Isteri Kena Tahu Apa Yang Suami Mahu, Bukan Hanya Harap Suami Saja Memahamimu

Share

Sebagai seorang suami, adalah besar tanggungjawab yang dipikul dalam keluarga. Semua yang dilakukan memerlukan pertimbangan dan perhatian. Bukan boleh buat ikut suka, tapi kena atur mana yang dulu, mana yang kemudian, atau ada yang boleh di ketepikan.

Isteri pula kenalah faham suami, jangan terlalu mengongkong sebab nanti takut suami rimas. Beri suami sedikit masa untuk dirinya. Tahu kah anda isi hati yang ada dalam suami anda? Kalau tak tahu mungkin ini yang ada.

 

1. Lepak dengan kawan

Lepak dengan kawan memang best tapi, anak dan isteri di rumah juga perlukan perhatian. Mereka juga perlu ayah dan suami untuk urusan kehidupan. Maka, aturlah. Bukan setiap malam perjumpaan. Takkan sampai subuh lepak gelak sakan. Sekali sekali mungkin boleh terima, tapi jika selalu anak isteri akan jemu dan bosan, dan lagi bahaya isteri mula mencari keseronokan bila dia kita tinggalkan keseorangan.

2. Beli barang peribadi

Jam tangan g-shock, kasut dr cardin, seluar uniqlo, kemeja pelarez, dan macam-macam lagi yang saya suka. Kalau ada duit habis ke situ saja masa bujang. Tapi, bila kahwin ni dah mula akan fikir pampers, susu, baju anak isteri, makan minum mereka dan seribu satu lagi keperluan buat mereka.

Maka, keutamaan saya tetaplah pada anak isteri dahulu. Ada baki? Barulah untuk diri sendiri. Itu pun jika ada. Jika tiada, cukuplah dapat seikat nescafe ais peneman untuk menulis sedap lagi.

3. Hobi

Hobi adalah benda yang kalau ada masa lapang je, kita nak buat. Yang kita minat, yang kita suka, yang kita rasa duduk berjam-jam dengannya pun tak mengapa. Tapi bila dah jadi suami ni, kita kena bahagikan masa juga antara hobi dan anak isteri. Mereka pasti perlukan ayah dan suami mereka disisi. Kalau saya simple, bawa sekali anak isteri ikut hobi saya. Ajak mereka.

Terangkan mereka tentang ini. Dan jika mereka tak suka, saya pula follow hobi mereka. Anak suka apa, saya paksakan diri untuk suka. Isteri suka apa, saya belajar apa yang isteri suka. Akhirnya, masing-masing ada dapat juga masa bersama, dan menjalankan hobi masing-masing.

4. Masa sendiri

Suami atau isteri, pasti ada masa sendiri. Bukan apa. Kadang perlu tenang. Perlu bercakap dengan diri sendiri. Perlu pada masa untuk diri. Maka, anda perlu pastikan masa untuk anak isteri terisi, selesai itu isteri akan faham dan berikan masa itu untuk anda.

Suami, dia adalah manusia yang Allah lebihkan banyak perkara. Sabarnya. Doanya. Kekuatan usahanya. Semuanya Allah bagi buat bekalan menghadapi anak isteri yang sangat menguji.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Abu hurairah asifa

Published by
Anis Nor