
Bahaya kalau suami pendam hati dalam diam. Boleh merosakkan rumah tangga anda dan dia. Ada sesetengah lelaki yang suka mendiamkan diri jika mengalami masalah. Mereka lebih suka bersendiri dan berseorangan.
Namun, sebagai seorang isteri anda perlu lah berkomunikasi dengan suami dengan kata-kata yang baik agar tidak menyakitkan hatinya. Syurga isteri berada dibawah telapak kaki suami, jadi isteri haruslah menjaga pertuturan. Guna tips ini supaya suami anda tak cepat melenting.
1. Jaga nada suara
Jika diawal perkenalan dulu boleh bercakap secara elok dan sopan, mengapa sekarang tidak? Jadikan komunikasi diawal perkenalan anda itu kekal sehingga ke hari ini. Guna nada yang sesuai.
2. Tidak melemparkan kata-kata kesat
Kalau ye pun marah kata-kata kesat tu memang sama sekali tidak elok! sebab itu ada pepatah kata-kata itu lebih tajam daripada pisau.
3. Elakkan menyindir suami
Bila suami hilang sesuatu seperti hilang pekerjaan, jangan lah pula menyindir nya. Kalau boleh jangan mengungkit kisah silam tentang apa yang telah berlaku. Dengar luahan hati mereka dan cuba selesaikan bersama.
4. Tidak mengungkit keburukkan dan kelemahan suami
Perkara yang paling penting dalam menjaga hubungan rumah tangga adalah tidak mengungkit kisah silam. Keburukkan suami juga diungkit. Kan tidak bagus tu untuk suami isteri. Berikan kata-kata semangat kepadanya dan percaya pada dirinya sebagai seorang suami. Pasti dia bersemangat dan gembira.
5. Jangan membelangkangkan suami
Bila suami ingin memberi pendapat, jangan membelangkan nya. Cara ini akan menunjukkan bahawa anda tidak menghormatinya sebagai seorang suami.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sahkah Perkahwinan Nikah Gantung? Ini Yang Bakal Pengantin Wajib Tahu

Lama kita tidak dengar tentang nikah gantung. Mungkin ada yang faham dan ada yang kurang pasti berkenaan nikah gantung.Berdosakah nikah gantung? dan apa hukum nikah gantung? Hukum Nikah gantung atau nikah khitbah adalah pernikahan yang sah. Pasangan yang belum bersedia untuk hidup bersama sesuai untuk nikah begini supaya tidak didorong oleh syaitan untuk melakukan zina. Pasangan yang telibat cuma perlu mengawal nafsu, tidak boleh lagi digoda oleh syaitan untuk melakukan zina (sebab dah sah nikah).
Perbahasan Hukum
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama’ ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima’/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b] Pandangan jumhur ulama’ iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta’ (mengambil keseronokan) , jima’/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara’ kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
Apakah hukum perkahwinan?
- Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
- Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
- Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
- Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.
- Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
- Suami
- Isteri
- Wali
- Saksi
- Aqad (Ijab Qabul)
Sumber : iluvislam.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Yang Bakal Bernikah, Ini Tips Penting Persediaan Nikah di Johor

Persediaan ni, kalau kita tak tahu mana nak mulakan dulu, susah. Maka dengan perkongsian ini, harap membantu. Terutama buat mereka yang ingin bernikah di Johor.
- Dah decide tarikh bila nak nikah . Atleast 6 bulan sebelum, dah kena buat preparation untuk siapkan semua borang. Tarikh nikah, boleh dibuat pada hari sama dengan majlis, atau nikah jumaat, majlis sabtu.
- Hadir kursus kahwin, kalau dah hadir lama, kena buat revision semula tatacara permohonan untuk daftar nikah.
- Lengkapkan permohonan di pautan online di http://encr.johor.gov.my. Untuk negeri Johor sahaja. Negeri Lain ada yang masih pakai offline, ada juga borang kena ambil di pejabat.
- Download segala borang borang yang patut pada pautan online tu, dan lengkapkan.
- Buat Pemeriksaan HIV di poliklinik terdekat. Borang yang dah di muat turun tu, siap dengan borang HIV Check.
- Jumpa ketua kampung mukim tempat kita tinggal untuk dapatkan borang pengesahan akuan bujang daripada ketua kampung tu. Bila kita tanya kita nak nikah, ketua kampung akan keluarkan borang khas, siap tandatangan n cop.
- Hadir temuduga, antara yang disoal adalah Mengucap dua kalimah shahadah, bacaan Alfatihah, rukun nikah, doa qunut, tanggungjawab bersama suami isteri selepas Submit segala borang & buat pembayaran ke pejabat Kadi.
- Bila lulus, Pejabat kadi akan serahkan fail untuk di serahkan pada imam tempatan lantikan, tempat anda bernikah nanti
- Sediakan duit untuk upah imam, dan saksi ??
- Selamat bernikah, semoga berjaya.. Jangan lupa kena ingat lafaz akad nikah bagi pengantin lelaki, “..Aku terima nikah, Nurlidya Izzati, dengan mas kahwin RM22.50 tunai..”
KETERANGAN:
- DAH DECIDE TARIKH BILA NAK NIKAH ??.
– Atleast 6 bulan sebelum, dah kena buat persediaan untuk siapkan semua borang. Tarikh nikah, boleh dibuat pada hari sama dengan majlis, atau nikah jumaat, majlis sabtu.
- HADIR KURSUS KAHWIN,
– Hadir kursus kahwin dengan bayaran RM120 untuk dua hari tak silap. Syarat hadir kursus kahwin, mesti dah siapkan gambar bersongkok (lelaki), Berbaju kurung menutup aurat (Wanita). Biasanya pejabat kadi pun ada anjurkan di kawasan masing masing. Selesai kursus dapat sijil. Guna untuk permohonan nanti. kalau dah hadir lama, kena buat ulangkaji semula tatacara permohonan untuk daftar nikah.
- LENGKAPKAN PERMOHONAN BARU DI PAUTAN ONLINE
– Buat permohonan di http://encr.johor.gov.my. Untuk negeri Johor sahaja. Negeri Lain ada juga pakai online, ada juga borang kena ambil di pejabat. Kedua pasangan perlu kemukakan permohonan baru.
- PRINT BORANG BERKAITAN YANG ADA DALAM PAUTAN ENCR.
– Selepas anda lengkapkan permohonan baru di pautan ENCR tu. Anda boleh muat turun slip permohonan kebenaran nikah, Borang laporan kesihatan (HIV), Senarai semak dokumen, dan borang pengesahan saksi untuk bernikah. Anda dah boleh muat turun atau terus cetak borang borang tu dari pautan web EncrJohor tu.
- BUAT PEMERIKSAAN HIV DI POLIKLINIK TERDEKAT.
– Borang yang dah dah di muat turun tu, sila cetak, siap dengan borang HIV Check. Boleh buat 1-3 bulan sebelum nikah. Hanya sah klinik/poli klinik kerajaan tau. Kalau Swasta tak terima.
- JUMPA KETUA KAMPUNG MUKIM TEMPAT KITA TINGGAL
– Bagitahu jerr, kita nak nikah, nak surat akuan diri, ketua kampung akan keluarkan borang khas daripada ketua kampung sendiri. siap tandatangan n cop. Maaf, borang ni tiada dalam pautan Encr tau. Kena jumpa ketua kampung/penghulu/pengurus felda.
- TENTUKAN SIAPA SAKSI BORANG KITA.
– Saksi borang tak semestinya daripada saksi Akad ya.. Saksi borang mesti LELAKI selain adik beradik. Saya guna kawan lelaki. Dapatkan tandatangan dan salinan IC kedua saksi borang tersebut.
- SEDIAKAN SEMUA DOKUMEN SOKONGAN
– Dokumen sokongan ini termasuk, kad pengenalan, kad pengenalan ayah, ibu, saksi borang (salinan shj), surat akuan status diri (dapat dari ketua kampung/penghulu), surat bermustautin (jika alamat johor, nikah kat KL sbb dduk KL), Sijil kursus Pra-perkahwinan, Sijil nikah Ayah & Ibu (untuk pasangan perempuan), dan banyak lagi. Anda perlu rujuk sendiri di Borang Senarai Semak Dokumen di Pautan ENCR yang anda dah print tadi.
- BERSEDIA UNTUK DITEMUDUGA
– Borang dan segala dokumen sokongan itu perlu Submit & buat pembayaran di pejabat Kadi, dan selepas itu anda akan di temuduga.
- PAKAIAN SEMASA TEMUDUGA
– Yang lelaki mesti pakai kemeja/baju melayu/ tshirt berkolar dan BERSONGKOK, mana perempuan BAJU MELAYU. Kalau tak kena marah nanti. hehe
- JAWAB SOALAN TEMUDUGA
– Saya ada share soalan temuduga sebelum ni. Tapi pastikan lah, tahu kalimah syahadah beserta maksudnya. Tahu bacaan Al-fatihah sebab memang baca dalam solat, Tahu bacaan Qunut, sebab bacaan dalam solat subuh. Lain-lain kalau tak ingat tu, tak apa. Yang disebutkan tadi kalau tak lepas, kena balik bertalaqi lutut ke lutut dengan imam kawasan. Mana boleh nak nikah mengucap pun tak reti. Sebab perkahwinan bukan sekadar berkahwin jerr, tapi adalah membina zuriat beragama islam tau.
- SELEPAS LULU TEMUDUGA, PEJABAT KADI AKAN SERAH FAIL KHAS.
– Pejabat kadi akan serahkan fail untuk di serahkan pada imam tempatan lantikan, tempat anda bernikah nanti. Nanti pejabat akan sebut siapa nama imam nanti. Tugas kita, serahkan semua fail tu kepada tok imam. Tok imam yang nikahkan kita tau. Jangan tersalah tok imam. Sebab nama imam ada tertera di f
- BAYARAN UPAH IMAM DAN SAKSI AKAD NIKAH
– Kita siapkan siap siap dalam sampul. Ada tiga sampul tak silap saya. Biasa bayaran upah ini pejabat kadi akan maklumkan berapa. Kalau tak tahu, tanya imam. 1 sampul untuk imam, dua sampul untuk saksi.??
- PRAKTIS LAFAZ AKAD
– Kena ulang ulang, takut nervous kan. Praktik sebulan sebelum. Hari hari sebut. Dan doa agar dipermudahkan Allah. Lafaz Akad, “..Aku terima Nikah………(Nama Penuh Pasangan Perempuan).. Dengan mas kahwin RM22.50 Tunai..”
SELAMAT BERNIKAH.. Semoga bermanfaat. Silakan SHARE, tag pasangan yang bernikah tahun ni. Aminn..
Kredit : Baitul Taaruf
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Cinta Suami Terus Melekat, Lakukan 12 Cara Mudah Ini Agar Anda Tampak Seksi Di Mata Suami!

Isi Kandungan
ToggleSeksi bukan sekadar terletak pada postur tubuh yang menggiurkan semata-mata. Pada mata lelaki, wanita boleh nampak seksi dengan pelbagai cara. Buat mereka yang sudah berumah tangga, wanita harus sentiasa nampak “seksi” untuk memikat hati suami.
Jangan biarkan anda terlihat tidak menarik di depan suami. Walaupun sudah berkahwin bertahun lamanya, anda harus sentiasa kelihatan menarik untuk suami tercinta.
Jom kita lihat 12 cara yang cukup mudah untuk nampak dan menjadi seksi agar suami anda terus terpikat dan menyayangi anda!
1. BERTENTANG MATA
Orang kata, dari mata turun ke hati. Sekali-sekala, pautan mata ketika berbicara dapat menawan hatinya. Dan lirikan manja
pula memberi tanda kepadanya yang anda berminat untuk berhubung dengan lebih serius.
2. BIAR TERLERAI
Diakui, lelaki gemar wanita berambut panjang, apatah lagi membiarkan ia beralun cantik ditiup angin lembut. Loose bun atau ponytail adalah gaya ikatan rambut yang boleh membangkit rasa teruja mereka.
3. SERLAHKAN GAYA GLAM
Walau hanya mengenakan kemeja-T putih polos, anda boleh kelihatan seksi dengan padanan legging dan kasut tinggi serta rantai dempak. Kadangkala, bersederhana itu yang terbaik.
4. SIHAT
Wajah pucat dan terlampau kurus bukanlah sesuatu yang baik dan seksi. Amalkan makanan berkhasiat dan minum banyak air bagi melancarkan sistem badan.
5. TONJOLKAN KELEBIHAN
Jika anda mempunyai warna mata menawan, serlahkan solekan mata dan berinteraksi dengan baik menggunakan jelingan manja. Atau jika gigi anda putih berseri, sentiasa ukir senyuman manis yang buat si dia tidak kelip mata.
6. KULIT SIHAT DAN BERSERI
Kulit kusam menjadikan penampilan tidak bermaya. Pastikan losen tangan dan badan sentiasa ada dalam beg tangan. Ditambah lagi dengan losen yang mempunyai shimmer, kulit anda nampak berseri dan seakan bercahaya. Ia juga dapat membuatkan kulit anda lembut dan mendebarkan hatinya tatkala tangan kalian bertaut mesra.
7. YAKIN DAN BIJAK
Apabila anda selesa dengan apa yang anda pakai dan bersikap positif, ia dapat meyakinkan orang sekeliling mengenai diri anda. Wanita yang dapat berdikari serta berkeyakinan tinggi amat disukai lelaki di zaman moden kini.
8. SIHAT
Wajah pucat dan terlampau kurus bukanlah sesuatu yang baik dan seksi. Amalkan makanan berkhasiat dan minum banyak air bagi melancarkan sistem badan.
9. POSTUR BADAN
Jangan membongkok kerana ia memperlihatkan sisi diri anda yang tidak yakin dengan diri sendiri. Sama ada duduk atau berdiri, tegakkan postur badan. Seperti penari, pinggul dan bahu mereka selari sekali gus menonjolkan bentuk tubuh.
10. WANGIAN LEMBUT
Sesiapa juga yang mendekati pasti tertarik tatkala menghidu wangian di tubuh anda. Ia sekali gus memberi keyakinan pada diri dan orang sekeliling memandang anda sebagai pembersih.
11. KASUT TUMIT TINGGI
Ini adalah rahsia utama untuk kelihatan seksi. Walau anda bergaya kasual, kasut tinggi bisa melengkapkan gaya dan menukar penampilan anda secara automatik menjadi fashionista.
12. WARNA MERAH
Rona ini sentiasa menjadi simbol sensual pada wanita. Tidak kira gincu, busana merah mahupun sepatu, merah menjadi mainan psikologi yang membangkit ghairah lelaki.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI