional.
Suami pula apabila mendengar luahan isteri, dia akan fokus mencari penyelesaian kerana dia anggap ada masalah perlu diselesaikan. Ini kerana lelaki adalah makhluk intelektual.
Isteri akan tenang apabila dia sudah luahkan perasaannya.
Suami pula hanya akan tenang apabila dia sudah jumpa solusi untuk masalah yang sedang difikirkan.
Isteri Banyak Cakap
Nak lagi faham, cuba renungkan perkongsian saudara Umar Paranorms, isteri hanya mahu didengari, manakala suami pula mahu jadi penyelesai masalah yang isteri tengah luahkan, maka terjadilah konflik.
Bukan salah sesiapa, kita hanya masih sedang berusaha memahami nature karakter masing-masing.
Pasangan yang sudah matang dan saling memahami, akan jadi semakin aman dan bahagia.
Sebagai suami, kalau kita mahu jadi PENDENGAR yang setia, dan tidak berusaha menjadi PENYELESAI MASALAH ketika isteri sedang banyak cakap, maka rumah tangga akan aman damai dan sentosa.
Bila Bergaduh, Kena Mengalah
Sebagai suami, apabila bergaduh dengan isteri, kalau kita mengalah, kita sebenarnya menang. Kalau kita menang, kita sebenarnya kalah.
My comrades, para suami sekalian, biarlah ego kita kalah, yang penting kita memenangi hati isteri. Itu kemenangan kita yang sebenar.
Jadi, buat lelaki, anda kena sentiasa berusaha menjadi suami yang lebih baik dan ayah yang semakin baik. Inshaa Allah hubungan suami isteri akan bahagia walau sesekali dilanda ribut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Inilah Cabaran Selepas Berkahwin , Hadapi Dengan Tenang Dan Sabar

Masa bercinta semuanya indah dan ‘sweet’. Segala yang dikatakan akan dituruti oleh pasangan. Ramai pasangan beranggapan keindahan itu akan kekal sebaik memasuki alam rumah tangga.
Baca perkongsian tentang realiti hidup selepas berkahwin yang dikongsi oleh baitulmuslim.com tentang cabaran yang bakal dilalui oleh pasangan selepas mendirikan rumahtangga. Jangan risau atau takut pula nak berkahwin , artikel ini sebagai pengetahuan buat bakal pengantin.
Sukar tinggalkan gaya hidup semasa bujang
Perkara ini memang biasa terjadi kepada golongan muda dan biasanya lelaki lebih susah untuk mengubah perkara ini daripada perempuan. Biasanya lelaki susah untuk meninggalkan hobi mereka seperti lepak atau ‘mengeteh” sehingga lewat malam ataupun menghabiskan masa bermain permainan video. Sepatutnya selepas berkahwin dan jika mempunyai anak di awal perkahwinan anda sepatutnya kurangkan perkara tersebut atau berhenti terus kerana buat masa tersebut anda sepatutnya melebihkan masa bersama anak atau isteri dan pada awal perkahwinan adalah waktu yang sangat penting untuk memastikan rumah tangga tersebut mampu bertahan atau tidak.
Kehidupan rumah tangga tidak seperti yang diharapkan atau diinginkan
Sebelum berkahwin semestinya anda telah merancang pelbagai perkara namun kebanyakkanya sukar untuk dicapai disebabkan pelbagai faktor dan disaat ini juga pasangan suami isteri biasanya akan mengenali kriteria atau perangai sebenar pasangan masing-masing. Pada waktu ini sangat penting untuk bertolak ansur dan jangan sebab tidak tutup lampu atau letak baju merata-rata sahaja anda boleh bergaduh besar.
Pembahagian tugas dan peranan
Perkahwinan adalah bermakna anda akan mempunyai tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan seperti kebiasaan kita tahu yang tugas suami adalah mencari nafkah untuk keluarga dan menyediakan keperluan bagi keluarga seperti rumah pakaian dan sebagainya. Isteri pula diberi tanggungjawab untuk menguruskan urusan rumahtangga seperti memasak atau menjaga anak. Tetapi hakikatnya, dalam zaman yang serba mencabar ini, peranan ini belum tentu akan dapat digalas sepenuhnya oleh seorang suami mahupun isteri. Pada masa kini, kos sara hidup yang serba meningkat tidak memungkinkan seorang suami menyara isteri dan keluarga sendirian. Ketika inilah ehsan dan tolak ansur isteri diperlukan. Dalam masa yang sama juga, suami harus bertolak ansur membantu isteri melakukan tugas-tugas di rumah. Maka dengan demikian barulah wujud kesefahaman dalam rumahtangga pasangan tersebut.
Selalu berbeza pendapat
Perkara ini sering berlaku di awal perkahwinan dan biasanya pasangan suami isteri akan berbalah dan bertekak dalam membicarakan perkara yang remeh-temeh dan masing-masing akan cuba mempertahankan ego masing-masing. Pada masa ini anda mungkin akan merasakan pendapat anda lebih baik dan perlu diikuti . Ini berlaku kerana sebelum berkahwin pasangan tersebut membuat keputusan sendiri tanpa perlu mengambil kira pandangan orang lain ,namun setelah berkahwin kebanyakan keputusan yang dibuat perlulah dipersetujui bersama.
Hubungan dengan keluarga mertua
Selepas berkahwin, anda bukan sahaja telah menjalinkan hubungan dengan pasangan anda sahaja namun dengan seluruh keluarga pasangan anda juga. Disebabkan itu perlunya anda pandai bergaul dengan keluarga baru. Mungkin akan ada keluarga yang senang bergaul namun tidak mustahil terdapat sebilangan keluarga yang kurang peramah. Disina penting anda bersabar dan cuba untuk megambil hati mereka dan untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mertua juga memerlukan masa, jadi baik suami atau isteri perlulah bersabar dalam memahami sikap dan hidup keluarga mertua
Sumber:https://baitulmuslim.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Memaksa Pasangan Melakukan 5 Perkara Ini, Terima Mereka Seadanya

Perkahwinan yang anda jalani mungkin tidak seperti apa yang anda bayangkan sebelum berkahwin, semuanya indah dan manis umpama fairy tale. Ini kerana, ada beberapa perkara yang anda tidak boleh harapkan daripada pasangan sebagaimana apa yang anda inginkan.
Hadapilah dan terimalah kenyataan bahawa pasangan hanyalah manusia biasa dan mempunyai keterbatasan dalam membuat sesuatu perkara. Tidak peduli betapa kasih, sayang, cinta, baik hati, lucu, setia dan murah hatinya dia, tidak ada pasangan yang boleh diharapkan mampu memberi segala hal yang anda inginkan.
Salah satu kunci perkahwinan bahagia dan harmoni ialah melepaskan serta melupakan segala hal yang anda harapkan daripada pasangan untuk melakukan apa yang anda inginkan.
Tentu saja kita semua berkahwin dengan harapan yang menggunung tinggi tentang masa depan, kehidupan bersama pasangan hingga bagaimana kehidupan perkahwinan anda. Namun sering harapan sebegini tidak sesuai dengan apa yang dibayangkan dan kebanyakan orang melemparkan rasa kecewa tersebut kepada pasangan.
Ini adalah lima perkara yang anda tidak boleh paksa pasangan melakukan sebagaimana yang anda harapkan.
1. Mengubah dirinya sebagaimana yang anda mahu
Mengharapkan pasangan mengubah dirinya hanya akan membuatkan hari-hari anda dipenuhi dengan rasa kecewa. Mengharapkan perubahan pada diri pasangan memang dilihat sebagai harapan yang masuk akal, tetapi tidak ada jaminan bahawa itu akan terjadi.
2. Berfikir seperti apa yang anda fikirkan
Katakanlah pasangan anda mengatakan bahawa langit berwarna hijau, apakah anda akan berdebat tentangnya? Saya memiliki ramai sahabat yang dalam kehidupan perkahwinannya kerap membahaskan hal-hal seperti ini. Saya melihat mereka saling berselisih faham tentang hal-hal yang sebetulnya kurang relevan untuk dibahas, bahkan tidak ada yang mahu mengalah. Mereka berusaha untuk saling mempertahankan pergaduhan menurut cara mereka masing-masing.
3. Mengetahui isi fikiran anda
Mungkin anda tidak mengharapkan pasangan untuk meneka apa yang anda fikirkan, seolah-olah dia adalah seorang yang ahli fikir dalam hal tersebut. Sebaliknya anda berbisik dalam hati, “Mengapa dia tidak mengerti apa yang aku mahukan?” atau “Setelah sekian lama berkahwin, dia sepatutnya sudah mengetahui apa yang aku inginkan!”
Memang masuk akal jika anda ingin dia mengerti, tetapi sedarilah bahawa pasangan tidak akan pernah boleh memahami anda sepenuhnya. Juga setiap keinginan dan keperluan anda, tidak semua dapat dia penuhi. Tidak dinafikan bahawa dalam situasi sebegini kadang kala anda dan pasangan tidak akan boleh menyelaras semua perkara. Di sinilah perlunya komunikasi bagi memahami pasangan anda.
4. Melakukan sesuatu dengan sempurna
Tidak ada pasangan, tidak peduli seberapa peduli dan murah hatinya dia, boleh membuat segala hal dalam kehidupan anda mudah. Meski ada banyak hal indah yang dapat anda peroleh daripadanya, tidak ada yang boleh menjadi penawar terbaik untuk rasa kesepian atau kebosanan anda. Tidak ada yang dapat memberi makna hidup anda, memberi kebahagiaan atau menyembuhkan semua luka yang dahulu pernah anda alami. Suka atau tidak, pasangan anda tidak boleh melakukan segala hal yang diinginkan dengan sempurna.
5. Mengharapkan cinta tanpa syarat
Semasa suami mengucapkan lafaz nikah dan bertanggungjawab untuk mencintai satu sama lain tanpa syarat namun setelah beberapa tahun hidup bersama, pasangan menyedari bahawa sukar untuk memenuhi janji tersebut. Jika boleh jujurlah terhadap diri sendiri, saya yakin anda boleh memikirkan hal lain daripada pasangan selain cinta tanpa mengharapkan balasan apapun.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panduan Pilih Pakej Perkahwinan Buat Bakal Mempelai

Perkara penting yang perlu dibuat oleh bakal pengantin sebaik sahaja telah menetapkan majlis perkahwinan ialah memilih pakej perkahwinan yang terbaik mengikut kemampuan. Tentulah korang mahukan yang terbaik bukan?
Jangan terburu-buru memilih pakej perkahwinan gara-gara ditawarkan harga yang rendah. Semak dahulu apa yang ditawarkan sebelum bersetuju memilih pakej tersebut. Dapatkan juga nasihat daripada ahli keluarga dan juga rakan-rakan.
Buatlah pilihan yang tepat dan buat perbandingan sebelum membuat keputusan.

TIP MEMILIH PAKEJ PERKAHWINAN:
1.Cari maklumat dan buat rujukan- sebelum membuat survey sebaiknya pengantin sudah mempunyai pengetahuan tentang apa yang diperlukan semasa majlis perkahwinan. Anda boleh mendapat maklumat dengan berkunjung ke pameran pengantin, majalah , internet, saudara mara dan kenalan.
2.Tengok kualiti pakej yang ditawarkan- Penting untuk anda melihat kualiti, apakah wang yang dilaburkan setimpal dengan pakej yang ditawarkan.
3.Pilih ikut kemampuan walaupun cantik tetapi mahal, jangan sampai pembaziran di kemudian hari. Masih ada pakej yang sederhana dan cantik serta berkualiti yang boleh bakal pengantin pilih.
4.Pastikan butik tersebut berpengalaman dalam bidang perkahwinan dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
5.Jangan buat bayaran pada orang tengah, bayar sendiri di butik dan dapatkan bukti pembayaran bagi mengelak dari tertipu.

6.Elak dari membuat tempahan pakej dengan butik yang jauh dari tempat tinggal anda terutama yang melibatkan pelamin, khemah dan katering. Ia bagi mengelakkan dari sebarang masalah yang tidak diingini seperti kelewatan dan sebagainya.
7.Pastikan rekaan pelamin dan baju dari butik itu sendiri kerana ada juga butik yang mengambil dari butik lain. Ini bagi memastikan baju dan pelamin dapat disiapkan seperti masa yang dijanjikan.
Kredit foto (top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI