Hubungan

Isteri Nak Me Time, Suami Kena Bagi Masa Bertenang Pulihkan Emosinya

Share

Ada hari, isteri nak me time dengan buat aktiviti yang dia suka tanpa gangguan. Jadi para suami kena memahami dan bagi peluang itu. Biarlah dia ambil masa bertenang untuk pulihkan emosinya.

Baik seorang diri atau bersama kawan-kawannya, pasti kena ada ruang itu. Nak lagi faham konsep me time bagi seorang isteri, baca perkongsian saudara Muhammad Hassan ini.

Isteri Nak Me Time

Suami, waktu pergi mall apa salahnya bagi me time untuk isteri walaupun 30 minit. Kita pula jaga anak sepanjang ‘me time’ dia.

Kita pantau isteri dari jauh cukup. Tengok dari jauh gelagat dia. Seronok atau tidak dapat jalan sorang-sorang, dapat tengok apa yang dia rasa nak tengok, pilih apa yang mahu dipilih.
Beli tu belum tentu beli. Isteri ini dapat cuci mata pun dia dah rasa seronok. Rasa mall ini dia yang punya.

Sebak tengok isteri senyum dari jauh sambil tunjuk barang yang dia beli. bila nampak kita bersama anak, lagi dia senyum lebar. Dalam senyum itulah sepenuh masa, jiwa, diri untuk suami. Dalam senyum itulah segala susah payah sakit melahirkan anak, menyusukan anak.

Ingat pesan arwah ayah;

“Jagalah isteri kamu baik-baik seperti mana mak ayah dia jaga. Jangan kianati dia jika kamu nak rasa apa itu bahagia. Diam jika nak marah isteri, isteri faham jika suami diam. Jangan mudah naik tangan atau pukul dia. Isteri dan anak amanah dari الله, salah acuan merana kamu di akhirat”

Maka jagalah isteri baik-baik. Lemah lembutlah terhadap mereka, hargailah susah payah dia mengandungkan anak, melahirkan anak, menyusukan anak dan menjaga makan minum anak.

Jadikanlah kita asbab dia rasa bahagia, rasa dijaga, rasa dihargai, rasa di sayangi. Bahagia dia, bahagialah kita.

Begitulah hidup saling memahami dan melengkapi, mudahnya nak bahagia.

Published by
Nadia