Isteri cemburu dengan ibu mertua atau ibu mertua cemburu dengan menantu bukanlah satu perkara yang pelik ketika ini. Situasi ini memang berlaku. Biarpun ramai yang tahu syurga lelaki tetap berada di bawah telapak kaki ibu walaupun telah berkahwin, namun ramai isteri yang seakan-akan tidak boleh menerima apabila suami melebihkan ibu atau ibu bapanya.Lebih parah, apabila si suami menjadi anak derhaka dek kerana mengikut telunjuk isteri.
.
Apabila dia derhaka, automatik dia telah dayus kerana dia gagal mendidik isterinya sehingga dikongkong atau sebagainya. Situasi ini berlaku sebab jahil dan sayang tidak bertempat,” ujar beliau.
Menurut Dr. Fazilah Kamsah lagi, masalah anak derhaka kepada ibu bapa ini selalunya berlaku kerana masing-masing sama ada anak mahupun ibu bapa ada ‘sakit’ rohani.
.
Lagi satu sebabnya ialah, kalau seseorang itu jahil. Kalau dia faham tanggungjawab, Insya-Allah masalah derhaka tidak akan berlaku. Jadi, kena cari ilmu, berbincang, tanya orang yang lebih tua dan dapatkan nasihat untuk elakkan masalah anak derhaka ini.
Lagi satu saya hendak pesan, apabila berlaku situasi di mana ibu merasakan anak lelakinya melebihkan isteri, yang kena mengalah sebenarnya adalah ibu. Sebab ibu punya emosi, perasaan, dan doanya boleh mempengaruhi kehidupan anak-anak di dunia dan akhirat. Jadi ibu-ibu yang terasa hati dengan anak-anak mereka tolonglah maafkan mereka. Takut mak tak panjang umur. Kalau mereka kecil hati nanti, anak tak selamat, menantu pun tak selamat,” ujarnya lagi.
.
Jadi bagaimana isteri boleh bantu suaminya masuk syurga?
“Hadiah yang terbaik untuk lelaki ialah mendapat seorang isteri yang solehah. Begitu juga dengan wanita, hadiah yang terbaik untuknya adalah mendapat suami yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapanya. Jadi isteri-isteri kena faham, dapat suami yang soleh, yang berbuat baik kepada ibu bapanya ini adalah satu anugerah yang sangat-sangat besar. Jadi janganlah cemburu dengan mertua”.
KREDIT : today.salamweb