Bertabahlah buat suami yang ada isteri bekerja sepenuh masa ataupun hubungan mereka jarak jauh kerana percayalah, setiap dugaan yang diterima itu pasti ada hikmah yang tidak ternilai dari Allah SWT.

Lelaki bernama Ehsan Halim ini berkongsi kisah menarik agar dapat disebarkan buat mereka yang berumah tangga.

Zaman sekarang isteri kebanyakkan kerja. Isnin sampai jumaat.

Balik rumah kena masak , urus anak dan urus rumah lagi.

Kalau suami isteri yang pjj (perkahwinan jarak jauh) macam saya ni lagi la. Semua dia kena buat sendiri.

Hujung minggu baru dapat jumpa.

Isteri ni dia akan letih. Letih rohani dan jasmani.

Letih jasmani kita boleh hilangkan dengan bantu kerja-kerja rumah dan jaga anak.

Ads

Letih rohani, kita kena bagi ruang untuk isteri kita masa yang selesa untuk dia ibadah dan dapat pengisian.

Kalau saya bila hujung minggu waktu jumpa anak isteri, saya akan bawa mereka ke surau atau masjid untuk solat magrib dan isyak.

Bila di masjid, lepas solat magrib saya akan jaga anak. Biasakan dia dengan suasana masjid.

Biar isteri dapat beriktikaf dengan tenang untuk buat amalan fardi dia seperti baca quran atau zikir.

Ads

Dengan cara tu rohani dapat dirawat dan digilap.

Rohani yang letih dan tidak dirawat akan jadikan isteri kita tak tenang.

Kerana isteri ni dia ada bom jangkanya sendiri. Jangan sampai meletup.

Kalau dah melatup tu yang kadang-kadang isteri tu jadi suka bercakap kasar dengan suami, marah-marah anak dan lain-lain.

Ads

Jadi para suami sekalian, bawalah anak dan isteri sekurang-kurang seminggu sekali ke masjid atau surau. Cari majlis-majlis ilmu.

Dengar kuliah ilmu kat tv atau radio tak sama dengan hadir dan duduk dalam majlis ilmu di masjid.

Kerana Allah mengutuskan malaikat rahmat bagi mereka yang berada dalam majlis ilmu. Sakinah (ketenangan) akan diisi dalam hati mereka yang hadir ke majlis ilmu.

Kepada para isteri yang membaca status ini, mintalah suami kalian bawa ke masjid.

Jangan hanya asyik minta bawa pergi shopping bila stress kerana shopping hanya memberi kegembiraan tetapi tidak memberi ketenangan.

Ketenangan Allah akan bagi bila kita ingat kepada Dia (seperti banyak disebut banyak dalil dalam Al-Quran dan hadis).

Kepada para isteri yang membaca tulisan ini, kongsikan pada suami kalian supaya mereka tahu.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI