Pasti anda yang sudah berumah tangga menghadapi masalah ini bersama pasangan, terutama si suami yang ada ketikanya sikap panas baran mereka tidak dapat dikawal hingga menyebabkan isteri mengalami kecederaan serius.
Sifat panas baran berpunca daripada seseorang yang tidak berasa gembira dengan dirinya sendiri dan juga tidak dapat mengawal lagi nafsu marah itu hingga menyebabkan mereka yang dimarahi menahan perasaan sedih dengan sikap buruk yang ditampilkan.
Sebagai pasangan suami isteri yang baru berumah tangga misalnya, anda harus bijak mengawal dan menangani emosi dengan betul. Agar setiap perilaku dan butir bicara yang diucapkan tidak mengganggu emosi dan perasaan isteri. Akibat situasi ini juga menyebabkan peratusan perceraian semakin melonjak naik yang berlaku di kalangan perkahwinan yang masih muda.
Bagi isteri pula, jika anda saban hari terpaksa menghadapi suami yang kaki panas baran. Anda haruslah menganggapnya seperti seorang pesakit yang perlu dirawat. Sekiranya tidak mampu melakukannya seorang diri, mintalah bantuan pakar kaunseling atau sentiasa memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar diberikan hidayah buat suami berubah menjadi lelaki yang lebih tenang dalam menghadapi sebarang situasi.
Berhadapan dengan suami yang panas baran memang sesuatu yang menakutkan. Mungkin ketika bercinta, sikap itu tidak kelihatan tetapi apabila sudah berkahwin, perilaku sebenar jelas terlihat depan mata.
Ads
Faktor suami panas baran:
1. Faktor luaran
Iaitu yang membabitkan tempat kerja suami. Seperti tekanan daripada pihak atasan, persaingan dalam urusan kerja dan prestasi kerja yang kurang memberangsangkan daripada suami. Selain, stres dengan kesesakan lalu lintas ketika pergi dan balik kerja juga menyebabkan suami berasa letih lantas melepaskan perasaan tekanan itu kepada isteri tanpa berfikir baik dan buruknya.
2. Faktor dalaman
Ada benarnya juga. Isteri jangan terlalu kerap menuding jari kepada suami sahaja kerana kemungkinan ada sikap anda yang kurang disenanginya hingga menyebabkannya naik darah. Antara yang sering terjadi seperti isteri sering kali meminta sesuatu yang sukar untuk disediakan suami kerana kesempitan wang.
Ads
Seterusnya, isteri abaikan suami, bersifat cemburu buta juga turut merimaskan suami dan isteri tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna.
Cara atasi:
1. Ajak suami berbincang untuk selesaikan masalah yang membelenggu dirinya.
2. Guna gaya bicara yang halus agar emosi suami ‘cool down’ dan pulih seperti sedia kala.
Ads
3. Isteri boleh juga berbincang sambil mengurut-urut badan suami ketika si dia baru pulang dari tempat kerja ataupun semasa menonton televisyen bersama-sama. Ini juga turut membantu memulihkan sikap panas baran suami.
4. Seterusnya, elakkan bicara yang boleh menaikkan marahnya atau menyindir dan berkias-kias tentang sesuatu yang dilakukan walaupun anda rasakan ia tidak patut dilakukan.
5. Isteri haruslah memulakan daripada diri sendiri dengan cara mengubah sikap dan kelemahan diri agar suami sentiasa jatuh cinta setiap hari tanpa ada sekelumit perasaan untuk marah.
6. Sebagai isteri yang baik, ambil tahu sedikit sebanyak perkara yang disukai suami seperti makanan kegemarannya, hobi dan sebagainya. Agar suami tahu bahawa anda ambil berat dan mencintainya sepenuh jiwa. Secara tak langsung berupaya mengurangkan sikap panas baran suami itu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika selalu buah nangka masak dimakan mentah begitu saja. Rupanya mak-mak juga boleh padankan dengan pulut dan kuah santan pekat untuk kelainan.Boleh rujuk perkongsian resipi daripada Puan Zalipah Ibrahim ini pulut nangka yang dibuat untuk jualan sebagai panduan.
“Pulut nangka yang kak pah buat untuk jualan.Atas permintaan ramai dan maaf bagi yang kak pah tak reply mungkin tak perasan. Kat sini kak pah share resepi ya. Maaf andai ada yang terkurang kalau ada tak faham boleh tanya”.
Bahan-Bahan:
Buah nangka
beras pulut ( direndam 8 jam ) kurang pun takpe
santan pekat( guna santan kotak pun lagi bagus pekat )
garam & gula
Daun pandan (Pilihan )
Cara Membuat:
(Pulut)
Mula-mula toskan pulut yang direndam, kukus dalam periuk kukus letak daun pandan nak bagi wangi.
Masuk santan pekat dalam bekas campur garam agak-agak rasa dengan tekak kacau bagi hancur gula.
Dah masak pulut yang dikukus angkat gaul dengan santan tadi sampai kering santannya.
Selepas itu, masukkan semula dalam periuk, kukus sekali lagi sampai keluar wap. Angkat, tabur gula dalam pulut kaup balik pulut tadi dengan senduk bagi gula sekata. Biar sejuk sikit.
( Nangka)
Belah buang biji isi nangka, jangan belah terus separuh je
Ambil pulut kepal-kepalkam dan masukkan dalam nangka tadi.
Dah siap semua masuk nangka yang dah isi pulut ke dalam periuk dan kukus sekejap dalam 3-5 minit, untuk bagi nangka lembut sikit. Jangan lama nanti lembik tak sedap. Kalau suka nangka yang ranggup tak perlu kukus.
( Kuah Santan)
Santan pekat kisar dengan isi nangka agak-agak jangan banyak sangat dalam 5 @ 6 ulas je.
Letak atas dapur masak dengan api sederhana sampai mendidih.
Melamar atau lamaran merupakan satu persoalan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita untuk mengahwininya. Biasanya si dia tersayang akan melamar dengan cara melutut, menghulurkan cincin, atau kejutan sambil bertanya soalan “Will You Marry Me?”, atau ‘Sudikah awak menjadi isteri saya?’
Seperti ramai yang tahu ini bukanlah mengikut adat melayu kerana melayu terkenal dengan adat merisik, bertunang, sebelum menjadikannya suri di hati.
Lamaran Pizza
Cadangan lamaran pizza ini sangat unik. Wanita ini beruntung kerana menerima dua pizza berbentuk hati dengan perkataan ‘Will you marry me?’. Ini adalah cadangan yang unik yang akan dinikmati jika pasangan anda memang seorang penggemar pizza
Inspirasi Beauty and The Beast
Filem beauty and the beast menjadi pilihan untuk melamar si gadis. Ia sangat popular mengenai tentang cinta sejati. Cadangan ini di hiasi dengan balang kaca dan bunga mawar yang terpesona. Cadangan seperti ini akan menjadi sempurna bagi mana-mana peminat Disney.
Lamaran Belon Romantik
Bilik yang telah dilitupi dengan belon dan bunga juga perkataan tentera will you marry me. dengan keistimewaan yang anda akan berkahwin dengan saya belon. Jika anda mahukan cadangan romantis mengambil inspirasi daripada ini.
Cawan Kek Will You Marry Me
Cadangan seterusnya adalah untuk sesiapa yang suka kek. Anda boleh melamar melalui kek seperti ini. Bukan sahaja pasangan anda akan suka cadangan ini, tetapi mereka juga akan mendapat hadiah manis.
Lamaran Origami
Jarang di lihat lamaran seperti ini namun ia sangat unik kerana dia hanya menggunakan satu kertas sahaja untuk memikat wanita itu. Apa yang lebih istimewa di dalamnya terdapat perkataan will you marry me dan cincin. Ini adalah idea yang mudah tetapi comel!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan hanya wanita yang mahukan suami yang romantik, malah suami juga mahu isterinya bersifat romantik. Walaupun sudah berkahwin, masih ada pasangan yang malu untuk menunjukkan kemesraan biarpun hanya di rumah. Susahlah macam ni kan?
Dalam perkahwinan, bukan setakat keperluan nafkah zahir dan batin sahaja yang penting. Keperluan dalam kemesraan suami isteri juga dititikberatkan. Selalu sangat kita lihat di sosial media pasangan suami isteri yang secara terbuka menunjukkan rasa kasih dan sayang pada isteri. Tidak keterlaluan, cukup sekadar kita nampak kemesraan di antara mereka.
Nak jadi romantik ni ada banyak cara. Tapi kalau anda mengelak untuk buat perkara ini, memang tidak menjadi!
SENTUHAN FIZIKAL
Rajin-rajinlah belai pasangan. Tidak semestinya di bilik tidur. Sambil menonton televisyen tu, cuba anda usap kepala pasangan, belai rambut mereka, usap tangan mereka atau berikan ciuman mesra untuk menunjukkan kasih sayang.
SENYUMAN
Bergurau dengan pasangan boleh membawa kepada suasana yang sangat menggembirakan dan positif. Sampaikanlah senyuman anda kepada pasangan di saat mereka tidak menyangka anda akan tersenyum.
PUJIAN
Jangan lokek dengan pujian. Bukan kata wanita, lelaki juga suka apabila dipuji. Banyak benda yang boleh dijadikan pujian misalnya suami nampak kacak, isteri berbau harum, masakan yang enak, rambut yang disisir rapi dan banyak lagi!
JOIN MINAT PASANGAN
Bab ini ramai yang tak buat. Sebelum berkahwin mungkin kita ada alasan untuk melakukan aktiviti secara bersendirian tetapi bila dah berkahwin, cubalah untuk buat aktiviti yang disukai pasangan. Jika suami suka bermain golf, anda juga boleh berjinak-jinak bermain golf.
KATA-KATA CINTA
Sering ucapkan sayang pada pasangan. Jangan biarkan mereka menanti kata hikmat itu sehingga oleh buat mereka merajuk pula!
Senang kan nak jadi romantik? Bila kita dah mula buat salah satu langkah ni, langkah-langkah lain akan senang dilakukan. Belum cuba, belum tahu!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!