Kalau nak ikutkan, isteri memang mampu buat macam-macam dalam satu masa tetapi jangan sampai makan diri, ya.
Risau jadi macam penyanyi wanita, Adira Suhaimi yang pitam secara tiba-tiba dan hilang empat tawaran pekerjaan susulan terpaksa ditahan lima hari dalam wad hospital akibat keletihan melampau.
Isteri Memang Mampu Buat Macam-macam
Menerusi satu pertal hiburan, Adira meluahkan pengalaman itu menjadi pengajaran agar mendapatkan rehat secukupnya selain mengetahui tahap kemampuan bahawa dia bukanlah supermom yang boleh melakukan apa sahaja.
“Melihat kondisi yang lemah, doktor cakap selain demam dan kurang sel darah merah, faktor keletihan melampau turut menjadi punca saya pengsan.
Ads
“Selama ini saya sangka saya ‘supermom’ yang boleh buat apa sahaja serentak kerana kalau cuti sehari pun, saya mahu uruskan anak-anak sendiri. Sebenarnya, selain ke hospital untuk melahirkan empat anak, saya tidak pernah duduk dalam wad.
Pastikan Ambil Cuti Rehat
“Kudrat saya ada, cuma badan tak mampu lagi hadap keletihan. Jadi selepas ini saya pastikan hari cuti saya berehat. Kalau saya tak sihat, saya tak boleh jaga anak-anak,” katanya yang mempunyai seorang pembantu rumah dan seorang pengasuh.
Ads
Sedikit ralat kerana telah mengecewakan banyak pihak, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 33, tetap bersyukur apabila penganjur terbabit sangat memahami keadaan kesihatannya.
“Memang ralat kerana kecewakan banyak pihak termasuk orang yang mengundang serta tetamu. Empat ‘job’ yang terpaksa dibatalkan ini sudah dipersetujui beberapa bulan lalu.
“Saya sendiri tak jangka pengsan sampai buatkan semua ahli keluarga menangis dan risau. Mujur pihak yang saya bekerjasama sangat memahami, maafkan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam Elegant Night of Beauty, semalam.
Ads
Sedar Dah Dalam Ambulan
Bercerita lanjut, penyanyi Pujaan Hati itu mendedahkan dia mula sedar ketika berada dalam ambulan yang membawanya ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.
“Saya tak ingat apa-apa ketika kejadian. Apabila buka mata saya sudah ada dalam ambulan. Perasaan takut memang ada, lagipun itu juga pertama kali saya naik ambulan,” ujarnya.
Sekadar info, pada 4 Disember lalu ibu kepada empat cahaya mata itu berkongsi keadaan dirinya yang dikejarkan ke hospital selepas pengsan di rumahnya.
Cemburu adalah perkara yang biasa yang dialami oleh setiap pasangan bercinta. Sikap cemburu menunjukkan kasih sayang seseorang terhadap orang yang dicintainya. Namun, sikap cemburu yang berlebihan boleh menjejaskan sesebuah perhubungan itu.
Cemburu itu boleh tetapi ia perlu berpada-pada. Jangan sampai pasangan anda merasa bosan dengan sikap cemburu yang tidak berasas. Kenalpasti adakah anda seorang yang kuat cemburu dalam hubungan cinta?
Jom kita lihat 7 tanda ini!
1. TERLALU MASUK CAMPUR
Jika pun kekasih anda mempunyai kalangan teman yang asyik menyusahkan, jangan pula anda menghasut agar dia menyingkirkan rakannya dari hidup. Anda sendiri bukanlah terlalu baik untuk berkata begitu. Berbincang secara profesional dengannya dan biar dia yang menentukan hidupnya sendiri.
2. TIDAK BERI RUANG
Bagi lelaki, ruang untuk diri sendiri adalah penting. Dia juga perlu masa untuk bersama kawan lelaki lain untuk melakukan aktiviti mereka seperti bersukan dan lepak menonton perlawanan bola sepak. Jangan menyekat aktiviti yang suka dilakukannya. Berikan dia ruang untuk merasa sedikit kebebasan dan melakukan perkara yang disukainya.
3. SUKA MENYUSAHKAN
Lelaki sememangnya suka jika wanita kesayangan mereka meminta tolong kerana ia membuktikan yang anda memerlukan mereka dalam hidup. Namun, janganlah sampai hendak ambil surat di depan rumah pun minta si dia temankan. Itu mengada-ngada namanya!
4. CURIGA SEPANJANG MASA
Percaya itu penting dalam perhubungan. Merimaskan apabila semua perkara yang dilakukannya perlu mendapat persetujuan anda. Tidak semestinya bekerja lewat bererti dia keluar mencari wanita lain. Letakkan kepercayaan pada pasangan anda agar si dia rasa anda seorang yang memahami.
5. TIDAK SUKA DIA HABISKAN MASA BERSAMA RAKAN-RAKANNYA
Setiap kali si dia ingin berjumpa dengan rakan-rakannya, anda pasti melarang dan menghalang. Anda harus ingat, hidup dia bukan untuk anda seorang sahaja. Jangan sampai dia merasa anda terlalu mengongkong hidupnya kerana lelaki tidak suka wanita yang kuat mengongkong.
6. BERCAKAP DENGAN SI DIA 24 JAM
Dia juga punya kerja lain selain melayan celoteh kekasih mereka di talian. Tidak semua lelaki gemar bergayut di telefon berjam lamanya. Jangan sampai si dia berasa rimas dengan anda kerana tidak boleh berenggang walaupun 5 minit ya! Dia akan menganggap anda seorang yang mengada-ngada dan keanak-anakan.
7. HANYA DIA
Benci jika dia punya agenda selain daripada keluar bertemu janji dengan anda. Get a life! Jangan sentiasa menunggu dia untuk membuatkan hari anda jadi bermakna. Ajak kawan-kawan anda untuk beriadah dengan anda. Jangan asyik nak berkepit dengan si dia saja!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keinginan untuk memiliki rumah sendiri memang menebal. Cuma nak uruskan kewangan akan ambil masa sedikit. Mana nak menyimpan, mana nak buat belanja. Tapi jangan risau. Bila ada matlamat, senang sikit nak buat kira-kira bajet.
Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi dalam laman Facebooknya tip untuk membeli rumah tahun 2021. Kalau dah ada susunan yang betul, bolehlah survey-survey rumah yang ada.
TIPS BELI RUMAH 2021
1. Jangan Tergesa Gesa Beli.
Jangan buat keputusan beli rumah dalam masa sehari. Beri tempoh bertenang antara 5-7 hari baru bayar booking. Kita cenderung buat keputusan salah bila terburu buru.
Suka macam manapun rumah itu jangan gelojoh. Percaya pada rezeki yang baik pasti kita akan dapat jika diizinkan Tuhan.
Jurujual dan sifoo hartanah akan desak beli cepat, kita boleh baca tujuan mereka bukan?
2. Hadiah Percuma!
Dapat aircond, kabinet dapur, SnP dan lawyer fees percuma itu dah biasa. Belajar negosasi minta pemaju kurangkan harga. Pasaran lebihan hartanah starta makin buruk lepas pandemik ini, mintak diskaun 20-25% lebih baik dari hadiah percuma.
Hadiah percuma masih tidak senilai dengan kadar bayaran 30 tahun kedepan kawan.
3. Pasaran Kondominium!
Lebihan kediaman strata membimbangkan semua, semak kembali jika nak beli kondominium tahun ini. Ada hartanah landed yang dah turun harga dan hampir sama. Kini harga kondominium tak seimbang lagi.
Semak, semak dan semak kawasan sekitarnya. Dapatkan harga psf berapa kawasan nak beli. Jangan mudah percaya hartanah kekal naik harga.
4. Kos Tambahan Hartanah Strata.
Bagi pangsapuri, studio, service apartments dan kondo ada kos tambahan seperti yuran selengara dan insuran.
Ada setengah tempat kos selengara hingga RM0.45 sekaki persegi. Jika keluasan lantai 900kps. Kita perlu bayar selenggara RM405 setiap bulannnnn!. Belum campur ansuran bulanan, utiliti dan cukai.
5. Jarak Tak Lebih Sejam.
Rumah yang sihat adalah tidak lebih sejam perjalanan ke tempat kerja. Semakin jauh semakin besar kos bulanan kita sebenarnya.
Cari beberapa pilihan mengunakan Google map untuk ketempat kerja kita dari arah berbeza.
Jangan terburu, hartanah dalam pembinaan ada lebih 72,000 sedang dibina.
Beli yang mampu bukan yang kita suka.
Azizul Azli Ahmad
Pelabur Kecil Hartanah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hidup ini bukanlah seperti mana novel-novel cinta, bukan seperti filem-filem cinta yang sering menjanjikan kebahagiaan apabila tiba pengakhiran cerita. Pada realitinya, bukan semua merasa bahagia, dan ramai yang suka memendam rasa. Banyak dugaan dan sudah pasti menguji sekuat mana hati dan sejauh mana taatnya pada Illahi. Ingat! Jangan memendam terlalu lama, nanti mudah dapat barah!
Ramai diantara kita suka memendam perasaan, kononnya tidak mahu meluahkan kerana tidak mahu orang sekeliling tersinggung, Namun begitu, tahukah anda memendam ataupun berdendam adalah salah satu penyakit! Penyakit hati yang boleh membawa kepada penyakit kanser atau barah.
Begitu juga kepada mereka sering mengalami kemurungan akibat kehilangan orang tercinta, jangan terlalu melayan perasaan sedih dan patah hati. Anggap sahaja jodoh anda hanya setakat itu sahaja.
The Diagnosa melaporkan yang patah hati boleh sebabkan masalah jantung dikenali sebagai Sindrom Patah Hati (Broken heart syndrome) ataupun kalau dalam bahasa doktor, dipanggil Takotsubo Syndrome.
Penyakit ini berasal daripada perkataan Jepun yang membawa maksud Perangkap Sotong dan ditemui oleh Dr Hikaru Sato pada tahun 1991. Dr Sato mendapati pesakit mempunyai pembesaran abnormal pada ventrikel kiri jantung. Bentuknya sama seperti perangkap sotong bagi orang Jepun.
Pendek kata bahagian jantung yang membesar secara tak normal tu boleh menyebabkan serangan jantung, sesak nafas dan sakit dada. Jadi, jangan simpan perasaan marah lama, dan jangan berdendam. Sekian petikan dari thediagnosa.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!