Permainan video game memang sesuatu yang cukup menyeronakkan buat kaum lelaki. Ia menjadi satu kepuasan bila individu tersebut berjaya dalam objektif game yang dimainnya.
Namun, tidak semua isteri suka melihat suami mereka lebih melayani permainan video daripada mereka. Ada pula yang telefon selalu ditangan hingga lupa pasangan disebelah. Isteri boleh atasinya dengan cara ini.
Anda dinasihatkan agar tidak sesekali terjebak sama bermain game dengan suami meskipun anda rasa itu sweet, tapi sebenarnya ia menambahkan buruk pada keluarga terutama jika sudah mempunyai anak.
Jika suami anda memang seorang yang tegar bermain game, anda perly menghadkan waktu bermain game. Sebab kalau anda biarkan, ia akan bertambah parah.
Katakan pada dia yang game itu tidak membawa apa-apa faedah atau keuntungan pada keluarga malah meretakkan rumahtangga saja.
Anda perlu bertindak jika perkara sebegini berlaku. Jangan biarkan sehingga dia melupakan tanggungjawabnya kepada keluarga.
Jika suami anda masih tidak berubah, adalah lebih elok jika anda berjumpa dengan pakar kaunseling yang anda boleh ceritakan masalah rumah tangga anda. Kerana jika tidak dilakukan perkara yang lebih buruk boleh terjadi.
Ya, sesekali anda perlu tegas dengan suami anda. Tanyakan kepada suami adakah dia lebih memintang game atau keluarganya. Cara ini untuk membuat suami sedar yang dia tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.