Jika perkara berkaitan mengemas dan melakukan kerja-kerja rumah, pasti ia ditujukan kepada kaum ibu atau isteri. Bagaikan sudah sebati bahawa kerja-kerja di rumah wajib diuruskan sepenuhnya oleh kaum wanita yang bergelar ibu atau isteri. Jika si ayah dan anak-anak turut membantu, ia dianggap bernasib baik kerana dapat meringankan tugas dan kerja.
Perkongsian oleh Ahmad Affzan Abdullah di laman facebooknya dapat membuka mata dan minda netizen. Sebenarnya kerja-kerja di rumah tidaklah wajib dilakukan oleh para ibu dan isteri.
Benarlah, masing-masing mendiami rumah yang sama dan menggunakan apa sahaja kemudahan dan peralatan dirumah, tetapi mengapa hanya si ibu dan isteri yang perlu beria-ria mengemas, mencuci dan menjaga keadaan rumah agar ia selesa untuk didiami? seperti tidak adil pula kan?
Sebenarnya untung apabila suami banyak membantu membuat kerja-kerja dirumah. Apabila isteri tidak sihat, suami sudah terbiasa dan dapat melakukannya kerja-kerja di rumah tanpa rasa kekok. Apatah lagi jika isteri meninggal, tiadalah keadaan rumah dan anak-anak menjadi tidak terurus.
Sesiapa yang selama ini mengabaikan tanggungjawab melakukan kerja-kerja di rumah tu, bolehlah cuba mengambil alih beberapa tugas ibu atau isteri dirumah. Tidak perlu berasa malu untuk menyidai pakaian di ampaian macam orang zaman dulu-dulu kerana takut digelar kuli kepada isteri.
Kerja-kerja dirumah tidak pernah habis dan tidaklah kepenatan itu ditanggung oleh si isteri sahaja. Apa pendapat kalian?