Apa hukumnya jika saya berpelukan dan bercumbuan dengan isteri yang sedang haid? Kami masing2 memakai seluar dan ada sedikit aksi di antara kami. Apa hukumnya ya tuan?
Jawapan:
Dalil al-Quran dan Hadith
Firman Allah Taala:
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
(Surah al-Baqarah, 2:222)
Daripada Aisyah RA bahawa:
وَكَانَ يَأْمُرُنِي، فَأَتَّزِرُ، فَيُبَاشِرُنِي وَأَنَا حَائِضٌ
Maksudnya: “Baginda SAW meminta aku untuk memakai kain bawah lalu baginda bermesraan denganku sedangkan aku sedang haid.”
Riwayat al-Bukhari (300)
Pendapat Ulama Tentang Mubasyarah dan Istimta` Ketika Isteri Haid
Para ulama Syafieyyah bersepakat tentang pengharaman persetubuhan ketika haid dan mubasyarah (bermesraan) dengan syahwah tanpa memakai lapik penghalang, seperti seluar, kain dan lain-lain. Mereka jua sepakat bahawa memandang bahagian tubuh isteri atau suami antara pusat dan lutut adalah harus jika dilakukan tanpa syahwat.
Namun mereka berbeza pendapat dalam perkara berikut:
Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah (1/175-176) oleh Syeikh Hasan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaf Hafizahullah.
Kesimpulan
Setelah meneliti perbincangan di atas, kami menyatakan bahawa hukum perbuatan saudara yang bertanya dan isteri itu adalah harus menurut kesepakatan ulama kerana perbuatan bermesraan itu dilakukan dengan lapik yakni seluar sekalipun dengan syahwat.
Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk menjaga ketaqwaan.
SUMBER : http://muftiwp.gov.my