Sejak pemergian Siti Sarah ke rahmatullah, kisah kebaikannya masih tidak sunyi dari media sosial. ramai para isteri dan bakal isteri menyimpan cita-cita untuk menjadi wanita terbaik di sisi suami. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya di tahun baru ini, ada azam yang boleh disematkan untuk perubahan lebih baik.
Mnegejar title bidadari syurga kedengarannya mudah. Tapi kesungguhan tu yang paling penting. Kena istiqamah dan yang paling penting ikhlas. Pasang niat betul-betul kerana dari niat itulah akan Allah luruskan jalan untuk para isteri yang nak berubah.
Jadi, apa perkara utama yang perlu wanita ambil perhatian?
Mentaat perintah Allah dan Rasul
Janganlah dek kerana nak menjadi bidadari syurga, terus longgar amalan dan ketaatan terhadap Allah dan Rasul. Letakkan ini sebagai keutamaan kerana keredaan dari Allah juga yang membolehkan anda menjadi bidadari syurga idaman.
Tanya diri sendiri, cukupkah amalan kita selama ni? Cukup tak solat lima waktu kita? Sudah sempurna? Banyak lagi amalan yang perlu kita perbaiki. Jagalah hubungan dengan Allah agar kehidupan kita dipermudahkan jalannya nanti.
2. Taat pada suami
Kalau arwah Siti Sarah menyarungkan stokin buat Shuib, adakah kita juga ada melakukan perkara-perkara baik yang menyenangkan hati suami? Macam mana pula suara saat bercakap dengan suami? Maniskah wajah kita saat berhadapan dengan suami?
Ketaatan pada suami kita ukur juga dengan sejauh mana kita menerima teguran suami. Ramai isteri yang secara tak langsung suka membanding-bandingkan suami dengan lelaki lain. Contoh mudah; bandingkan suami dengan Shuib, banyak duit, boleh beri kemewahan pada isteri dan keluarga dan sebagainya. Kita lupa bahawa saat kita menerima lelaki itu menjadi suami kita, kita terima dia seadanya.
Bagaimana Siti Sarah boleh menerima Shuib ketika Shuib tidak ada apa-apa? Duit hantaran kahwin pun dipinjam dari bapa Siti Sarah! Namun, keikhlasannya menerima Shuib dalam keadaan serba kekurangan menunjukkan kekayaan itu bukan ukuran penting.
3. Menjaga aurat dan maruah
Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menegur isteri dan anak-anak bab aurat. Ya, memang sudah bertudung, tetapi baju dan seluar masih ketat. Masih menampakkan bentuk tubuh yang sepatutnya hanya dipamerkan kepada suami. Secara tak langsung, aurat tidak terjaga. Maruah suami dan maruah sendiri pun tercalar.