Guys, nafkah itu bukan bererti bagi apa isteri nak like barang mahal semua itu. Kalau isteri minta handbag harga 100k, nak kena bagi ker? Kalau memang monthly income you 1mil, then tak ada masalah lah sebab you mampu. Ini kalau 1k jer…kau ketuk kepala isteri itu sebab demand bukan-bukan.
Konklusinya, pada pendapat saya adalah sangat mulia isteri yang menolong meringankan beban suami dengan membelanjakan duitnya untuk keluarga tetapi bukan bermakna suami boleh sambil lewa dalam urusan pemberian nafkah.
Skop perbincangan topik ini sangat meluas. Banyak arguments dan opinions yang kita sendiri pun mcm ‘oh really’ , ‘sumpahlah’ , ‘tf aku baca ni’…jadi cadangan saya ialah kalau korang nak penjelasan yang lebih terperinci dan sahih, rujuklah pendapat para ilmuwan yang diyakini kredibilitinya.
Ni pesanan abah kat aku pula (aku seorang je perempuan ya dalam family):
“Dah jadi isteri taat cakap suami, patuh arahan suami, turutkan kehendak suami. Sebab apa? Sebab suami dah berhabis banyak duit untuk isteri dari sebelum kahwin sampai lepas kahwin.”
Exception: selagi mana tak melanggari hukum syara’.
Contoh situasi yang I maksudkan with ‘persoal’ is suami mampu dan wife nak beli handbag baru pakai duit sendiri or nak beli rumah baru or nak beli barang perhiasan baru, selagi tak mendatangkan kemudaratan, lelaki tak de hak nak persoal like “kenapa awak bla bla” , “daripada beli handbag baik bagi saya duit.”
Isteri membazir? Ni common sense. Bazir = Allah tak suka = jadi saudara syaitan = boleh jadi makruh/haram. Bukan setakat isteri jer korang kena tegur, suami pun kalau membazir isteri kena tegur. Sebab apa? Ammar makruf nahi mungkar. Itu konsepnya!
Statement saya sebagai asas. Kemungkaran ialah limitation. Bila asas exceeds limitation, sesiapa yang tahu akan kemungkaran tu, WAJIB tegur si pelaku. Bukan setakat isteri/suami sahaja. Sesiapa yg tahu!!! Simple jer sebenarnya. Korang jer complicated kan. Nyampah tau.