Hubungan

Isteri Periksa Telefon Suami, Salah Atau Memang Ada Hak?

Share

Salah ke isteri periksa telefon suami setiap hari? Sebelum berlaku keraguan atau rumah tangga goyang, lebih baik orang rumah berjaga-jaga dengan tindakan ini.

Nak-nak zaman sekarang banyak sangat kes rumah tangga musnah disebabkan orang ketiga atau kata lain pasangan curang.

Isteri Periksa Telefon Suami

Ramai yang mula rasa takut jika perkara yang sama menimpa dalam rumah tangganya. Malah ada yang rasa macam terkongkong cara itu dipraktik dan kebanyakan suami mula mempersoalkan tindakan isteri yang dianggap keterlaluan.

Menjelaskan mengenai trend semasa yang berlaku ketika ini, pendakwah Asma’ Harun tampil berkongsikan sirah Nabi Muhammad SAW.

“Pada suatu malam, Aisyah berpura-pura tidur… tiba-tiba Rasulullah memakai pakaiannya senyap-senyap supaya Aisyah tidak sedar.

“Kemudian Rasulullah keluar perlahan-lahan. Aisyah kemudian mengekori Rasulullah sehingga sampai di kawasan perkuburan umat Islam dan berdoa.

“Selepas selesai, Aisyah berlari-lari anak supaya Rasulullah tidak mengetahuinya… apabila Rasulullah kembali, Baginda menegur Aisyah kenapa tercungap-cungap,” ujarnya.

Menurut Asma’ lagi, Aisyah menceritakan apa yang telah dilakukan.

Bagaimanapun katanya, Rasulullah tidak memarahi mahupun menyatakan perbuatan yang dilakukan itu berdosa.

“Rasulullah tak kata berdosa intip suami… Rasulullah meraikan fitrah wanita yang ada rasa cemburu, rasa syak wasangka,” tambahnya.

Wanita Sekarang Pun Check Telefon Suami

Berkata lanjut, Asma’ berkata, wanita masa kini turut melakukan perkara sama termasuk memeriksa kandungan telefon suami masing-masing.

Malah katanya, kupasan daripada para ulama menyatakan tindakan perbuatan tersebut tidak salah.

“Bagi saya dalam zaman sekarang, memang kena ada pengawasan seperti itu (check phone) supaya kalau ada perkara yang tidak elok, kita boleh tegur suami.

“Kalau suami yang baik, dia boleh terima teguran,” ujarnya.

Published by
Nadia