Kalau dapat isteri banyak cakap, itu cara dia mahu meluahkan perasaan kerana dia adalah makhluk emosional.
Suami pula apabila mendengar luahan isteri, dia akan fokus mencari penyelesaian kerana dia anggap ada masalah perlu diselesaikan. Ini kerana lelaki adalah makhluk intelektual.
Isteri akan tenang apabila dia sudah luahkan perasaannya.
Suami pula hanya akan tenang apabila dia sudah jumpa solusi untuk masalah yang sedang difikirkan.
Nak lagi faham, cuba renungkan perkongsian saudara Umar Paranorms, isteri hanya mahu didengari, manakala suami pula mahu jadi penyelesai masalah yang isteri tengah luahkan, maka terjadilah konflik.
Bukan salah sesiapa, kita hanya masih sedang berusaha memahami nature karakter masing-masing.
Pasangan yang sudah matang dan saling memahami, akan jadi semakin aman dan bahagia.
Sebagai suami, kalau kita mahu jadi PENDENGAR yang setia, dan tidak berusaha menjadi PENYELESAI MASALAH ketika isteri sedang banyak cakap, maka rumah tangga akan aman damai dan sentosa.
Sebagai suami, apabila bergaduh dengan isteri, kalau kita mengalah, kita sebenarnya menang. Kalau kita menang, kita sebenarnya kalah.
My comrades, para suami sekalian, biarlah ego kita kalah, yang penting kita memenangi hati isteri. Itu kemenangan kita yang sebenar.
Jadi, buat lelaki, anda kena sentiasa berusaha menjadi suami yang lebih baik dan ayah yang semakin baik. Inshaa Allah hubungan suami isteri akan bahagia walau sesekali dilanda ribut.