Bukan senang nak jadi isteri yang terbaik dan bukan susah nak menjadi yang baik dimata suami dan Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka.” (al-Nisa’: 34)
Dalam ayat ini Allah SWT menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, diantaranya adalah taat kepada Allah SWT dan kepada suaminya dalam hal yang ma’ruf (hal baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa lelaki-lelaki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.
2. Seorang Isteri yang menyedari bahawa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.
3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (derhaka kepada ALLAH).
4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.
5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).
6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain. Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)
7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.
8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.
9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.
10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.
11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.