Topik tentang menantu perempuan dan ibu mentua seolah-olah tiada kesudahannya. Umpama tiada noktah, isu ini terus menerus menjadi ‘masalah’ dalam rumah tangga. Yang tersepit di tengah-tengah tentulah si anak lelaki yang suami.
Melalui satu perkongsian di Facebook, Ustazah Asmak Husin menjawab persoalan tentang apabila seorang isteri mengadu apabila suaminya sering kali melebihkan ibunya.
“Ustazah, macam mana saya nak buat ya, suami saya selalu lebihkan mak dia sampai perasaan isteri dia terabai? Asyik-asyik nak menangkan mak dia ja dari saya”
Banyak sangat saya dapat DM soalan macam ni. Isu suami lebihkan mak sendiri sehingga isteri di sisi terasa hati.
Gini, pertama sekali kita kena faham “syurga suami ada pada maknya dan syurga bagi seorang isteri ada pada suaminya”. Bila kita faham konsep macam ni, kita akan mudah nak bertolak ansur.
Ads
Tapi jangan pula terlalu ambil mudah. Setiap orang ada peranan masing-masing. Contohnya si suami, dia kena hormati mak dia dan dalam masa yang sama kena juga jaga perasaan si isteri.
Kadang mak mertua ada sikap cemburu dengan menantu sendiri disebabkan baginya menantu seolah-olah nak ambil anak dia, padahal si menantu tak punya niat yang macam tu pun.
Si isteri yang bertanya saya tadi siap cerita yang mak mertua dia selalu tuduh dia macam-macam padahal dia tak buat pun macam tu. Si isteri cuba berbincang dengan si suami, alih-alih dia juga kena marah dan dipersalahkan.
Ads
Wahai lelaki, cuba bezakan mana perkara yang benar dan batil. Kalau kita tahu benda tu tak betul, kita lah betulkan semula dan memperjelaskan perkara yang benar. Jangan disebabkan kita kata “Syurga aku di bawah telapak kaki ibuku” kita betulkan perkara salah yang mak kita buat. Tak betul konsep macam tu.
Nasihat saya kepada si isteri yang bertanya tadi,
1) Sabar dan terus berbuat baik. Setiap orang ada ujian masing-masing. Awak diuji dengan karenah mak mertua. Orang lain diuji dengan masalah kewangan, anak dll
Ads
2) Cuba berbincang dengan suami elok-elok, bagi tahu apa yang sebetulnya perkara perlu dibaiki
3) Buat benda yang awak boleh kontrol ja, yang diluar kawalan awak, biarkan ja.
Mana-mana yang mengalami masalah yang sebegini moga terus sabar dan berdoa supaya suatu hari nanti hati ibu mertua dilembutkan dan dapat terima awak sepenuhnya. In shaa Allah.
Pasangan mana yang tidak mengimpikan mempunyai zuriat sendiri. Namun, ada juga pasangan yang perlu menjalani rawatan sebagai ikhtiar untuk hamil. Yang kuat mental, bolehlah menerima kegagalan prosedur rawatan dengan hati terbuka. Yang sukar menerima kenyataan? Mungkin boleh mengambil kekuatan dari perkongsian wanita ini.
Bagi Zati Zafirah Roshdi dan suami, Johar Shukri Dato Ahmad, mereka menerima ketentuan Allah dengan hati terbuka walaupun pada awalnya terasa perit untuk diterima. Lapan tahun usia perkahwinan membuatkan pasangan ini tegar untuk mencari ikhtiar mendapatkan zuriat.
Baru-baru ini juga mereka melalui kegagalan IVF buat kali ketiga. Dua embrio (kembar) yang dipindahkan hanya mampu bertahan selama empat minggu sahaja di dalam rahim.
“Kami mengambil keputusan untuk melakukan rawatan IVF sejak tahun 2019. Ketika itu kami ingin tahu status kesihatan dan kesihatan selepas empat tahun berusaha untuk hamil secara alami. Kami sama-sama inginkan zuriat lalu bersepakat untuk cuba rawatan kehamilan yang ada. Walaupun suami sendiri yang bersuara nakkan anak, tapi saya tak kecil hati malah bersyukur dengan keinginannya.”
Rawatan IVF Pertama
Kali pertama melakukan rawatan IVF, mereka akui agak takut. Harapan yang tinggi diletakkan pada kejayaan prosedur. Mereka sendiri berbincang dengan pakar selepas lima tahun berusaha untuk hamil.
“Pengalaman melakukan IVF banyak mematangkan kami dari segi berkomunikasi dan dalam perhubungan. Kami tidak pernah merancang untuk dapat anak lewat. Mungkin belum rezeki.
Sebelum kami mula buat IVF, saya cuba juga prosedur IUI pada tahun 2018 dan di awal empat tahun perkahwinan saya kerap juga berurut. Malah, saya pernah mencuba produk ikhtiar hamil yang terkenal. Tidak cukup denga n itu, kami ‘hilang’ duit deposit sebanyak RM1,000 apabila pusat rawatan yang kami pergi tu disita pihak berkuasa.”luah Zati.
Kos Rawatan IVF
Zati juga berkongsi tentang kos rawatan IVF yang perlu ditanggung. Ribuan ringgit juga pasangan ini berhabis duit dan mereka membuat prosedur ICSI di Advance Reproductive Center, Hospital Canselor Tuanku Mukriz UKM di bawah Prof Dr Abdul Kadir Abdul Karim.
Berikut penjelasan Zati…
Cycle Pertama:
Deposit RM800.
Oocyte Retrieval RM4,100.
Tese RM1,300 (kalau suami tidak boleh menghasilkanfresh sample pada hari pemindahan embrio)
Pemindahan EmbrioRM1,450.
Pembekuan EmbrioRM1,750.
Lain-lain:
Pemberian sperma RM150.
Transvagina scan RM50.
Pengambilan darahRM13
Total RM8,313 (tidak termasuk ubat)
Angaran untuk ubatan hormon RM1,000 hingga RM2,000 bergantung pada jenis ubat yang disarankan oleh Pakar.
Suplemen tambahan untuk tingkatkan jumlah sperma RM1,250 (suplemen adalah untuk tiga bulan).
Suplemen tambahan untuk meningkatkan kualiti ovum dan ketebalan dinding rahim RM1,140 (suplemen adalah untuk tiga bulan).
Menurut Zati lagi, selepas cycle IVF yang pertama masih mempunyai baki embrio, embrio-embrio tersebut akan dibekukan dan disimpan dengan cara cyro-storage. Untuk dua tahun pertama, tidak dikenakan bayaran kerana telah termasuk dengan bayaran prosedur IVF manakala untuk tahun ketiga dan seterusnya, bayaran untuk pembekuan embrio adalah RM500 untuk dua tahun.
Untuk prosedur frozen transfer (menggunakan baki embrio dari cycle pertama IVF)
Scan RM50 (Hujung mingu RM176)
Prosedur Frozen Transfer RM2,500
Pengambilan darahRM13
Ubat-ubatan RM200 hingga RM1,000 bergantung pada ubatan yang disarankan oleh Pakar.
“Kos IVF memang tinggi. Sebagai pengguna atau pesakit, kita perlu bijak memilih institusi perubatan mengikut kemampuan kita. Jika bercadang untuk melakukan rawatan IVF, buat perbandingan harga dahulu dengan mana-mana pusat rawatan yang dirasakan bersesuaian.
Di Malaysia terdapat banyak hospital kerajaan atau hospital pengajar yang menawarkan perkhidmatan fertiliti dengan harga berpatutan dan setaraf dengan pusat fertiliti swasta. Kami menyimpan duit dan meletakkan keutamaan untuk IVF. Andai ada keinginan untuk sesuatu pun, kami hold dulu. Kami faham tak semestinya setiap cycle IVF itu akan berjaya.”
Bila ada yang tanya soal nak dapat anak, saya senyum, tarik nafas dan beritahu mereka Allah Maha Mengetahui. Kami sebagai umatnya telah berusaha, tawakal, doa dan reda. Rezeki dan nikmat Allah itu luas tidak tertumpu pada anak sahaja. Anak itu pinjaman dari Allah dan anak itu juga amanah. Maka Allah lebih mengetahui mengapa usaha dan doa kami belum dimakbulkan.
TIP UNTUK BUAT PROSEDUR IVF
Mental & fizikal kedua-dua pasangan perlu fully prepared (betul-betul bersedia untuk each other) dalam menempuh ups & down dalam procedure IVF.
Pastikan kedudukan kewangan kedua-dua pasangan stabil dan ada simpanan untuk hal kecemasan atau untuk kos rawatan sampingan, ubat-ubatan suplementary yang dapat membantu kejayaan proses IVF.
Sentiasa berdoa pada Allah, berselawat Ke atas Nabi dan bersedekah. Kita berusaha sebaik mungkin, ikhtiar semampu yang boleh, bergantung sepenuhnya dan bersangka baik pada Allah SWT
Sokongan dan doa dari keluarga terutama ibu bapa dan mertua amatlah diperlukan agar pasangan kekal positif.
Sokongan di tempat kerja oleh majikan dan rakan-rakan. Berterus-terang dan berbincang dengan majikan jika kita bercadang melakukan prosedur IVF. Agar mereka dapat membantu dari segi pengagihan kerja selepas prosedur IVF di lakukan.
Kurangkan atau berhenti makan makanan fast food dan minuman manis.
Makan makanan yang sihat mengikut kadar kemampuan dan kewangan kita dan pasangan. Tak semua orang mampu untuk makan ikan salmon,ikan cod,avocado, blueberries atau minum jus delima yang diperah hari-hari.
Banyakkan makan ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Amalkan suku suku separuh.
Bersenam walaupun sekadar brisk walk.
Belajar untuk tangani stres, always have me time walaupun dengan sekadar membaca buku.
Just enjoy the ride. When the right times comes, InsyaAllah akan ada ganjarannya.
Untuk para suami yang merokok, atau Vape, dinasihatkan untuk kurangkan merokok. Paling bagus, ambil peluang untuk berhenti merokok. Kerana merokok antara punca sperma tidak sihat.
Begitu bermnafaat sekali perkongsian ini. Mungkin pasangan yang berhasrat untuk melakukan rawatan ini boleh mula membuat perubahan dalam gaya hidup serta membuat tabungan ‘paksa’. Di mana usaha, pasti ada kejayaannya. Lambat atau cepat, itu rahsia Allah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akhirnya berakhir tanda tanya, penyanyi Nabila Razali, 31 selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi tadi.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Dalam majlis yang bertemakan English Garden ini, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya.
Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, dan juga selebriti. Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.
Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.
Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden party formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekitar jam 3.40 petang tadi, penyanyi dan composer popular Haqiem Rusli sah bergelar suami kepada Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, selepas dua kali lafaz. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Cyberjaya menjadi lokasi penyatuan dua hati ini dan dinikahkan Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Zamzuri Rusli dengan disaksikan bapa pengantin perempuan, Wan Zamzuri Wan Muhammad.
Desas desus mengenai perkahwinan Haqiem Rusli lama juga tersebar di kalangan peminat selepas Bintang Paling Popular ABPBH33, Ridzuan Haqiem bin Rusli atau Haqiem Rusli, 24 mula membuat pengumuman secara terbuka mengenai hasratnya untuk menamatkan zaman bujang. Malah sebaik menerima trofi Penyanyi Lelaki Popular pada malam ABPBH 34 lalu, Haqiem telahpun mnegumumkan tarikh perkahwinannya.
Sungguhpun Haqiem kelihtan gugup ketika melafazkan akad kali pertama namun setelah diredakan jurunikah akhirnya dia sah bergelar suami. Segak mengenakan busana baju Melayu rona kelabu rekaan Razman Razmi, Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM100,000.
Kilauan cincin perkahwinan bertatahkan berlian Hearts of Fire iaitu berlian terbaik dunia diserahkan Haqiem kepada isteri tercinta. Di majlis ini juga, Haqiem turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas lima kepada pengantin perempuan.
Majlis yang diadakan secara tertutup ini hanya dihadiri keluarga terdekat. Sempat memuat naik ungkapan maaf di IG Story semalam, ini kata Haqiem.
“Saya nak minta maaf jika ada rakan-rakan yang tak dapat saya jemput untuk majlis esok. Atas sebab jemputan kami sangat terhad dan SOP yang sangat ketat. That’s why kami tak dapat jemput semua dan kami lebihkan keluarga dan saudara-mara. Terima kasih. Doakan yang baik-baik sahaja.”
Difahamkan, modal untuk majlis perkahwinan ini menelan belanja sebanyak RM7 juta termasuklah tajaan berlian bernilai RM5 juta.
Pasangan ini telahpun menjalinkan percintaan sejak dua tahun lalu dan perkenalan mereka bermula daripada urusan perniagaan. Siapa sangka dari rakan kongsi restoran kini menjadi teman hidup pula. Semoga kedua pasangan mempelai ini terus berbahagia ke akhir hayat dan tahniah sekali lagi!
Kredit foto: Aqo Imran dan Haqiem Rusli
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!