Jadi isu panas bila seorang wanita biasakan tanggung kewajipan nafkah yang sepatutnya dilakukan oleh ketua keluarga, pasti akan makan hati dan akhirnya mengungkit.
Ini lah yang berlaku dalam sesetengah hubungan suami isteri hari ini, disebabkan isteri terlalu baik dan sanggup berkongsi cukupkan kewangan rumah tangga, lama-lama ada yang rasa selesa dan lupa soal tanggung jawab.
Nak tahu lebih jauh soal nafkah, jemput baca perkongsian daripada Peguam Syarie & Konsultant Perundangan Islam, Fahmi Ramli ini.
Jangan Biasakan Tanggung Kewajipan Nafkah
Ini pesanan daripada seorang bekas klien kepada semua follower yang berkahwin. Dia berpesan kepada wanita khususnya agar belajar dari kesilapan perkahwinannya yang lepas.
Kalau sudah tahu bakal suami ni daripada awal nak kahwin pun dah plan, lepas kahwin duduk rumah mak dia atau rumah mak isteri, maksudnya dia tak mampu untuk hidup berdikari sebagai seorang suami.
Ads
Sebab lelaki ramai yang ambil mudah bab nafkah tempat tinggal ni. Kalau boleh sebelum nikah, bakal suami perlu ada rumah terlebih dahulu. Sama ada rumah sewa, mahupun beli. Yang penting tak berkongsi dengan siapa-siapa.
Jangan biasakan untuk tanggung kewajipan nafkah diri sehingga menjadi kebiasaan sedangkan itu adalah tanggung jawab suami. Contohnya, dari awal kahwin, isteri tanggung makan minum sendiri di tempat kerja, bayar bil-bil utiliti rumah dan lain-lain.
Kalau niat sekadar nak membantu suami itu bagus. Tapi biar benda itu betul-betul ikhlas dari hati. Tapi, kalau nak bantu sementara suami stabil, pastikan suami sedar hanya bantu seketika sahaja.
Kena Ambil Peduli Harta Sepencarian
Ads
Kalau beli harta seperti rumah misalnya, sebaiknya harta itu diletakkan nama isteri bersama untuk ‘secure’ harta sepencarian. Walaupun mungkin suami yang bayar sepenuhnya, tapi sebaiknya pastikan ada nama isteri juga dalam kontrak pembelian atau geran pemilikan.
Sebabnya, banyak suami yang beli rumah letak satu nama sahaja, suami jual rumah tersebut dan isteri tidak menerima langsung bahagian yang layak bagi dirinya sebagai isteri. Nak buat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah tak boleh sebab belum cerai, atau suami tak poligami atau tak mati.
Jangan buat Personal Loan hanya untuk bagi suami pinjam kononnya untuk mulakan bisnes, untuk bayar hutang peribadi dan lain-lain. Kalau ada yang sanggup nak buat pun, pastikan ada buat perjanjian bertulis rasmi tentang hutang tersebut.
Ads
Risikonya, jika suami ceraikan, isteri juga yang kena tanggung hutang tersebut sehingga selesai. Kalau ada perjanjian bertulis, sekurang-kurangnya anda bolehlah membuat tuntutan Hutang Dalam Perkahwinan di Mahkamah Syariah.
Tahu Suami Pemalas
Sebelum kahwin pun dah tahu bakal suami ni jenis pemalas kerja, semuanya mengharapkan ibu dan ayahnya, fikirlah balik. Dia sebenarnya tak layak dan bersedia pun untuk berumah tangga. Sebab lepas kahwin, mesti akan ada banyak ujian kewangan apatah lagi jika dikurniakan anak. Kos untuk tanggungan seorang anak pun sekarang sudah tinggi. Jenuh kalau isteri pulak yang nak kena tanggung perbelanjaan tersebut.
Kesimpulan, sebab itu dalam Islam, sebelum berkahwin digalakkan untuk siasat dan kenal terlebih dahulu bakal pasangan. Adakah bakal pasangan ini sekufu atau tak.
Sebabnya, kahwin ini soal yang serius. Kalau ada yang lihat bakal suami ini tak matang lagi untuk menjadi Ketua Keluarga, masih belum terlambat untuk membuat pertimbangan sewajarnya.
Semoga nasihat ini dapat diambil pengajaran atas kisah yang benar. Inilah yang berlaku kepada wanita tersebut apabila membuat keputusan berkahwin dengan lelaki yang baru dikenali tanpa sebarang siasatan dan pemerhatian yang lebih mendalam.
Kredit gambar: Sufyan Bakir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lama kita tidak dengar tentang nikah gantung. Mungkin ada yang faham dan ada yang kurang pasti berkenaan nikah gantung.Berdosakah nikah gantung? dan apa hukum nikah gantung? Hukum Nikah gantung atau nikah khitbah adalah pernikahan yang sah. Pasangan yang belum bersedia untuk hidup bersama sesuai untuk nikah begini supaya tidak didorong oleh syaitan untuk melakukan zina. Pasangan yang telibat cuma perlu mengawal nafsu, tidak boleh lagi digoda oleh syaitan untuk melakukan zina (sebab dah sah nikah).
Perbahasan Hukum
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama’ ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima’/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b] Pandangan jumhur ulama’ iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta’ (mengambil keseronokan) , jima’/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara’ kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
Apakah hukum perkahwinan?
Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.
Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
Suami
Isteri
Wali
Saksi
Aqad (Ijab Qabul)
Sumber : iluvislam.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Paprika ni berasaskan serbuk cili benggala kering dan sangat popular untuk kawan-kawan kita yang tengah berdiet. Tabur aje atas kepingan dada ayam, atas fillet ikan atau atas mana-mana protein kegemaran anda semua, mesti sedap.
1. Menurun Tekanan Darah
Kualiti ini boleh dikaitkan dengan kehadiran capsaicin dalam paprika, walaupun ia lebih rendah dibandingkan dengan lada lain. Capsaicin membantu menurunkan tekanan darah dengan melegakan saluran darah.
2.Anti-radang
Paprika mempunyai ciri-ciri anti-keradangan yang hebat dan sangat bermanfaat untuk orang-orang yang mengidap penyakit autoimun dan keradangan. Ia berguna untuk melegakan bengkak yang disebabkan oleh arthritis serta sakit dan sakit lain di dalam badan.
3.Membekalkan tenaga
Paprika merupakan sumber penting vitamin B6, yang merupakan koenzim. Dalam erti kata lain, adalah penting untuk membolehkan 100 enzim lain untuk melaksanakan fungsi mereka dengan sempurna.
Mereka memulakan reaksi biokimia dalam badan yang mencipta tenaga, memberikan glukosa semasa menghasilkan neurotransmitter dan hemoglobin. Rempah ini juga mengandungi besi, yang membawa oksigen ke seluruh tubuh dan merupakan komponen dari banyak protein.
4.Membantu pencernaan
Paprika membantu dalam pencernaan dengan menormalkan asid di dalam perut. Ia adalah perangsang yang hebat, yang memudahkan penghadaman dengan meningkatkan air liur dan asid perut.
Ia boleh digunakan untuk merawat senak. Walau bagaimanapun, dos tinggi paprika boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain, jadi dinasihatkan untuk berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan paprika untuk tujuan ini.
5.Mengelakkan Anemia
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, paprika mengandungi besi, yang terlibat dalam pembentukan sel darah merah.
Selain itu, banyak vitamin C dalam rempah ini membolehkan tubuh menyerap zat besi. Dengan cara ini, kemasukan paprika dalam diet anda dapat membantu mencegah anemia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Veil adalah pelengkap kepada persalinan perkahwinan atau pertunangan anda. Bakal pengantin perempuan yang masih belum jumpa dan tidak terfikir jenis veil yang anda mahu, mulakan pencarian inspirasi anda di sini!
Hiasan beading yang separa berat di atas veil anda boleh menjadikan stail anda kelihatan elegan. Susunan beading dengan corak yang berseni menjadikan veil anda kelihatan lebih eklusif.
Kadang kala anda tidak perlukan beading untuk tampak manis. Cukuplah dengan sulaman kerawang yang berpadanan dengan baju anda. Veil pendek juga sesuai untuk yang berbadan petite dan yang mahu kelihatan ringkas
Jika anda tidak selesa kerana beading yang berat atau kerawang bukanlah citarasa anda, dan anda mahukan sesuatu yang lebih ringkas, gunakan veil dengan potongan sisi yang menarik. Di bahagian tepi potongan ini, hiasakan secara minimal seperti yang anda suka
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!