Hubungan

Isteri Nak Tinggal Asing Dengan Mentua, Suami Kena Tunaikan

Share

Apabila isteri nak tinggal asing dengan mentua, suami sepatutnya faham dan tunaikan permintaan orang rumah. Itu adalah sebaiknya buat pasangan yang baru berkahwin.

Tak mudah nak duduk dengan mentua atau keluarga sendiri apabila sudah bekeluarga, nak-nak cara membesar dan didikan pun berbeza. Pasti akan ternampak salah atau jadi serba salah.

Isteri Nak Tinggal Asing Dengan Mentua, Suami Kena Tunaikan

Ya, agak beruntung kalau dapat mentua yang faham dan tiada halangan untuk anak dan menantunya berdikari. Namun, tak mustahil juga ada yang terus ‘ikat’ kaki supaya tingga bersama.

Tak kisahlah tinggal bersama atau isteri nak tinggal berasingan, tapi kenalah tanggung sendiri jika berlaku di belakang hari. Walaupun tak semua mentua begitu tetapi sebaiknya biarlah ada ruang privasi buat suami isteri.

Persoalannya, ada jenis suami yang lebih mengikut kata ibunya berbanding isteri. Tak terima pandangan isteri untuk tinggal berasingan. Ini akan menjadi satu dilema.

Jadi, suami jangan ambil mudah, kalau isteri nak tinggal berasingan, tunai dan wajib sediakan. Jangan sampai isteri tuntut nafakah diri, seperti perkongsian oleh Khairul Fahmi Ramli ini.

Rumah Adalah Satu Nafkah

Banyak yang bertanya kepada pihak kami, sama ada isteri berhak untuk dapat rumah yang berasingan daripada keluarga suami mahupun keluarga isteri itu sendiri.

Ini kerana ramai wanita yang telah berkahwin tidak tahu bahawa rumah adalah satu nafkah wajib yang perlu disediakan oleh suami selepas bernikah.

Tak perlu pun beli jika masih belum berkemampuan. Cukup sekadar menyewa terlebih dahulu asalkan rumah tersebut selesa, selamat dan lengkap dengan segala keperluan asas.

Menurut Hukum Syarak, sekiranya seorang isteri berasa tidak selesa dan meminta kepada suaminya untuk menyediakan kediaman yang berasingan daripada mana-mana pihak, suami tersebut wajib untuk sediakan.

Mengikut undang-undang pula, jika suami tidak menyediakan nafkah yang diperlukan, maka isteri tersebut berhak untuk membuat Tuntutan Nafkah Diri di Mahkamah Syariah. Ini bertujuan untuk menjadikan nafkah seorang isteri itu konsisten dijelaskan oleh suaminya.

Tanggungjawab menyediakan nafkah ini adalah beban dan tanggungjawab yang berat ke atas suami kerana dia perlu mengutamakan nafkah isteri dan anak-anak terlebih dahulu berbanding pemberian kepada ibu bapa.

Cuma dalam Islam, galakkan untuk suami isteri dan seluruh keluarga bergaul dengan baik adalah satu perkara yang dituntut. Insya Allah, jika ada wanita yang sanggup berkorban dan sanggup tinggal bersama mentua dengan pergaulan yang baik, maka ganjaran besar menanti di akhirat kelak.

Namun, sekiranya seorang isteri itu tak sanggup dan tidak selesa, WAJIB bagi semua tersebut menyediakan kediaman asing di samping tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai Anak Lelaki.

Sumber: Fahmi Ramli
Peguam Syarie & AIA Takaful Consultant

Published by
Nadia