Tak salah isteri merajuk tetapi biar berpada-pada. Jangan sampai keruhkan hubungan dan jadi bala dalam rumah tangga.
Merajuk berpanjangan akan menyusahkan ramai pihak, lama kelamaan mungkin akan menyebabkan cinta dan sayang makin pudar.
Khas buat anda yang baru bina mahligai, boleh ikuti tip ini dan mana yang molek, jadikan rujukan.
Jadikan merajuk anda ekslusif. Jadikan merajuk anda sebagai senjata halus yang digunakan pada waktu penting sahaja. Jangan bazirkan pada hal-hal yang terlalu remeh.
Contoh: suami lupa maklum balik lewat. Ingat, sebahagian orang lelaki kalau merajuk benda remeh temeh ini akan nampak mengada, over dan menyusahkan.
Mungkin anda rasa suami dah tak sayang anda sebab suami dah tak pujuk. Berbeza waktu awal kahwin dulu. Tapi hakikatnya anda merajuk 7 kali sehari mengalahkan solat 5 waktu. Jadi menyebabkan suami sudah ‘imune’ dengan rajukan anda.
Janganlah merajuk selama 5 hari untuk suatu sebab. Takut-takut kita merajuk 5 hari, suami dah keluar ikut tabligh 40 hari. Tak ke menyesal kita.
Bahaya kalau lama-lama. Semakin memendam rasa dan semakin parah dialog diri, semakin menekan diri sendiri apabila soalan yang asyik keluar “bila suami aku nak pujuk ni?”
Jangan merajuk dengan sebab marah dan benci. Bila merajuk, kita akan fokuskan pada perasaan itu. Kalau benci akan jadi semakin benci. Bila dipujuk lambat pulih. Kalau sebab sayang, sedikit usaha memujuk terus berkesan & makin sayang.
Merajuk macam mana sekali pun, jangan abaikan tanggungjawab. Jaga makan minum suami anda. Jangan berdosa dalam merajuk. Takut jadi keadaan makin teruk. Allah tak reda dan Allah tak bantu. Terkontang-kantingkah kita dengan emosi kita seorang diri.
Tak semua suami pandai memujuk. Bahkan banyak yang jenis batu gunung, kayu besbol, paku besi dan lain-lain. Jadi bila nampak ada sedikit usaha untuk memujuk walaupun kecil, cepat-cepat hargai.
Kerana merajuk tidak berkesan dengan suami anda. Suami anda bukan tergolong dalam golongan ahli pujuk. Jadi kenapa masih nak menggunakan senjata yang tidak lagi memberi kesan? Tapi yang penting, dia sayang anda melalui tindakannya walaupun jarang diucap dengan kata-kata.
Jangan merajuk di tempat awam sampai suami stress. Jangan merajuk di depan mertua, jangan buat muka. Jangan merajuk di saat suami sangat tertekan kerana dibuang kerja dan lain-lain. Jagalah air muka dan maruah suami.
Haa.. lepas ingat ya, isteri merajuk pun ada tekniknya! Jangan terbawa-bawa sampai berhari-hari tak bertegur.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Facebook Fadzli Aziz