Apa hukumnya jika saya berpelukan dan bercumbuan dengan isteri yang sedang haid? Kami masing2 memakai seluar dan ada sedikit aksi di antara kami. Apa hukumnya ya tuan?

Isteri Dalam Haid, Suami Masih Nak Bermesra, Apa Hukumnya?

Jawapan:

Dalil al-Quran dan Hadith

Firman Allah Taala:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

(Surah al-Baqarah, 2:222)

Ads

Daripada Aisyah RA bahawa:

وَكَانَ يَأْمُرُنِي، فَأَتَّزِرُ، فَيُبَاشِرُنِي وَأَنَا حَائِضٌ

Maksudnya: “Baginda SAW meminta aku untuk memakai kain bawah lalu baginda bermesraan denganku sedangkan aku sedang haid.”

Riwayat al-Bukhari (300)

Ads

Isteri Dalam Haid, Suami Masih Nak Bermesra, Apa Hukumnya?

Pendapat Ulama Tentang Mubasyarah dan Istimta` Ketika Isteri Haid

Para ulama Syafieyyah bersepakat tentang pengharaman persetubuhan ketika haid dan mubasyarah (bermesraan) dengan syahwah tanpa memakai lapik penghalang, seperti seluar, kain dan lain-lain. Mereka jua sepakat bahawa memandang bahagian tubuh isteri atau suami antara pusat dan lutut adalah harus jika dilakukan tanpa syahwat.

Namun mereka berbeza pendapat dalam perkara berikut:

Ads
  • Imam al-Ramli mengharuskan isteri yang bermesraan tanpa lapik dengan tubuh badan suaminya antara pusat dan lutut manakala Imam Ibn Hajar al-Haitami menganggapnya haram.
  • Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari dan Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj menganggap yang diharamkan adalah bermesraan tanpa lapik sahaja. Oleh itu, melihat pada bahagian antara pusat dan lutut adalah harus bagi isteriatau suami manakala menyentuh tanpa syahwat sekalipun adalah haram.
  • Imam Nawawi dalam Raudhah al-Talibin, Syeikh Ibn Ruslan dalam Matn Zubad, pendapat lain bagi Ibn Hajar al-Hatami dalam kitabnya selain Tuhfah al-Muhtaj, Imam al-Ramli dan Imam al-Khatib al-Syirbini berpendapat yang haram adalah Istimta`, yakni berseronok-seronok. Justeru, haram memandang dengan syahwat tetapi tidak haram menyentuh tampa syahwat.
  • Imam al-Nawawi memilih pendapat Imam Ahmad, seperti mana yang disebutkan dalam al-Majmu’, kerana baginya dalil lebih kuat, bahawa yang diharamkan bagi suami dan isteri hanyalah bersetubuhan, maka selainnya adalah tidak haram. Ini juga adalah pandangan Imam al-Auzaie, Imam Mujahid, Imam Ishaq bin Rahawaih, Imam Abu Thur, Imam Muhammad bin al-Hasan, Imam al-Sya`bi, Imam Abu Ishaq al-Marwazi, Imam al-Nakhaie, Imam Ibn al-Munzir, Imam Daud al-Zahiri, Imam Asbagh al-Maliki, Imam al-Mawardi dan Imam al-Ruyani. Sekali pun begitu, al-Nawawi mensyaratkan bahawa bermesraan dengan syahwat pada selain daripada faraj, yakni persetubuhan, hanyalah bagi orang yang bertaqwa yang mampu menahan diri daripada jimak. Jika orang itu lemah dan kuat nafsunya, maka haram bermesraan tanpa lapik.

Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah (1/175-176) oleh Syeikh Hasan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaf Hafizahullah.

 

Kesimpulan

Setelah meneliti perbincangan di atas, kami menyatakan bahawa hukum perbuatan saudara yang bertanya dan isteri itu adalah harus menurut kesepakatan ulama kerana perbuatan bermesraan itu dilakukan dengan lapik yakni seluar sekalipun dengan syahwat.

Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk menjaga ketaqwaan.

 

SUMBER : http://muftiwp.gov.my

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI