Hubungan

Isteri, Jangan Biasakan Tanggung Kewajipan Nafkah. Risau Tak Ikhlas!

Share

Jadi isu panas bila seorang wanita biasakan tanggung kewajipan nafkah yang sepatutnya dilakukan oleh ketua keluarga, pasti akan makan hati dan akhirnya mengungkit.

Ini lah yang berlaku dalam sesetengah hubungan suami isteri hari ini, disebabkan isteri terlalu baik dan sanggup berkongsi cukupkan kewangan rumah tangga, lama-lama ada yang rasa selesa dan lupa soal tanggung jawab.

Nak tahu lebih jauh soal nafkah, jemput baca perkongsian daripada Peguam Syarie & Konsultant Perundangan Islam, Fahmi Ramli ini.

Jangan Biasakan Tanggung Kewajipan Nafkah

Ini pesanan daripada seorang bekas klien kepada semua follower yang berkahwin. Dia berpesan kepada wanita khususnya agar belajar dari kesilapan perkahwinannya yang lepas.

Kalau sudah tahu bakal suami ni daripada awal nak kahwin pun dah plan, lepas kahwin duduk rumah mak dia atau rumah mak isteri, maksudnya dia tak mampu untuk hidup berdikari sebagai seorang suami.

Sebab lelaki ramai yang ambil mudah bab nafkah tempat tinggal ni. Kalau boleh sebelum nikah, bakal suami perlu ada rumah terlebih dahulu. Sama ada rumah sewa, mahupun beli. Yang penting tak berkongsi dengan siapa-siapa.

Jangan biasakan untuk tanggung kewajipan nafkah diri sehingga menjadi kebiasaan sedangkan itu adalah tanggung jawab suami. Contohnya, dari awal kahwin, isteri tanggung makan minum sendiri di tempat kerja, bayar bil-bil utiliti rumah dan lain-lain.

Kalau niat sekadar nak membantu suami itu bagus. Tapi biar benda itu betul-betul ikhlas dari hati. Tapi, kalau nak bantu sementara suami stabil, pastikan suami sedar hanya bantu seketika sahaja.

Kena Ambil Peduli Harta Sepencarian

Kalau beli harta seperti rumah misalnya, sebaiknya harta itu diletakkan nama isteri bersama untuk ‘secure’ harta sepencarian. Walaupun mungkin suami yang bayar sepenuhnya, tapi sebaiknya pastikan ada nama isteri juga dalam kontrak pembelian atau geran pemilikan.

Sebabnya, banyak suami yang beli rumah letak satu nama sahaja, suami jual rumah tersebut dan isteri tidak menerima langsung bahagian yang layak bagi dirinya sebagai isteri. Nak buat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah tak boleh sebab belum cerai, atau suami tak poligami atau tak mati.

Jangan buat Personal Loan hanya untuk bagi suami pinjam kononnya untuk mulakan bisnes, untuk bayar hutang peribadi dan lain-lain. Kalau ada yang sanggup nak buat pun, pastikan ada buat perjanjian bertulis rasmi tentang hutang tersebut.

Risikonya, jika suami ceraikan, isteri juga yang kena tanggung hutang tersebut sehingga selesai. Kalau ada perjanjian bertulis, sekurang-kurangnya anda bolehlah membuat tuntutan Hutang Dalam Perkahwinan di Mahkamah Syariah.

Tahu Suami Pemalas

Sebelum kahwin pun dah tahu bakal suami ni jenis pemalas kerja, semuanya mengharapkan ibu dan ayahnya, fikirlah balik. Dia sebenarnya tak layak dan bersedia pun untuk berumah tangga. Sebab lepas kahwin, mesti akan ada banyak ujian kewangan apatah lagi jika dikurniakan anak. Kos untuk tanggungan seorang anak pun sekarang sudah tinggi. Jenuh kalau isteri pulak yang nak kena tanggung perbelanjaan tersebut.

Kesimpulan, sebab itu dalam Islam, sebelum berkahwin digalakkan untuk siasat dan kenal terlebih dahulu bakal pasangan. Adakah bakal pasangan ini sekufu atau tak.
Sebabnya, kahwin ini soal yang serius. Kalau ada yang lihat bakal suami ini tak matang lagi untuk menjadi Ketua Keluarga, masih belum terlambat untuk membuat pertimbangan sewajarnya.

Semoga nasihat ini dapat diambil pengajaran atas kisah yang benar. Inilah yang berlaku kepada wanita tersebut apabila membuat keputusan berkahwin dengan lelaki yang baru dikenali tanpa sebarang siasatan dan pemerhatian yang lebih mendalam.

Kredit gambar: Sufyan Bakir

Published by
Nadia