Sekadar gambar hiasan

Seorang isteri itu wajib mentaati suami selagi suami tidak menyuruh melakukan perkara yang menyalahi hukum syarak. Itu dinamakan tanggungjawab dan hak suami dalam perkahwinan. Begitu juga suami, dia perlu menunaikan hak isterinya dengan sempurna.

Kegagalan suami melaksanakan tanggungjawab itu akan menyebabkan berlakunya pemungkiran menunaikan hak isteri.

Isteri Kena Taat Lepas Kahwin, Suami Ajak Balik Jumpa Mentua Pergilah Teman

Kedua-dua situasi itu tidak dibenarkan syarak melainkan terdapat alasan syarie yang mengharuskannya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” (Surah al-Nisa’, ayat 19) Ini menunjukkan suami dan isteri perlu bergaul dengan cara baik. Menjadi satu kewajipan terhadap suami untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap isteri.

Persoalan mengenai tanggungjawab suami terhadap isteri meliputi semua perkara yang menyentuh diri dan fitrah isteri sama ada keperluan zahir, batin, emosi, kasih sayang dan sebagainya. Isteri perlu menjalankan tanggungjawab khususnya mematuhi keperluan dan kehendak suami.

IKLAN

Jika dibawa tinggal di rumah kayu, maka di situlah isteri perlu berada di samping suaminya. Jika makan minum keluarga disediakan di restoran atau hotel mewah, maka di situ juga isteri perlu berada sesuai dengan kemampuan suami.

Jika isteri ingkar menurut kehendak suami tanpa alasan yang dibenarkan syarak, suami perlu melaksanakan tugas ta’dib dan membetulkan kesilapan dilakukan isteri.

Jika masih gagal sehingga ke prosiding terakhir proses ta’dib, maka baru dikatakan seorang isteri itu nusyuz.

IKLAN

Daripada Jabir r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bertakwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan orang yang kamu benci masuk ke tempat tidurmu. Jika mereka melakukannya, pukullah mereka dengan cara yang tidak menyakitkan. Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafaqah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka. Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah.” (Hadis riwayat Muslim – 1218)

Berhubung isu meninggalkan isteri seorang diri kerana pulang menziarahi ibu kandung suami, ia bergantung kepada reda dan keizinan suami. Jika suami tiada sebarang halangan dengan permintaan isteri yang tidak mampu duduk di dalam kenderaan terlalu lama, maka ia diharuskan. Dalam situasi itu, isteri sewajarnya perlu bersama suami untuk menziarahi ibu suami yang tarafnya sama seperti ibu kandung si isteri.

Isteri Kena Taat Lepas Kahwin, Suami Ajak Balik Jumpa Mentua Pergilah Teman

Malah, menziarahi ibu bapa itu dijanjikan pahala. Jika mampu, usahakan kaedah lain untuk pulang yang tidak mendatangkan mudarat kepada isteri. Namun, jika tiada upaya dan hanya satu cara sahaja yang ada, dan perjalanan itu memang mendatangkan kemudaratan kepada isteri, maka tiada halangan buat isteri untuk tidak turut selain suami juga memberi keizinan.

IKLAN

Selagi tindakan isteri tidak menyalahi hukum syarak dan mendapat keizinan suami, maka tidak dikategorikan isteri tidak mentaati suaminya. Berbeza jika isteri ditinggalkan seorang diri sedangkan suami dalam perjalanan jauh, wujud keadaan yang membahayakan nyawa dan kesela- matan diri isteri, maka isteri tidak wajar ditinggalkan seorang diri. Mudarat lebih besar mungkin akan berlaku. Suami perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam menjalankan tugas menjaga kebajikan dan keselamatan isteri.

GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI